Sahabat

http://www.mybannermaker.com

27 Okt 2011

Genting - episod 4



Awal pagi, my kids dah kejut untuk mandi kolam.Puas bagi alasan tapi tak berjaya juga.
At last, pergi jugak temankan mereka ...

walaupun sekejap, janji dapat berendam

Dah abis berendam,  baru ingat nak makan.
Tak ade pilihan so, masuk aje kat flavours Cafe.
So, makan western la di pagi hari.

Sambil tunggu order sampai, sempat lagi snap gambar



bergambar depan hotel sebelum pulang.

Bye bye genting.Memang sesuai dengan nama timangannya ,kota keriangan sebab semua orang pergi sana memang  nak bersuka ria dan release tension.

Sebelum pulang sempat lagi pergi ke Strawberry Park untuk mencari jambu jeruk tapi cuma dapat 2 paket sahaja. Jadi la daripada tak ade kan..


~~ TAMAT ~~



Genting - episod 3

Hotel tempat kami menginap ada sediakan shuttle bas ke Highland Tower dan juga ke Genting Skyway Station.
Nasib baik juga kami dapat 2 tiket free cable car  pergi dan balik  dari pihak hotel , jadi perlu tambah  5 tiket saje lagi. Harga tiket untuk 2-way adalah RM10.00 seorang dan maksimun 8 orang per gondola.

Kebetulan masa itu ada Hallowen  Party dekat Theme Park , so memang agak crowded juga keadaan waktu berbaris nak naik gondola itu..

 jom layan bergambar..

dalam bas ke skyway station...

dalam gondola

gayat juga bila pandang ke bawah

perjalanan merentasi hutan

Sampai je kat atas, kami terus makan kat MD aje.Harga makanan mmg kaw-kaw kat sini.
Apa nak buat , makan itu MESTI..
Selepas makan terus beli tiket.Kami pilih famili  full pakej x 2. Jadi semuanya untuk 7 orang adalah RM3XX..
Terima kasih En Suami yang begitu sporting.Lain kali boleh datang lagi..hehe...


outdoor games

x tau apa nama ni tapi ini untik kanak2 punya...
Acik asyik gelak je dari awal sampai akhir.Seronok betul nampaknyer..

sampai 3 x naik bende ni..

indoor game

kena queue dulu..

sebenarnya , banyak games jugak yang kitorang main  terutamanya outdoor roller coaster, flying games, spider coaster dan macam2 lagi.90% games kat situ kitorang main.memang cukup puas hati..

Tapi gambar tak ade sebab semua barang dah simpan dalam locker.
 Pada yang selalu tension tu memang sesuai datang main sini sebab boleh jerit sesuka hati. 

Cuma  snow walk je tak masuk sebab dah lewat sangat dah..
pukul 10.00mlm  kitorang  balik hotel...

sambung..episod 4

Genting - episod 2

Sambungan.....

lepas check in, terus lepak - lepak hilangkan penat.

Agenda wajib..berposing he ..he..

Dari tingkat 25 .....suasana berkabus kat luar.

kids dah tak sabar bila tgk kolam renang tu...sebelah tu kolam renang  dewasa masih dalam proses pembinaan lagi...

orang lain sibuk posing tp si bongsu sibuk dgn puzzle..

kemudian agenda seterusnya di Theme Park....go go.......
ada orang dah tak sabar  nak  menjerit kuat-kuat huhu....

sambung ..episod 3


Genting - episod 1

Perjalanan dari Nilai agak smooth juga  pagi ini  jalan pun tak berapa sesak sangat jadi kami sampai agak awal.

Kami sepatutnya check in pukul 2.00pm jadi  ada beberapa jam lagi untuk ronda-ronda.

Destinasi pertama kami.....

Strawberry  farm..rasa macam pergi Cameron pulak.
Yang paling bestnya, kami boleh petik strawberry sendiri kat sini.

So, let's picture tell the story.....


 Genting Strawberry Park
tak tahan betul tgk buah strawberry ni, geram nak petik

anak bongsu tak berenggang dgn kameranya


sempat petik sendiri strawberry
excited sangat dapat peluang macam ni, hasilnya hampir 2 kilo..

Kami sempat habiskan masa hampir 3 jam  kat sini sebelum check in.Saya pada mulanya tak sangka ada strawberry kat sini. Selalunya kalau fikir tentang strawberry ni asyik terbayang Cameron je..
Buah jambu jeruk pun ada dijual kat sini tetapi tak  banyak  macam kat Cameron la.

Selain itu di sini juga  ada mushroom farm.

Madu pun ada dijual

kemudian kami terus check in...
2 queen bed untuk 7 orang ...
Nasib baik boleh mintak extra bed.

bersambung....episod 2

25 Okt 2011

Cuti Cuti Malaysia sudah bermula..

Sessi persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.Tapi mood nak holiday dah tak boleh nak ditahan-tahan  lagi.Kebetulan, sekolah cuti seminggu sempena Deepavali  dan dengan kebetulan juga ada adik-adik yang boleh join, jadi percutian kali  ini rasa  amat bermakna sekali dan yang penting releaaaaaaaaaseeee...segala tension sebab dapat jerit  dengan sepuasnya..

Disebabkan oleh kesuntukan waktu dan  last minute punya  planning ( 3 hari je masa yang ada ) , kami pada awalnya menghadapi masalah untuk booking hotel. Plan awal  hendak pergi ke Melaka walaupun dah banyak kali juga kami pergi ke Melaka.Tetapi kebanyakan hotel kat sana sudah fully booked untuk hujung minggu lepas. Pelik  juga  bila difikirkan bila hotel yang banyak bilik tu boleh penuh ditempah.

19 Okt 2011

MAS will take over Firefly jets





Petaling  Jaya : Firefly  will continue  to use its turboprop aircraft to operate - short -haul services from Subang and Penang , while its jets will be taken  over by Malaysian Airlines ( MAS) and redeployed  into MAS operations by Dec 4 for its short-haul premium full-service offering.

The takeover also address the issue of continuing heavy losses incurred by Firefly jet operations.

Source : StarBiz

Durian belanda mampu membunuh sel kanser ?

Di sini saya ingin berkongsi  sedikit info berkaitan dengan buah Durian belanda.


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola  Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

17 Okt 2011

Hujung minggu yang santai

Suasana petang...

Mood santai di hujung minggu membawa kami sekeluarga ke pantai Teluk Kemang.Bukan niat untuk mandi-manda tetapi sekadar untuk merasa tiupan angin petang yang sepoi-sepoi bahasa aje..
Pantai T. Kemang memang tak pernah sunyi dengan tetamu yang datang dan bila hujung minggu agak sesak untuk mencari ruang jadi kami singgah untuk seketika  sahaja .walaupun anak-anak bising mengomel  tak puas tengok  pantai..


Semasa perjalanan pulang, anak-anak sibuk ajak makan.Bila ditanya nak makan apa, asyik-asyik jawap nak makan sushi...sushi, A & W...Mc D ,bla..bla....
My  kids memang peminat makanan segera  yang kental  huhu...tau je dorang tu ape menu baru..

Tapi kali ni, kami tak ikut selera mereka,  skali skala kena fair la kan..
Hari ni mama yang decide nak makan  apa dan di mana pulak..
So, kami dinner bersama 
..
...
...
...


 melayan steamboat..
di 9 avenue, Nilai

Rasa dan suasana di Thai Steamboat .......Not bad!!!!

layan steamboat sampai berpeluh satu badan.

14 Okt 2011

Wad CCU IJN

Saya baru je dapat tau  berita ini....


Tuan Guru Ust. Haron Din kini berada di wad CCU, Inst. Jantung Negara (IJN). Mohon para sahabat semua doakan kesejahteraan beliau.

Semoga beliau cepat sembuh dan dapat meneruskan perjuangan Islam tercinta...

Insya Allah Allah akan makbulkan doa org yg berpuasa.. amin.

Jumaat sudah

Hari  Jumaat  dah tiba.. Minggu ni rasa cepat je  hari  berlalu.Masih terbayang lagi kekalutan hari Isnin lepas .

Satu perkara yang best adalah esok saya cuti  heheh...( itu je yang lebih kan:D)
Last  saturday  kena kerja so hopefully, this  weekend dapat  rest secukupnya..lalala...# perasan ada bibik  x payah buat keje  rumah ke?#

Bila weekend mesti ada plan kan..


So, kitorang punya planning hujung minggu ni  ....


1. Nak tukar skrin Iphone4  hubby yang dah retak seribu...( dah pakai cover pun blh retak lagi tu )

2. Pergi melawat  kampus...( 3 orang anak buah & 1 org adik ..)

3. Pergi Kem Mokhdar di Rawang ( plan utk  puteri sulung )

4. Pergi trade in laptop yang dah berkurun tak digunakan. ( ada value lagi ke ? )

5. Window shopping heheh... agenda yang paling best bagi ai....

Banyakkan perancangan tapi tak tau mana yang berlaku..

Selamat berhujung  minggu untuk semua...:D

10 Okt 2011

600 usahawan muda dicari

Jelajah Francais 1Malaysia dilancarkan untuk mencari kira-kira 600 usahawan muda menceburi bidang Francais negara dalam usaha meningkatkan pembabitan Bumiputera dalam industri itu.

Program ini akan  menjelajah ke 13 negeri di seluruh negara selama 6 tahun yang turut disertai dengan franchaisor tempatan yang terpilih.

menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri berkata, program turun padang itu sebagai inisiatif kerajaan mempromosi peluang perniagaan francais kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan lepasan ijazah.

Bagi membantu usahawan, Perbadanan Nasional Berhad ( PNS) akan turut serta bagi menyediakan dana pinjaman kecil di bawah Program Pembanguna Francais bagi nilai sehingga RM 50,000.00 dengan kadar faedah yang lebih rendah  berbandingg institusi kewangan.

~  Sumber Harian Metro 10, Oktober 2011

p/s : Kekadang terfikir  juga  sampai  bila mau kerja  dengan  orang ???

Di manakah nilai kasih sayang...??


Laporan  dari  Harian  Metro hari  ni , seorang kakak kandung sanggup membelasah adik sendiri sehingga maut hanya kerana  emas  kepuyaannya  yang digadai  tidak  dapat ditebus  balik.

Sedih  dan terharu saya  membaca  berita  macam ni.Adik beradik yang mempunyai talian  darah sanggup bertelagah hingga sampai tahap membunuh  demi kerana harta dan  wang.

Di manakah nilai kasih sayang mereka?
Antara adik beradik  sepatutnya saling  membantu sesama sendiri dan bertolak ansur  dalam menyelesaikan apa jua masalah.

Setau saya, gadaian akan selamat selagi  kita tetap membayar upah  simpannya.Dan  gadaian juga boleh dilanjutkan tempohnya.Sesiapa yang terlibat dalam gadaian mempunyai masa untuk membayar balik nilai gadaian.Hanya kes  yang sengaja  tak mau  bayar saje yang sampai pada  tahap kena lelong.

9 Okt 2011

Korang dah bfast ke? Kami dah..

Pagi ni breakfast kami simple je,
Kuetiaw goreng , roti ,sosej dan telur separuh masak.
Anak-anak kurang sihat jadi dorang nak makan telur je ngan sosej dan air tea o panas.

Skrg tengah fikir tengahari nak masak apa atau tak perlu masak apa-apa?
Masak untuk bfast td pun belum abis lagi tau.

Kalau pg makan steambot pun ok ni, bagus untuk anak yg tak berapa nak sihat sangat tu.
Bagi berpeluh dan harap-harap terus kebah demamnya..

8 Okt 2011

Ramaikan Follower , Dapatkan Pembaca


Salam semua,

Tadi semasa pg jenjalan saya singgah di blog en hasrul
Saya memang tak pernah lagi join segmen atau contest sebelum ini kecuali Ksrs saje.

Nama blog saya : Semekar kasih Setulus hati
Nama saya : Addinahumaira 
Tahun mula berblog  :  sejak 2010 
Jumlah follower  : 20 org sahaja




mood santai sudah datang

Pagi ni cuaca  amat bagus.

Dan pagi ni  juga tetiba  didatangi  mood untuk bersantai pulak.

Terbayang kalau lah ketika ini......(# sambil pejam mata ni #)

Berada di hadapan kolam renang di sebuah hotel
Berada di tepi pantai dengan tiupan angin bayu yang sepoi-sepoi
Berada di tepi  beranda hotel di  kawasan tanah tinggi
Berada di  spa dan  sedang dimassage satu badan
Kulit wajah pula dibelai oleh tangan yang lembut......

Oh alangkah indah nyer...ehmmm...

Kalaulah hubby  tak  sibuk mahu je  ambik cuti sekarang dan balik pack  barang lalu menuju ke sebuah destinasi....

yang  sejuk , nyaman dengan udara segar , jauh dari suasana bising  dan  makanan yang besttt.......

Cameron?
Genting?
Sabah?
Hanoi?
Bali?
Korea?
Jepun?

.............

Peribadi kita...

Maruah  seseorang dapat dinilai  dalam tiga  aspek iaitu :
 1. Cara berpakaian
 2. Cara percakapan
 3. Cara pergaulan

Jika  elok  ketiga-tiga  ini, maka dikatakan kita  ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah SWT.

7 Okt 2011

Rendahkan hati dan maafkanlah...


Saya  ingin  berkongsi  email yang baru je saya terima  sekejap  tadi. Isinya amat menarik untuk dijadikan peringatan kepada  diri  saya  sendiri dan  harap ia  juga dapat memberi kebaikan kepada  siapa yang membaca artikel  ini  juga.

Ada  2  perkara di dalam kehidupan  kita yang paling baik kalau kita amalkan:

1.Rendah hati
2. Memaafkan 

6 Okt 2011

Kondom untuk mangsa banjir

Bangkok : Thailand memulakan operasi  menghantar kondom dan pelbagai bekalanperubatan kecemasan lain melalui udara kepada mangsa dalam bencana paling buruk sejak  berdekad lalu untuk mengurangkan kemungkinan kehamilan yang tidak dirancang.

Lima helikopter mula menghantar bantuan perubatan  dan keperluan lain dari  Kementerian Kesihatan di  Bangkok ke tujuh lokasi di Wilayah tengah Lop Buri  yang teruk dilanda banjir.

Sukarelawan tempatan  memberitahu bahawa penduduk  kampung tiada aktiviti untuk dilakukan, jadi untuk menghalang kemungkinan meningkatkan  kes kehamilan, bekalan kondom  turut ditambah.

~  AFP

5 Okt 2011

Dendam itu Indah ?????



Jom  kita  fikir-fikirkan   adakah  dendam  itu  indah????


dan  renungkan  juga   pesanan  ini,


Jangan  lawan  api  dengan  api , nanti  musnah.
Lawanlah api dengan  air barulah  api  musnah.


Jangan  lawan  marah dengan  marah , dua-dua  akan musnah
Lawanlah marah dengan  maaf,
Maaf  mengalahkan  ammarah...


~  pesanan dari ustaz Mohd  Zawawi  Yusoh






saya  tetiba  teringat  lagu  Aisyah ~   Kemaafan  dendam  yang  terindah


Suka  lagunya, liriknya , suaranya  dan  maksud yang tersirat  di sebaliknya..

2 Okt 2011

Ibubapa juga mampu membantu anak yang sedang periksa....

AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Assalamualaikum,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wasallam.
By: MataHati AinulQalbi
Share

zumba


Video zumba

Hari ni tak ade mood nak pegi gym.Nak buat exerise pun malas jadi layan aje video zumba ni.Banyak betul stamina diorang ni kan.

Layannnnn....

Breakfast yang heavy..

Pagi ni bangun awal dan sempat buat breakfast. Nasi lemak , sambal lala,telur dan naget goreng dan juga kangkung goreng.

Memang kenyang sampai petang ni..

Jemput semua bersarapan...:)

30 Sep 2011

canggih tapi ....

sudah hampir 3 bulan saya guna ipad2 ni tapi sampai hari ni masih lagi pening duk fikir macamana nak upload gambar ke dalam blog.Saya dah habis godek dah program kat itunes dan App store tapi sampai la ni masih x jumpa lagi cara nye.

ada sapa2 yang mahir tak ?

tolong share kalau ada sapa-sapa yang terror tentang masalah ni yee..

Jasa mu pasti dikenang..chewahhh.

28 Sep 2011

Wanita dan emas





photo ehsan mr.gugel.

Semua orang sudah sedia maklum , emas dan wanita  memang  tidak  dapat  dipisahkan.Kenapa? Saya  sendiri  memang  tak  dapat  menjawapnya.Kalau  kat  kampung, kebanyak  wanita  terutamanya  golongan emas  memang  suka  pakai  emas  banyak dan  kasar-kasar lagi ( bahasa  kami untuk  emas yang berat dan mahal ) kat  badan.Walaupun  gaya hidup  mereka  begitu  sederhana tetapi  simpanan  emas mereka  memang mengejutkan.Sebab  itu  ada  joke  kami  , pakai  emas  macam  orang  tua kalau  ada  kawan-kawan  yang pakai emas agak  banyak  di badan.

Bila wanita  mendapat  emas?

1. Waktu  bayi .Sesetengah  keluarga akan menghadiahkan  barang kemas yang  mempunyai  kuantiti  berat
     yang  sama  untuk semua  anak-anak  perempuannya.
2. Waktu belajar. Ada  sesetengah mak dan  ayah  yang cenderung belikan barang kemas apabila anak-anak
     perempuan mendapat keputusan  yang bagus dalam  peperiksaan tertentu contohnya seperti  cincin atau
     loket emas.
3. Waktu  bercinta. Ada sesetengah  lelaki yang suka  bagi barang kemas kepada buah hatinya. Bestnya suatu
     ketika  dulu...:)
4. Waktu  bertunang. Sebentuk cincin pengikat  hati.
5. Waktu berkahwin. Memang wajib  ada kan.
6. Waktu mendapat anak.Ada suami  yang  suka manjakan isteri sebegini sebagai tanda terima kasih yang tak
     terhingga kepada isteri yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka .
7.  Sebagai  hadiah hari jadi ,  anniversary atau ketika perayaan dan  macam-macam lagi....

Kenapa  wanita  begitu  meminati  emas?

1. Rasa  cantik  bila  dipakai.kilauan emas  bagaikan  memberi  aura pada  si pemakainya.Chewahhhh.
2. Rasa lebih  konfiden  dan  nilai  diri  tinggi bila  pakai emas.Bukan rasa  riak  tau.
3. Saya suka  beli emas sebagai  simpanan.Boleh digunakan bila  masa  terdesak
4. Emas juga boleh menjadi satu pelaburan  yang menguntungkan kerana  nilai emas yang sentiasa naik.
5. Emas  adalah  lambang  kekayaan yang  sebenar.

p/s : Jom  simpan emas, Sikit-sikit  lama-lama jadi  bukit.

25 Sep 2011

Nasi Arab

Hidangan nasi arab

Ada  sape2  yang  mempunyai  resepi  nasi  arab  yang  best  tak?

Rasa  macam  nak  cuba  buat  nasi  arab  sendiri  je  lepas  ni.

Biasanya kami  menikmati hidangan arab iaitu di  Restoran  Saba kat Cyberjaya dan Arabian Kitchen kat Shah Alam, seksyen 22   saje.
Memandangkan  anak2 dah suka sangat makan nasi arab   ni, saya teringin belajar nak  buat  sendiri.

Kepada  sesiapa yang ada resepi  best  nasi  arab boleh la  share  yea...:)

nak  mencari  mr. gugel  ni          go ---------->

p/s : keinginan belajar  ni datang sebab tengok anak2 makan bertambah2 kat rumah seorang kenalan suami  yang buat open  house yang menu utamanya nasi  arab.Sampai rumah pun masih lagi memuji2 masakan untie tu..



24 Sep 2011

Sunyi nyer kat gym

Mood  raya  belum  abis  lagi , kunjung -berkunjung  masih  sakan lagi, Siang malam  ade je tetamu  yang datang jadi  ramai  yang  terlepas  aktiviti  rutin  harian   mereka  sebelum  ni.Lagipun  raya  2x  je  setahun  dan  raya  aidilfitri  ni  hanya  sekali je setahun jadi  mesti  meraikannya  dengan  sebaik  mungkin....

Suasana  gym yg sunyi......


Memandangkan  suasana  gym  yang agak  lengang, saya sempat  snap photo  untuk  share apa  alat  yang  biasa  saya  guna ketika  pergi  gym.Gym  ni ada  dua  bahagian, satu  bahagian  dengan peralatan  gym  dan  satu  lagi  aerobik  floor untuk buat aerobik dan jamming.Tapi   entry  ni  saya fokuskan  kan kat  bahagian gym  saje  sebab saya memang suka  duk  kat  area  ni  aje....low  profile.............

Jom  intai  apa  alat yang best kat sini !!!

stationery  bike dan macam2 nama org bagi  tp sy panggil basikal je.
hari  malas saya guna  ini je  sambil  baca2 majalah atau layan  ipad. Relax  je guna alat ni janji berpeluh.

alat  ni bagus  untuk toning.
Lepas buat  latihan kardio, saya akan guna alat ni paling lama pun 10 minit je..
Penting  tak  nak  bagi geleber sana  sini..:)


x ingat alat ni nama apa tp guna untuk buat sit up.
kalau rajin guna alat ni, perut pun  boleh  maintain.......

cross  trainer
alat  faveret ni sbb cepat  bakar  kalori


Saya  lupa  nak  snap scale.Ada 2  scale  kat sini tau satu  digital  dan  satu lagi yang biasa tu tapi memang yang berkualiti punye.Memang  scale2  tu amat berguna  kat sini itu  pasal  x  cukup kalau letak satu  je.. he3x....

wokeh..selamat bersenam 
Badan  sihat  otak  cergas  pergerakan pun tak terbatas...:)

22 Sep 2011

Open house...open house

Salam sejahtera semua..:)

Bulan  Syawal  memang  penuh  dengan acara  makan-makan.Tidak cukup  hujung  minggu, hari-hari  biasa pun ada  juga jemputan.Rezeki  murah di bulan  Syawal kan..

Walaupun  banyak  acara makan-makan yang  memang   memang menggoda  selera , kita mesti  sentiasa  beringat tentang tahap  kesihatan  kita.Ramai yang  naik  badan ketika  cuti  raya  seminggu  hari  itu ( termasuk saya  tu ....:) ). Seminggu  ketika  raya kat  kampung memang all out juga makan. time  bukak puasa  yang betul-betul mencabar nyer. Semua juadah yang pure kat  kampung je  dapat jadi makan kena  bersungguh sikit.Masa sebulan  berpuasa turun 2  kilo , bila raya seminggu  naik 2 kilo hu hu...so  berat sama  balik macam  sebelum  puasa.

Bila pergi  open house, saya biasa  elakkan makan  nasi dan yang berat.Tapi bila tuan rumah sediakan nasi  arab atau  nasi dagang untuk makan malam saya tetap jugak makan. Sebabya memang faveret dan teringin nak makan huhhh.....tak boleh kawal nafsu betul kan. So. macamana badan  tak naik ????

Minggu ni, saya dah start pegi gym balik.Azam  untuk mencapai berat  paling  ideal saya  untuk  tahun  ini 55kg masih berkobar-kobar  ni.Hujung bulan  Disember  ni  harap2  boleh  capai  huhhh.... Suasana gym memang sunyi sikit sekarang ni sebab masih  ramai lagi yang masih dalam mood raya.

Suasana raya....

Assalamualaikum  ...:)

Raya  dah  habis  dan  semua  dah  pulang  dari  kampung  halaman  untuk  tugas  dan  tanggungjawab  yang  menanti. Tahun  ni  memang  cukup  puas hati  dengan cuti  raya  yang  agak  panjang dan dapat  lama sikit bermesra dengan  mak ayah dan  sedara  kat  kampung. Hari  raya  memang  cukup  indah kan ...:D.

Suasana  raya saya memang  sama  saje  dengan  tahun-tahun  lepas  cuma  tahun  ni  bertambah  ahli  dan  tentunya  menjadi  lebih  meriah  dengan  kehadiran  ipar  baru  dan anak  buah  baru. Bajet  duit  raya  pun  asyik  bertambah juga  setiap  tahun hu hu...

Aktiviti   hari  raya , bermula  dengan solat  Aidilfitri. Syukur  sangat dapat  pergi sembahyang  raya tahun  ini  sebab  sudah  hampir  5  tahun  saya   tidak  dapat  menjalani  ibadat  ni.Rasa  macam  dapat  bonus  pulak  raya  kali  ini sebab  bila  dapat  pergi  sembahyang  raya selain  ianya  satu   ibadat, kita  mesti  dapat  jumpa dengan  ramai  kawan-kawan  lama yang  masing-masing  sudah  berhijrah  meninggalkan  kampung  halaman dan  tentunya  memang  susah  sangat  nak  jumpa. Bila  jumpa  kawan-kawan  lama topik  utama  mesti  pasal  anak. Masing-masing  sudah  mempunyai  famili  dan  gembira  dengan kehidupan  masing-masing. Kagum  juga  bila  melihat  kawan-kawan  yang suatu ketika dulu sama-sama main pondok-pondok  sudah  menjadi  ' orang  besar ' sekarang. Bukan  badan  je  yang besar   he he he...

Semasa  perjalanan pulang dari masjid , kami akan singgah  bersalam  di rumah sedara  yang  mempunyai warga emas yang tak berpeluang untuk menunaikan sembahyang di masjid. Bila  sampai  rumah , perut  dah  penuh  sebab setiap rumah yang disinggah mesti kena rasa  walaupun  sedikit  juadah  yang disediakan...indahnya  suasana  bila  hari  raya di kampung....

Di rumah pula  bermula  sesi  bermaaf-maafan  dan  juga  sesi  bergambar beramai-ramai. Kemudian  aktiviti  makan makan  yang  tak  pernah  habis  dan seterusnya  aktiviti  ziarah .Hari  raya  pertama  kami  sekeluarga   memang peruntukkan  untuk  menziarahi  warga  emas  dalam  famili. Aidilfitri  tahun  ini  juga  turut  memberi duka kepada  keluarga  besar  kami dengan perginya seorang  sepupu  secara  tiba-tiba.Al-fatihah  untuk arwah  semoga  tergolong dalam umat yang mendapat rahmat dari-Nya.Memang  sudah  ditakdirkan  untuknya pergi  ketika semua keluarga berkumpul beramai-ramai.

Hari raya yang seterusnya pula giliran  kami menerima tetamu  dan  juga menghadiri  majlis rumah  terbuka  sehingga  cuti  habis dan  pulang menyambung tugas yang menanti.

Bagi saya, hari  raya satu  hari untuk  kita bergembira  dan  bersyukur  dengan nikmat  dan  kebahagian yang kita perolehi. Di samping  itu kita perlu  bersihkan  hati dari segala dendam  dan sakit  hati  dengan bermaaf-maafan.Lupakan segala  sengketa  lama dan suburkan silaturrahim  sesama kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

untuk semua.

28 Ogo 2011

Kampung Oh kampung

Salam sejahtera kepada pembaca semua...

Lama betul tak update blog ni, tapi apa nak buat tuntutan kerja yang begitu memenatkan perlu didahulukan dan juga kerana bulan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali ini terasa perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana kita belum pasti adakah kita masih sempat untuk melalui bulan Ramadhan yang berkat ini di masa akan datang.

Pagi ini , saya telah berada di kampung.Suasana pagi ini amat sejuk sekali.Baru selesai bersahur ni.Memang terasa sangat berbeza keadaannya dengan kawasan kejiranan tempat saya bermastautin di N.Sembilan.Kampungku...tanah tumpah darahku....

Aktiviti pagi ni, pergi pasar borong untuk mencari barang-barang untuk membuat ikan bakar dan sotong pulut.Tengahari, akan pergi rumah adik untuk buat kuih raya dan petangnya, akan pergi ke Pasar chabang Tiga untuk mencari juadah berbuka....

Korang bila balik kampung??

Hati- hati memandu semua......

13 Ogo 2011

Mood raya dah datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terasa lama sangat tak update blog ni.Dek terlampau sibuk dengan kerja dan tambah lagi penat dan mengantuk di bulan puasa ni jadi blog kurang update seketika. Tambah2 nanti nak berhari raya mesti nak cuti panjang, awal2 lagi da rasa semput untuk selesaikan deadline dan apa yang patut.Sekarang-kurangnya sepanjang bercuti nanti kita tidak akan membebankan rakan yang bekerja. Harap semuanya berjalan seperti yang yang di rancang insyaallah...

Sekarang mood nak beraya dah mula datang.Bonus ntuk kakitangan kerajaan PM dah umumkan.Jadi semangat ntuk bershopping mesti sakan sikit kan.Walaupun saya dan hubby bukan kakitangan kerajaan, tapi kami pun tetap gembira dengan rezki yang diterima oleh kakitangan kerajaan.Terasa lebih meriah raya apabila poket tebal kan.Anak2 pun mesti syok nanti dpt duit raya dari uncle dan untie yg keje gomen kan he he....sempat lagi menaruh harapan!!!!!

Sebenarnya hanya saya dan seorang adik je dalam famili saya yang tak keje gomen.Jadi taun ni bila gomen dapat bonus, anak2 dapat duit raya best la ( terukkan saya ni...he he..)Tapi mereka mesti tak syok sikit sebab bila time dapat bonus PM siap kompang satu dunia jadi semua orang tau, tak boleh nak sorok-sorok.Tapi bila kita orang yang kerja swasta dapat bonus, kitaorang diam-diam sajork hehe...kesian kat diorang.

Apa apapun, kita mesti sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat dan sentiasa beringat bila berbelanja di samping itu jangan lupa pada insan yang tidak bernasib baik di sekeliling kita...

Selamat bershopping ntuk semua.....:)




6 Ogo 2011

Salam semua....

Hari ini sudah masuk hari ke 6 umat islam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, nampaknya di tahun ni, semua anak2 dah dapat melakukan ibadat puasa dengan baik walaupun keletihan jelas terpancar di wajah masing2.Sebagai ibu saya cukup bersyukur sebab acik, anak saya yang paling kecik sudah mampu berpuasa di usia 6 tahun.Mungkin faktor kakak2 yang berpuasa jadi dia yang tak mau kalah dengan kakak2 nya turut jugak berpuasa.

Hari ni, weekend pertama di bulan puasa. Lepas sahur,saya biarkan anak2 tidur sampai mereka terjaga hampir nak masuk tengahari.Aktiviti mereka hari ni di rumah hanyalah tgk tv , tgk movie dan main games je le.Itu je la antara aktiviti2 untuk elakkan mereka dari terfikir tentang makanan dan minuman.Hari sekolah dipenuhi dengan aktiviti sampai petang jadi mereka tak terasa sangat lapar dan rasa masa cepat berlalu.

Tentang berbuka puasa pulak, kami sekeluarga tidak makan nasi sewaktu berbuka dan biasanya anak2 suka pilih roti john atau makanan selain nasi je.Nasi berlauk adalah wajib ketika sahur sebab nak bagi tahan lapar sepanjang hari...Kami sekeluarga juga tidak ghairah sangat dengan kuih -muih yang pelbagai jenis di bazar Ramadhan.

Hari ni, kami tak plan lagi nak berbuka kat mana, semalam anak2 minta berbuka puasa kat MD.Ramai jugak yang berbuka kat MD, Nilai tu lagipun tempat tu memang agak dekat dengan masjid.Lepas berbuka terus ke masjid baru Nilai untuk solat Maghrib dan terawih sekali malam tu.




Semoga kita semua dapat menjalani bulan yang mulia yang penuh keberkatan ini dengan sebaiknya...insyaallah.

1 Ogo 2011

Ramadhan datang lagi

Hari pertama puasa

Salam sejahtera  semua...

Macamane  puasa  hari  ni?Ada  anak2  yang  baru  belajar  berpuasa  tak ??  Tentu  ada  macam2  ragam  diorang  kan.

Pagi  tadi  cuaca  agak  redup  sikit tapi tengahari  dah  panas  terik pulak. Taun  ni anak  ke-3  saya  dah  start  belajar  puasa. Taun  lepas  hanya  mampu  2  hari  je  and  then demam , lepas  tu   terus  tak  puasa. Malam  tadi  Acik  excited  bangun  sahur. Baguss...bersemangat  nak  puasa, harap  Acik  dapat  bertahan   taun  ni...

Anak ke - 2 , umur 8 taun dah  start  berpuasa  dari  taun  lepas  tapi  tak  penuh sebab  demam  jugak. Cabaran  berpuasa  bagi anak2  adalah  bila  cuaca  yang panas  dan  tak  cukup  minum  air dan  badan  akan  panas  sangat  dan akhirnya  demam.Bila  demam  memang  tak  berpuasa  la  kan.Adina  ni  memang  susah  nak  kejut  bangun  sahur sampai  kena  dukung  bagai  dari tempat  tidur. Bangun pagi  nak pergi  sekolah  pun  sudah  bermasaalah  apatah  lagi  nak  bangun  sahur , memang  perit  sangat  nak  pujuk  dia  bangun  sahur.kalau  tersilap  cara , langsung  tak  nak  bangun.Nak tak  nak  kena  bersabar  jugak kejutkan dia  sebab   saya  target  dia  dah  boleh  berpuasa  penuh  kalau  dia  bangun  sahur.

Anak sulung  saya memang  dah  berpuasa  sebelum  ni tapi  taun  lepas  tinggal  2  hari  sebab  demam.Jadi  taun  ni  harap2  along  dapat  berpuasa  penuh. Insyaallah...Along  ni  tak  susah  sangat  nak  bangun  sahur dan  memang   kategori  lalu je  makan  walaupun  waktu  pagi.Berpuasa memang cabaran  bagi  along sebab along  memang  suka  makan.Harap  along  akan  dapat  turunkan  sedikit berat dan  jadi  lebih  selim  ye....Kitakan  dah  janji  nak  kurussss...he he...

    

29 Jul 2011

i am back !!!

Salam  sejahtera  semua...

Lama  betul  tak  update  blog ni  cuma  blogwalking  je  bila  sempat...:)

Alhamdulillah..anak2 semua  dah  sihat. Lepas  sorang-sorang  demam panas. Last  nyer  mak  ayah  sekali  kena. Mungkin   faktor  cuaca  yang  tak  menentu agaknya  atau  memang musim   demam .

Syukur  juga  kena demam  sebelum  bulan  puasa  kalau  tidak  mesti  anak2  tak  larat  nak  puasa  kalau  demam.

Terima  kasih  kawan2  yang  datang  melawat  blog  saya  ni, nanti  saya  balas  ziarah  yea...

11 Jul 2011

Emergency leave lagi..

Pagi ini badan acik begitu panas sekali.suara pun serak dan susah nak keluar. Tak sampai hati pulak nak suruh pergi sekolah. Risau nanti jadi apa-apa kat sekolah ataupun kat daycare.so, nampaknya mama kena ambik cuti jaga acik kat rumah hari ni.

Acik ni puteri ketiga saya berusia 6 tahun. Jarang sakit tetapi kalau demam memang kesian sangat tengok terutama masa dia tidur. Tersentuh betul melihatnya...

Sekarang acik sedang tidur selepas dilap badan. Tunggu dia jaga nak pergi ke klinik...

10 Jul 2011

Hari yang cukup penat tapi hepiiii....

Hari ini mmg sgt penat wokey....tapi hati sungguh hepiiii!!!!!

seperti biasa, hujung minggu bangun pagi agak lewat sedikit dari biasa..di fikiran sudah set di hari minggu adalah time untuk berelax2...

Sarapan kami pagi tadi adalah nasi kerabu dan nasi dagang dari kak mah nasi dagang kat bandar baru bangi. Sudah agak lama tak pergi sana iaitu semak saya amalkan diet untuk lebih kurus.

Tengahari pula kami pergi makan Sushi King kat The Mines.





Bersambung....

6 Jul 2011

Sedut lemak bikin GEMUK !!!!

Pembedahan sedut lemak sering digunakan sebagai jalan pintas oleh individu untuk mendapatkan bentuk badan idaman  tanpa  menyedari  bahawa  pembedahan itu  mampu  menjadikan individu  LEBIH GEMUK.

Satu study yang diterbitkan dalam jurnal Obesity menjelaskan lemak yang disedut keluar akan muncul kembali dalam tempoh setahun selepas  pembedahan . Dan yang paling  parah, lemak-lemak tersebut akan muncul di bahagian tubuh yang lain seperti lengan dan bahu.

Sebenarnya , tubuh manusia bergantung kepada lemak, maka tubuh secara automatik akan menghasilkan  sel lemak baru untuk  mrnggantikan  sel  lemak yang telah disedut keluar. Justeru, pembedahan sedut lemak hanya merosakkan struktur  tubuh sehingga sel-sel lemak esensial menghasilkan sel-sel lemak baru di tubuh.

P/S: Tiada jalan mudah untuk kurus...

5 Jul 2011

Shopping panjangkan usia

Salam  untuk  semua...

Berita  baik  untuk  kaum  wanita  terutamanya  yang suka SHOPPING...

Satu  artikel  dari  Universiti  of  Illinois menjelaskan aktiviti membeli belah mampu memanjangkan usia dan menjadikan individu  awet muda.

Aktiviti  fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai tatkala  membeli -belah dapat mengurangkan risiko mendapatkan serangan jantung serta obesiti.

Selain itu  , shopping juga  mampu untuk mengurangkan stress!!!!

Kajian disokong oleh National Health Research Institute di Zhunan, Taiwan yang melaporkan individu  yang membeli-belah setiap haridapat mengurangkan risiko sehingga  27 peratus  untuk meninggal dunia di usia muda berbanding individu yang tidak pernah shopping.


Jom  pergi  shopping.......:)

3 Jul 2011

Alat senaman saya

Salam sejahtera semua

Hari ni, saya  ingin  berkongsi  alat senaman yang saya biasa  gunakan kat  rumah. 


Tali skipping
Mula-mula  dulu  , 10x lompat  dah  semput..hu hu..
tali skipping ni dah hampir 3 tahun dah tau..


fitness ball
biasanya  saya  guna  masa  tengok  tv dgn  famili  dan  
masa  malas  nak  lompat2...bola  ni pun dah hampir 3  tahun  usianya.
tengok tu...kreatif  yg amat my kids sampai kat bola  ni pun nak lukis  macam2..


dumb bell 2kg saje..
sudah hampir 2 tahun dah barang ni..saya  guna  untuk  tone kan balik otot  bawah  lengan.
senang  je  guna  benda  ni cuma  kena  ikut step  yang  betul  je...sambil  tengok  tv  pun  boleh..
Sebelum  beli  ni saya  gunakan 2 biji botol mineral  water 500ml, tapi ringan sikit la...  


workout  dvd
ini je koleksi  buat masa ni...biasanyer  anak2 akan join sekali...
planning  nak cari DVD belly dance  pulak lepas  ni...mula2 boring tapi sekarang dah enjoy..he he..

So far,  saya tak  ada beli mesin senaman kardio seperti treadmil , cross trainer  atau stationery bike.Peralatan  ni  saya  guna  kat  gym  saje.lagipun alat-alat tu memerlukan  ruang untuk disimpan..stor  kat rumah tak cukup nak menampung alat2 tu semua..


SELAMAT BERSENAM..:)

2 Jul 2011

Kisah beraya kat Oversea..

Tadi  lunch time, layan member borak.Tetiba  keluar  pulak  topik  hari  raya .Mane  nak  pergi  di hari  raye?

Saya  ingatkan  hari raye  mesti lah  pergi  ,masjid , ziarah  rumah  saudara - mara dan kawan-kawan  atau  ke  kuburkan (  lazimnya  beginilah  agenda  kami sekeluarga ) tapi  bila ada  bab2  nak  booking  ticket  bagai ni, ini ape  kes???? And  then  sebut2  pulak  pasal Hanoi, Korea , Phuket  bagai....

Rupanya , sorang kawan ni dia  memang dah  berkeluarga  tetapi  bila  time  raya, xcited  nak  pergi  holiday  ke luar negara. Ya  la  kan  time  raya  je  dapat  cuti  lama paling  kurang 3  hari kan..Tapi  yang  tak  berapa  dapat  diterima  oleh fikiran saya  ialah  sesuai ke  pergi  holiday di oversea  di hari  raya???

Bagi saya , hari raya adalah  masa  yang  amat  sesuai  untuk  perjumpaan  keluarga ( bukan  time  melaram  baju  baru  yee..) sebab semua  orang( muslim la )  akan  dapat  cuti  paling  kurang 2 hari . Masa  ni  sesuai  sangat   untuk  rapatkan  balik  hubungan silaturrahim  dan  bermaaf  - maafan  sesama  saudara . Saling  ziarah  antara  keluarga  dan  yang paling  penting jangan  lupa  pada  generasi  yang  lebih  tua...

P/S :  Kenapa  pergi  holiday  jauh-jauh  di  hari  raya ? Berbaloi  ke  buat  macam tu ? 

30 Jun 2011

KENANGAN DULU DULU

Salam  bahagia semua...

Kalau  bercakap  pasal  kenangan  memang  banyak  sangat  kan  maklumlah  usia  pun  dah  banyak  kan.Tapi, dalam  banyak-banyak  kenangan tu, yang  paling  BEST  mesti  kenangan  ketika zaman budak-budak dolu-dolukan..




Dulu-dulu  setiap  kali  cuti  sekolah  rendah  saya  mesti  duk  rumah  nenek ( ramai  sebenarnya  macam ni kan).Rumah  nenek  saya  di area manir k.terengganu   hampir  sangat  dengan  sungai Terengganu  yang  memang  luas  sangat  masa  tu.( sekarang  mmg  dah  banyak  berubah).Masa  ni  memang  semua  orang  mandi  sungai dari  budak sampai orang  tua.Boleh  dikatakan  semua  yang  tinggal  dekat  area  sini  mesti  pandai  berenang walaupun  umur baru  3  tahun.

Biasanya  saya  pergi  mandi satu  grup  terdiri dari abang ,sepupu2  dan  juga  paksu. Dalam  ramai ni cuma  saya  sorang  yang  tak  tau  berenang  masa  tu.Kitaorang  pergi  mandi mesti  lama tau  siap  main-main lagi.Setiap kali pergi  sungai  paksu  saya  mesti suruh  saya  belajar  berenang tapi  saya  yang jenis  penakut  yang  amat ni kan  mesti  cari  macam-macam  alasan hinggakan  saya  sanggup  bawa  baldi  kecik untuk  mandi  kat  sungai.Saya  takut  sangat  nak  selam  muka  dalam  sungai  tu.jadi  saya  mandi  pakai  gayung kat  sungai...Lucukan..Kalau saya selam  dalam  air  cuma  kat  tempat  yang  cetek aje  hinggakan  pasir akan  naik  atas  kepala.Punyalah  penakut  saya  waktu  itu..

Satu ketika, Paksu  saya waktu tu  dia  Tingkatan 5, tangkap  saya  dan  bawak  saya  ke  tengah  sungai walaupun  saya  menjerit-jerit  tak  nak ikut. Dari  kawasan  yang  sedikit  dalam  airnya , paksu  luncurkan  saya  ke  tepi supaya  saya  akan  berenang  sendiri  apabila  terdesak  macam  tu.Tapi  apa  yang  diharap  tak  menjadi, bila kepala  saya  masuk je ke dalam  air saya terminum  air dan  terus tak boleh nak timbulkan diri   bukannya berenang meluncur ke tepi seperti di harapkan....badan rase berat  sangat  dan tak  nak  bergerak langsung..

Sedar-sedar paksu  saya  bawak  saya  ke tepi  dalam  keadaan  saya terbatuk-batuk  dan melalak-lalak..kecoh  jadinya  kat sungai  tu... sampai je  kat  tepi  dan  kaki menapak di tanah  terus  saya  pergi  cari  pokok dan  pegang  kuat-kuat  ranting pokok tak  nak  bagi  Paksu  saya  tarik  ke dalam  air  lagi ..huhhh..cuak  sangat mase tu...

Bermula  dari  detik  itu, kalau nak  mandi  sungai  mesti  pergi  dengan  geng2 perempuan je...dan  yang  paling  best  on  the  way  ke  sungai  saya  akan  bawak  buah nyior  komeng yang  boleh  dibuat  pelampung. BEST  sangat !!!!  sebab badan akan timbul di permukaan air dan kaki je yang perlu guna untuk  tolak  badan ke depan tanpa  penat  dan  boleh  pusing-pusing   sambil  peluk buah nyior  komeng ....

Korang  tau  tak  buah nyior  komeng  tu macamane???

Dapatkan kulit wajah tegang dan halus

Semua wanita  mesti  idamkan kulit  wajah yang tegang  dan  halus  bersihkan.Jom  kita  kongsi  petua  ni...

Amalkan masker  mudah  berikut. Ambil putih telur dan buah tomato  yang dihiris nipis.gaulkan sehingga  sebati dan tempelkan pada muka.Seelok-eloknya amalkan 3x seminggu. Selamat mencuba.....

Sharing is  caring.........

29 Jun 2011

Berbaloi ke makan durian RM70 sebijik


Isi  durian memang mengiurkan...

Musim  durian  datang lagi
kiri  kanan jalan   berlonggok-longgok
sampai kat office pun sibuk cakap pasal durian
nasib baik  tak  bawak durian masuk dalam  office

Saya biasa dengar durian jenis durian kampung, durian perak ,durian johor atau durian Siam je
kalau gred pulak  biasa nyer D24 , D2 je
Durian Kunyit  , Raja Musang baru  je tau 

Tapi  harga durian kunyit = RM 70.00 sebijik baru hari ni  saya  tau..
itupun  bila baca kosmo  semalam punya
huhh.... dahsyat nyer  harga  durian sekarang  kan!!!!

tapi,

korang rase-rase

BERBALOI  KE  MAKAN DURIAN  RM70  SEBIJIK TU ?????

Lemak tepu yang telah cair

Malam tadi , saya  timbang lagi  untuk rekodkan berat  terkini...


07.12.2010  - 67.50 kg 
28.06.2011  - 59.80 kg

Total  lost - 7.70kg

Woww...macam  mimpi   bila  tengok  angka  5 kat  depan  tu.....
Yes  yes  ...I  did  it....I  did  it....

dengan ketinggian hanya 157cm,

 dan  BMI = 24.26 saya sudah  berada  di range  NORMAL WEIGHT 
Lepas ni kena  maintain dan slow-slow  turunkan berat  sehingga 55kg

5  More  KG  to  Go


Thanks to my  Hb & Kids yang tak  jemu2  bagi semangat untuk saya kembali aktif  & sihat :)

28 Jun 2011

Kalori Kosong ( Empty Calories)

Tau kah kita  apakah itu  " empty calories" yang selalu  disebut  oleh  pakar  pemakanan sebagai satu  tabiat  buruk  yang perlu  dielakkan  dalam diet harian kita?

Empty  Calories bermaksud makanan yang tinggi  kalori tetapi rendah kandungan zat nutrien.

Makanan yang mengandungi kalori  adalah makro  nutrien ( karbohidrat,protein & lemak ).

Makanan yang tidak mengandungi kalori  pula ialah mikro  nutrien nutrien (vitamin , mineral & serat )

Makanan yang tinggi kandungan kalori  boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan kerana pengambilan kalori yang berlebihan  akan disimpan sebagai lemak dalam badan.

Empty Calories = High Calories but Low Nutrien

Empty Calories  juga  dikenali  sebagai  makanan merapu  ( junk food ) yang mana kurang kandungan mikro nutriennya.Kebanyakan makanan dalam kategori  ini mengandungi  gula  dan  lemak  yang  sangat  tinggi.

1 sudu kecil gula = 5 kalori

1 gram lemak  = 9 kalori

1 gram karbohidrat = 4 kalori

1 gram protein  = 4 kalori


Contoh  makanan "empty calories" adalah:
Gula-gula , jajan ,minuman berkarbonat , minuman manis dalam tin,botol atau kotak, minuman alkohol , fast food , makanan sejuk beku, butter , marjerin, shortening, mayonis dan lemak tepu.

:) Sharing is caring..

Garam hilangkan rasa pijar

Salam semua,

Semasa  membaca  majalah Mingguan Wanita, saya terbaca  satu  petua  untuk  hilangkan  rasa  pijar  tangan. Sebenarnya , sudah  agak  lama  saya  mencari - cari  petua  untuk  hilangkan  pijar  tangan  selepas  memotong  cili  atau  selepas  makan  lauk pauk  yang  pedas-pedas.

Saya  memang kategori  alah dengan  cili.Setiap kali  nak potong  cili mesti  pakai sarung  tangan kalau tidak memang 1 hari tangan akan pijar dan serba tak kena rasanyer.

Pengalaman saya ketika  kenduri kat kampung, tangan saya 1 hari 1 malam pijar selepas tolong potong cili untuk buat sayur  dan  acar. habis segaa  cara  saya  cuba, letak  tangan dalam beras, guna  hampas  kelapa ,ramas  daun ** x ingat nama**  tapi semua tak hilang rasa  pijar.

Last-last, saya  rendam je  tangan  dalam air.Ramai yang pelik  tapi saya  lagi  pelik sebab orang lain tak rasa pijar tapi saya sebaliknya pula. Besok  pagi, walaupun pijar  hilang tapi tapak tangan saya  menggelupas teruk.pelikkan!!

Untuk  hilangkan  rasa pijar,ambil satu sudu garam halus, lumurkan pada  tangan selama 2 hingga 3 minit kemudian cuci  bersih.Ringkas saje  kan...

Sharing is caring............

27 Jun 2011

Dah shopping baju raye ?

Salam sejahtera semua..

Korunk  dah tempah baju  raye ke?

Agak-agak , apa  ye  fesyen n trend baju  raye  taun  ni ?

Fesyen  tudung pun  macam2  sekarang  ni  kan..

Saya shopping  kain ela  kat Nilai 3  je, maklumlah  dekat  sangat dengan rumah so  senang je sampai sana..

Saya  dan  3  orang puteri  memang  beli stail  boria tiap2 taun.Memang  kelakar  jugak  kan tapi hubby nak  macam  tu so, ikut  je.....

Kaler  tema  for this  year  is PINK   tau!!!! Pilih punya  pilih , last - last tersangkut  kat  kain japanese cotton yang ada pink pink  gitu.....so  nak tak nak , hubby  kena  pakai baju  melayu  kaler  PINK jugak  taun ni...he he kelakar betul....sebelum  ni  kitaorang  memang  elakkan  pakai  kaler  pink , macam  tak boleh masuk  je...tup tup satu  famili pulak PINK taun  ni  hu hu..

Jenis  kain saya memang tak ikut trend sangat janji  selesa je..Fesyen pulak , selesa dengan kurung biasa  dan anak2 pulak kurung pahang pesak gantung...

Baju  korunk  kaler  n fesyen ape  yer ? Cer  cite  ....cer  cite.....

24 Jun 2011

10 makanan pembakar lemak

Antara  10  jenis  makanan  yang  dapat   membantu  proses  pembakaran  lemak  di badan:

  • Brokoli
  • Kacang Almond
  • Asparagus
  • Bayam
  • Dada Ayam
  • Ikan
  • Bijirin Oat
  • Ubi keladi
  • Limau  gedang
  • Epal
  • Minyak  zaitun


Update kalori burn

Setelah hampir seminggu tak pergi  gym , hanya buat aerobik  manja2  ikut  VCD  kat rumah je..Lagipun schedule  kena  tukar  untuk  kepentingan  anak-anak dan mama. Mulai dari sekarang saya  plan  pergi  gym  pada  hujung minggu dan juga jumaat malam  aje.Cukup la  3x seminggu pergi  gym  dan selebihnya bergantung kepada tahap kerajinan diri...

 menu makan saya hari ni...

Breakfast : Nestum Nesvita +  dark choclate( 4 bar )

Sebelum Lunch : 1 biji epal dan  lg dark choc. 1 packet.( ntah kenapa suka sgt makan choc. skrg )

Lunch : Roti telur dengan kuah kari  ikan

Dinner  : meehoon  goreng  1/2 pingggan + 2 biji karipap sardin ( byk betul makan kan)

workout  : Hari ni saya  hanya menggunakan  cross trainer selam 1 jam dan  berjaya  bakar  kalori sebanyak 550 kalori. ** wat slow slow  je ni**

Tadi masa  saya timbang  ada sikit turun  berat  tapi  saya  nak tunggu  lg  skt sebelum tukar  ticker tu...

Semangat  dan makin bersemangat untuk teruskan workout....

23 Jun 2011

Kedai Rakyat IMalaysia



Kedai Rakyat 1Malaysia  sudah  dilancarkan oleh PM kita dan dijanjikan  harga barang barang yang dijual 30% - 40%  kurang dari  harga  pasaran. 

Sekarang  baru  ada satu kedai  iaitu  yang baru dilancarkan oleh PM  kita  di stesen LRT ,Kelana Jaya. Mesti   semua  orang  excited  nak  tengok  barang-barang  kat  kedai  ni selepas  ni. Kalau  betul  harga  barang-barangnya  murah  seperti  yang  diwar-warkan  di samping  tahap  kualiti  yang terjamin sudah  pasti  langkah  PM  ini  akan  memberi  impak  yang positif  kepada  ekonomi  isirumah  kerana  kebanyakan  barang-barang  dijual  di kedai  ini  lebih  tertumpu kepada  barangan keperluan  utama isirumah seperti beras, gandum, gula,susu  dan sebagainya lagi.

P/S :  tak sabar  nak  tunggu  cawangan  Kedai Rakyat 1Malaysia kat Nilai  pulak..