Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

4 Jan 2016

Doa buat seorang teman


Ya Allah...
Dengan kerendahan hati 
Seorang hambamu yang penuh khilaf
Memohon seikhlas hati
Pelihara dan kasihanilah temanku
Dikala aku tak mampu menjaganya
Sayangi dan kasihanilah temanku
Dikala aku tak mampu membuktikannya
Dengan pelukan dan belaian yang nyata
Muliakan dan martabatkanlah temanku
Dikala aku tak mampu menghargainya dengan kata-kata yang biasa
Kerana segalanya adalah milikmu
Kerana aku hanya insan biasa tak punya apa-apa..terkongkong dan terpenjara

Berbahagialah teman...doaku dari jauh dengan hati yang tulus ikhlas


3 Jan 2016

Come back again and Happy New Year

Assalamualaikum teman..

Sudah lebih setahun tinggalkan blog ini dan setelah melalui up and down, kini saya kembali untuk teruskan coretan di sini yang akan tersimpan seribu cerita kehidupan  selagi nafas masih dipinjamkan oleh Sang Pencipta yang maha berkuasa.

Tahun 2016 baru saja munculkan diri setelah 2015 terlipat kemas sebagai memori.Setiap kali munculnya tahun baru semestinya membawa bersama sebuah harapan..

Harapan dan doa saya mungkin sama jugak dengan teman2...mengharapkan sebuah kehidupan yang lebih baik  , tenang dan penuh kasih sayang beserta dengan anugerah kesihatan sehingga ke nafas terakhir..

Bahagia...tidak ada seorang pun yang tidak ingin bahagia kan. Apalah ertinya hidup dan umur yang panjang tetapi tiada nikmat  bahagia yang dikecapi. Tanpa rasa bahagia umpama tiada kehidupan. Untuk rasa nikmat bahagia bukan la suatu yang mudah, yang datang tetiba tanpa usaha. Seperti pesan bijak pandai..bahagia perlu dicari dan diusahakan..

Kesihatan..adalah suatu anugerah yang tidak ternilai dalam sebuah kehidupan. Tidak ada  hamba di dunia ini yang ingin diduga dengan kesakitan dan penyakit kronik yang bakal berakhir dengan tragedi airmata. Betapa hidup ini tidak sentiasa mudah untuk dilalui.Selagi boleh jagalah dan usahalah untuk hidup secara sihat.

Kewangan..penting untuk kelangsungan hidup dan kelesaan serta mampu membawa kebahagiaan. Seringkali disalah tafsir kewangan dengan materialistik. Bagi saya yang cetek ilmu dan penghayatan , kewangan yang baik perlu untuk mencari bahagia dan sebagai insan kita perlu berusaha untuk memberi yang terbaik, semampu mungkin untuk bahagiakan orang kesayangan kita bersama kasih sayang yang tidak perlu diragui..

Selamat Tahun Baru teman2..semoga kita menjadi insan yang lebih baik. Sama2 lah kita bukak buku baru dengan semangat baru dan jadikan liku2 hidup semalam sebagai panduan..

😀