Sahabat

http://www.mybannermaker.com

15 Ogo 2010

Simpton kegagalan jantung

  1. Nafas  tersekat-sekat
  2. Kaki  membengkak
  3. Kehilangan  tenaga  yang  kronik
  4. Kesukaran  tidur kerana  masalah  pernafasan
  5. Hilang  selera  makan
  6. Batuk  dengan  kahak  berbuih
  7. Banyak  membuang  air  kecil  pada  waktu  malam
  8. Kehilangan/ kekeliruan  ingatan

Kematian Jantung Mengejut ( Arrythmia)

Menurut  Konsultan Kardiologis , Dr  Razali  Omar , jantung  merupakan  sebuah  organ  elektrikal  untuk  mengepam   darah  secukupnya mengikut  keperluan  tubuh.Kegagalannya  berfungsi atau  terhenti secara  tiba-tiba berlaku  akibat malfungsi sistem elktrikalnya, lalu  mengakibatkan  pelbagai  penyakit  jantung seperti  penyakit  koronari  arteri, kerosakan kongenital jantung  atau  gangguan  ritma  abnormal ( Arrythmia).

13 Ogo 2010

Tip kekal wangi

  1. Pilih  pewangi  yang berkualiti, dengan  formula  yang lebih  pekat seperti EDP.
  2. Usah  menggosok  pergelangan  tangan anda  sejurus  menyembur  pewangi.
  3. Titisan  pewangi  tidak  kekal  lama  di atas  kulit  kering.Jadi sapukan losen terlebih  dahulu.
  4. Gunakan  pewangi  bersama  sabun  mandian , gel atau  krim  tubuh dalam  himpunan  yang  sama.
  5. Layangkan  pewangi  di leher, belakang telinga, lutut, belahan  dada, pergelangan tangan dan  jari  kaki.
  6. Wangian  cepat  hilang di dalam  cuaca  sejuk. Gunakan pewangi  yang  kuat ketika  berada di bawah  penghawa  dingin.
  7. Simpan  pewangi  di dalam  kotak, jauh  dari  jendela  dan suhu dan  suhu  panas untuk mengekalkan harumannya.

12 Ogo 2010

Dosa Menyebarkan Fitnah

HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Solat Terawih Menurut Sunnah Nabi



Berikut adalah tatacara mengerjakan solat tarawih menurut sunnah Nabi s.a.w. :

1. Waktu untuk mengerjakan solat tarawih.
Solat tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam pada bulan Ramadan, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling afdal untuk dilaksanakan solat tarawih adalah sepertiga malam yang terakhir, iaitu bermula dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145

11 Ogo 2010

8 cara pantas segarkan udara

  1. Kulit kayu  manis menjadi antara  ramuan  di dalam resepi  masakan  Melayu. Menyedari  keunikan aroma  kulit  kayu  manis berupaya  menjadikan  masakan  lebih  lazat, tidak  hairan juga  kulit  kayu  manis  turut  manpu  dijadikan sebagai  pewangi  semulajadi.
  2. Bunga  kantan berwarna  merah  muda mempunyai  daya   tarikannya  yang  tersendiri.Memiliki  aroma  yang  istimewa dan  mempunyai  jangka  masa  yang  lama  untuk  kekal  segar.
  3. Daun pandandiakui  mempunyai  bauan  yang  cukup  harum.Menyedari  haruman   daun  pandan mampu  kekal lama  menjadikan ia  begitu  disenangi ramai  untuk dijadikan  sebagai pewangi  kediaman.
  4. Bunga  cengkih juga  mempunyai  haruman  yang  tersendiri  walaupun  bukan  semua  orang  suka.
  5. Bunga  mawarbukan  sahaja  cantik  dipandang   malahan  kewangiannya  akan  mencipta  ruang  menjadi  istimewa.
  6. Lemon adalah  dari  golongan  buahan  sitrus  yang  memiliki  aroma  kesegaran  yang  luar  biasa.
  7. Daun  pudina mempunyai  aroma  yang  segar dan  berjaya  meransang  suasana  ruang  lebih  segar dan  selesa.Bau  daun  pudina juga  boleh  menghalang  semut  daripada  memasuki  dapur.
  8. Limau  purut / daun  limau  purutjuga  tidak  kurang  hebatnya kerana mampu  menjadi  agen penyegar udara.Kemewahan aroma  yang  tersendiri.Kemewahan  yang  tersendiri berjaya  mencipta  keunikan  suasanalebih  segar  dan  selesa. .

Hari pertama puasa

Alhamdulillah , Ramadhan  sudah  datang, semoga  membawa  seribu  rahmat  untuk  kami  sekeluarga  dan  seluruh umat  Islam  umumnya.Tahun  ni, anak  kedua, Adina dah  kena  ajar  berpuasa.Umur dah  masuk  7  tahun, sesuai  untuk  mula belajar  berpuasa.Syukur  alhamdulillah, Adina  pun  nampaknya   bersemangat  betul  untuk  berpuasa dan  malam  tadi  tak banyak   banyak  ragam semasa  kejutkan  untuk  makan  sahur.Semoga  berterusan  macam  tu..Anak  sulung  pulak  mesti  pastikan  dia  puasa   penuh maklumlah  dah  masuk  umur  10  tahun. Tahun  lepas  masih  lagi  tak puasa  penuh.Tinggal  anak  bongsuku   je  yang  belum  puasa.Kesian  pulak  nak  paksa dia  puasa. Kecik  lagi...5  tahun.Tapi  sebenarnya  ada  yang  dah  boleh  puasa  penuh  pada  usia  macam  tu..terpulang  pada  asuhan  dan anak  itu  sendiri.

Bila  masuk  bulan puasa,  rutin  harian  terus  berubah. Petang , kalut  dengan  persiapan  hendak  berbuka dan juga  lauk  untuk  sahur  juga.Lepas  berbuka, bergegas  ke  masjid  untuk   sembahyang  sunat  Terawih.Sesudah  Terawih, masak  nasi  terlebih  dulu  untuk  sahur. Nanti  bangun  sahur  tak  kalut  sangat, cuma  panaskan  aje  semuanya.

Cabaran  yang  paling  besar  bagiku  adalah  kejut  anak-anak  dan  suami  untuk  bangun  sahur. Kadang-kadang  boleh  angin  jugak  tu....

10 Ogo 2010

Kenapa salahkan pihak ketiga???

Kebanyakan masalah rumahtangga yang berlaku sering dikaitkan dengan pihak ketiga. Pihak ketiga dalam konteks ini samada kekasih gelap isteri, kekasih gelap suami, keluarga pihak suami atau pihak isteri atau siapa sahaja yang selain pasangan suami isteri tersebut.Seringkali kita terdengar kewujudan orang ketiga menyebabkan berlakunya perceraian.

Mengapa perlu menulis??????????


Ada  satu  sebab yang perlu   semua  orang  tahu  bahawa  bidang penulisan  sama  pentingnya  dengan   dengan  berdakwah. Apabila  niat  menulis  itu  kerana  ingin  berdakwah, maka  seseorang  itu  akan  telus dalam  berfikir  dan  menyampaikan  pesana  agama  kepada  orang  lain.Menulis  juga  dapat  merapatkan  ukhuwah dalam  berdakwah.

PENDIDIKAN ANAK MENURUT ISLAM

Islam melihat seorang anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah yang suci, putih bersih seumpama kapas yang tidak dicemari atau dikotori oleh apa jua bentuk kotoran.Maka kedua ibubapa yang akan membentuk atau melakarkan mengikut keahuan dan kehendak mereka.Sabda Rasulullah SAW “ Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah dan kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.

Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.

SYARAT TAUBAT


Menurut para  ulama, taubat  dari  segala  dosa,  hukumnya  adalah  wajib,Jika  dosa  atau  kesalahan  tersebut dilakukan  terhadap  Allah, maka  ada  3  syarat   yang  harus  dipenuhi untuk melakukan  taubat nasuha.

Pertama : Meninggalkan  maksiat.
Kedua   : Menyesali  perbuatan tersebut.
Ketiga   : Bertekad  kuat  untuk tidak mengulangi perbuatan  tersebut buat selama-lamanya.

Jika  salah  satu  syarat  tersebut tidak dipatuhi, maka  taubat  itu  tidak  akan  sah.

Sementara  itu, sekiranya  dosa atau kesalahan  tersebut dilakukan  sesame  manusia, syaratnya bertambah  satu selain  tiga  syarat  di atas.iaitu, dia  harus  memberikan  apa yang menjadi hak  orang yang dianiayai samada  berupa  wang atau  selainnya.Jika  pernah  mencel, menghina atau  mengejek,dia  harus  meminta  maaf pada  orangnya.Jika  dia  mengumpat serta  mendedahkan aib orang  itu, dia  kena  meminta  orang  tersebut  memaafkannya.Dan jika  dia  merosakkan  kehormatan  orang,dia  harus  segera  menutupinya dan  meminta  keampunan  kepada  Allah.

“ Orang  yang  bertaubat dari  dosa seperti  orang  yang  tiada  berdosa. Dan  jika  Allah  mencintai seorang  hamba, nescaya dosa  tidak  melekat pada  dirinya”  ( Riwayat  Ibnu Majah , al-Tirmizi, dan  al-Hakim).

7 Ogo 2010

Weekend day...

Hujung minggu last sebelum berpuasa. Banyak betul rancangan nak buat ari ni, tak tau boleh jalan smua tak ataupun smua tak jalan hu huh hu...

Pagi-pagi lagi eh tak lah pagi benor, saya ada terima col dari sky net pasal satu kotak parcel leakage. So kena pg cek kt sana dulu nak konfirm boleh terima ke tak. Lepas terima col terus kuar suara tarzan kerah anak2 smua mandi dan bersiap. Hujung minggu beselah budak2 ni tak de nyer nak mandi awal. smua suka golek2 depang TV dengan x mandi.

6 Ogo 2010

Nutrisi Ramadhan

Bulan Ramadhan kadangkala dianggap sebagai bulan pesta makanan. Pabila berkumandang azan Maghrib, meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Air jagung, air kelapa muda, ait tuak, ABC rock, kuih ondeh-ondeh, puteri berendam, dan bunga tanjung menjadi menu harian di rumah. Tak termasuk lagi lauk pauk yang bermacam-macam jenisnya. Usai makan, bagaikan ular sawa kekenyanganlah jadinya, lembab untuk bangun solat dan sukar berterawih kerana perut yang sedari 14 jam kosong tiba-tiba diasak bertubi-tubi dengan pelbagai makanan.

Petua kekal langsing di bulan puasa



Puasa tetapi gemuk? Makin usia meningkat begitulah kita. Ini ada petua untuk kekal langsing dibulan puasa...
Selain menguatkan iman, berpuasa boleh memantapkan emosi, menjernihkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang organ seperti usus, jantung, mata, telinga dan paru-paru berehat sementara. Puasa juga memberi enzim berehat kerana hanya sedikit makanan yang harus dicerna dan peluang organ tubuh mengeluarkan zat beracun hasil sisa metabolisme dalam tubuh. Namun ada individu menggunakan peluang berpuasa untuk berdiet tetapi jangan terlalu ketat sehingga jatuh sakit pula.

4 Ogo 2010

Fadhilat Solat Terawih

Assalamualaikum..

Sempena  bulan Ramadhan  yang  bakal  menjelang  beberapa  hari  lagi, umat  Islam  ramai akan  mengimarahkan  masjid  atau  surau  dengan  sembahyang  sunat  Terawih. Pada  bulan  inilah suasana  di masjid  menjadi  meriah  dan bercahaya.Bagi  insan  yang  tahu  hikmat dan  fadhilat  solat  terawih  pasti  tidak sesekali akan  meninggalkannya.
Berikut  adalah  antara  fadhilat  sembahyang  sunat  Terawih sebagaimana  yang  diriwayatkan  oleh  Saiyidina  Ali (r.a)  daripada  Rasulullah  SAW , sebagaimana  jawapan  dari  pertanyaan  sahabat-sahabat tentang  kelebihan sunat  terawih pada  bulan  Ramadhan  yang  mulia  ini :-

Sembahyang pada  malam :

Sebaik Amalan di Bulan Ramadhan

Ramadhan punya makna tersendiri di hati umat Islam. Bulan ini adalah bulan rihlah ruhaniyah (wisata rohani). Umat Islam melepas belenggu materialisme dunia dengan menghidupkan dunia ruhiyah. Sebulan penuh umat Islam menjalani proses tadzkiyatun nafs (pembersihan jiwa). Sebulan penuh umat Islam melakukan riyadhatur ruhiyah (olah rohani).


3 Ogo 2010

Bisness dah mula

Alhamdulillah....syukur. Walaupun  dalam  keadaan  masih  bertatih,  berjalanlah  jugak  jualan  spray  anti-fly.Ramai jugak  yang  berminat  untuk  mencuba.Inilah  yang  memberi  semangat  untuk  menambah  order.Perancangannya,  hendak  ambil  secara  direct .Tapi  kena  modal  lebih  sikit  la..

Bersabar  dan  sukar  dulu  tak  mengapa,  pasti  ada  kejayaan  di masa  hadapan, insyaallah.

2 Ogo 2010

Terapi hayat


Hot produk di pasaran offline!!!

Tak rugi membeli & mengamalkannya sebagai produk wajib harian anda.
Harganya lebih murah, hanya RM16. Harga mampu milik & mampu utk `maintain'

Kandungan bahannya yg sgt2 penting bg memenuhi keperluan wanita, terutama wanita berusia...plb baik diamalkan pd peringkat awal lagi utk manfaat yg optimum. Cadangan umur paling awal utk memulakan program awet muda ini ialah pd umur 30an..

Therapy Hayat, Jus Anti Penuaan...hot produk offline, mmpyi pengesahan IMP (Amalan Pengilangan Islam, Halalan Thoiyiban).....
Khasiat:
-sumber utama yg kaya dgn vitamin & mineral
-meningkatkan haemoglobin & mncegah dr serangan plbg penyakit
-brfungsi mncegah barah payudara & barah rahim
-melambatkan proses penuaan sel
-mmbntu mnyihatkn jntung & melncrkn peredaran darah
-terapi penggantian hormon secara semulajadi
-memecahkan lemak di dalam badan & melangsingkan bentuk badan

Banyak lagi khasiatnya, yg mengamalkannya shj akan dpt menikmatinya...
-sihat, jadi muda, kelihatan muda & awet muda
-membantu membesar & menganjal buah dada
-mengetat vagina, menghindar lelehan berlebihan
-menghalang keputihan
-meningkatkan metabolisme lemak, sel lemak diuraikan dgn cepat...proses penurunan berat jadi lebih pantas
-tenaga berganda, wajah berseri kemerahan
-kulit lebih lembab, kekeringan diatasi
kandungan:
madu, kolagen, sireh, lobata, saffron, pegaga, kacip fatimah, manjakani, halia dan ubi bit merah

amalkan 1 sachet sehari sebelum sarapan