Sahabat

http://www.mybannermaker.com

13 Ogo 2011

Mood raya dah datang

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terasa lama sangat tak update blog ni.Dek terlampau sibuk dengan kerja dan tambah lagi penat dan mengantuk di bulan puasa ni jadi blog kurang update seketika. Tambah2 nanti nak berhari raya mesti nak cuti panjang, awal2 lagi da rasa semput untuk selesaikan deadline dan apa yang patut.Sekarang-kurangnya sepanjang bercuti nanti kita tidak akan membebankan rakan yang bekerja. Harap semuanya berjalan seperti yang yang di rancang insyaallah...

Sekarang mood nak beraya dah mula datang.Bonus ntuk kakitangan kerajaan PM dah umumkan.Jadi semangat ntuk bershopping mesti sakan sikit kan.Walaupun saya dan hubby bukan kakitangan kerajaan, tapi kami pun tetap gembira dengan rezki yang diterima oleh kakitangan kerajaan.Terasa lebih meriah raya apabila poket tebal kan.Anak2 pun mesti syok nanti dpt duit raya dari uncle dan untie yg keje gomen kan he he....sempat lagi menaruh harapan!!!!!

Sebenarnya hanya saya dan seorang adik je dalam famili saya yang tak keje gomen.Jadi taun ni bila gomen dapat bonus, anak2 dapat duit raya best la ( terukkan saya ni...he he..)Tapi mereka mesti tak syok sikit sebab bila time dapat bonus PM siap kompang satu dunia jadi semua orang tau, tak boleh nak sorok-sorok.Tapi bila kita orang yang kerja swasta dapat bonus, kitaorang diam-diam sajork hehe...kesian kat diorang.

Apa apapun, kita mesti sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat dan sentiasa beringat bila berbelanja di samping itu jangan lupa pada insan yang tidak bernasib baik di sekeliling kita...

Selamat bershopping ntuk semua.....:)




3 ulasan:

  1. saya masih belum sempat memikirkan pasal raya.
    apa2pun, keperluan luaran seisi keluarga perlu disempurnakan sempena lebaran.

    BalasPadam
  2. Persiapan kami sekeluarga sederhana saje taun ni.utamakan keperluan anak2 je...:)

    BalasPadam
  3. Salam Addina.
    Bulan puasa ni mmg masa sgt2 terhad untuk nak buat apa2 entry. Ikut dan je atau kalau ada mood baru boleh menulis kan. Akak pun mcm biasa persiapan raya keutamaan utk anak-anak. Belum buat apa2 pun lagi ni.

    BalasPadam