Sahabat

http://www.mybannermaker.com

24 Jul 2012

Bukak puasa kami yang simple

Salam semua,

Hari ni saya cuti ambik emergency leave sebab anak kecik saya demam panas. Dah masuk hari ketiga , harap nyer tak lah berpanjangan. Nampak dah makin baik pun. Kalau dah dengar suara gurau dan gaduh sesama sendiri tu dah kira makin baik la kan. Kalau diam dan baring tu yang buat saya risau yang teramat.

Hari ni jugak kebetulan asben kena berbukak posa kat luar. Saya pulsk rasa malas nak ke bazar ramadhan. Anak2 pulak asyik suruh mama dia masak je. Lagipun dah 3 hari berbuka dengan juadah dari bazar ramadhan. Nakkata tak sedap tak lah juga tapi agak kurang menepati citarasa.

Jadi hari ni saya masak je untuk juadah berbuka. Simple je pun sebenarnya.

Tomyam , sayur kangkung dan ikan goreng..

Make over

Assalamualaikum semua,

Minggu ni adalah minggu untuk make over keta yang telah bersama kami melalui susah dan senang selam 12 tahun.

Terlalu banyak kenangan yang dilalui bersama. Segala pahit getir ketika memulakan kehidupan berkeluarga hingga kini 3 putri-putri kami dah makin membesar.

15 Jul 2012

Demam soping dah datang

Assalamualaikum semua,

Lagi seminggu muslimin dan muslimat akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Bila sebut bulan Ramadhan, ianya amat sinonim dengan soping selain bulan untuk beribadat.ramai yang sedang sibuk untuk buat persiapan baju raya. Maklumlah kan, bila dah masuk bulan posa biasanyer tailor dah tak mau terima tempahan.Jadinyer, sebelum posa lagi masing-masing dah siap memilih kain2 untuk dibuat baju raye. Cepat kan!!

Layan...antara photo yang sempat disnap ketika menunggu asben repair keta kedai sebelah.

12 Jul 2012

Dinner

Tempat makan yang paling cepat servis nyer, KEDAI MAMAK.