Sahabat

http://www.mybannermaker.com

27 Jun 2010

Menantu Vs Mertua : Kisah 1

Aku  adalah  seorang  ibu  kepada  2  anak  yang  sedang  membesar, tinggal  bersama  keluarga  mertua  sebaik  sahaja  berkahwin. Walaupun  kami  berdua  mampu  untuk  hidup  berdikari tambahan  pula  aku  juga  bekerja, tetapi  suami  selalu  memberi  alasan  bila  setiap  kali  bertanya   pasal  pindah  rumah.Alasan  yang  diberikan, tidak  ada  orang  lelaki  di dalam  rumah  itu untuk  menjaga  keluarga yang  terdiri  daripada  ibu  mertua , kakak  ipar  dan  kami  empat  beranak.

Ibu  mertuaku sudah  menjangkau  usia  80-an  dan  seorang  yang  amat  cerewet  dengan  urusan  rumahtangga sehinggalah  urusan  masak-memasak. Sehingga  kini, mertuaku  masih  lagi  melakukan kerja-kerja  rumah seperti  melipat  baju kami  semua, mengemas katil  kami, menguruskan  anak-anak saya  yang  dua  orang  itu  malah  bab  memasak  pun  masih  lagi  kena  ikut  kata dia.Berulang- kali  juga  saya  cuba  melakukan  semua  itu  tetapi  ibu  seperti  tidak  bersetuju dan  memberi  alasan  yang  bermacam-macam.Saya  amat  simpati  dengan  kakak  ipar  yang  selalu  menjadi  mangsa  leteran  beliau  walaupun  kesalahan  kecil  dan  yang  remeh - temeh  sahaja  berlaku. Kami  seolah-olah  nak-anak  beliau  yang  masih  kecil.

Ibu  mertuaku  juga  seorang  yang  suka  bercakap  kasar  walaupun  dengan  kanak-kanak. Dia  juga  terlampau  memanjakan  anak-anakku  yang  2  orang  itu  sehinggakan   mereka  tiudak  boleh  berdikari  walaupun  usia  mereka  sudah  6  tahun dan  4  tahun. Makan  mesti  bersuap kera  takut  rumah  bersepah. Tidur  mesti  di dalam  buai  dan  akan  sentiasa  diayun  buaian  walaupun  sudah  tidur  lena.Anakku  yang  sulung  masih  tidak  mampu  bercakap  dengan  lancar dan  terlampau  manja, suka  membantah  cakapku kerana  ibu  mertuaku  terlampau manjakan  dia.Setiap  kali  dimarahi  mesti  akan  dibela  oleh  neneknya.Aku  memang  sudah  lama  menyimpan  rasa tidak  puas hati  yang  hanya  mampu  dipendam  sahaja. Suamiku  pula  seolah-olah  tidak  nampak apa  yang  ku hadapi  selama  ini.
Macamana  aku  mahu  mengasuh  anak  dengan  caraku sendiri  selagi  tinggal  dengan  ibu mertuaku  ini. Apa  kan  berlaku  kepada  anak-anak ku nanti...

26 Jun 2010

Duhai Sahabat, renungkanlah...

1. Syukuri  nikmat yang  kita  ada.


Sesungguhnya  amat  besar  nikmat  yang  Allah  anugerahkan kepada  kita. Renunglah  sejenak dan  lihatlah dari hujung rambut ke hujung  kaki kita , persekitaran...kemudahan...keperluan serta  kemewahan  yang  kita  perolehi selama  hayat  kita.

2. Yang  lalu biarkan berlalu

Lupakan  masa  lalu  yang pahit. Tidak  perlu  mengungkit dan  terus  dihantui  pengalaman  silam  yang  tentunya  akan   menyakitkan, mematahkan  semangat  dan  memgurung diri  dengan  perasaan  bersalah  yang  melampau.Kita  tidak  mampu  untuk  menukar  roda  sejarah.Pengalaman  lalu  perlu  dijadikan  panduan  dan  sempadan  dalam  kita  mengharungi  kehidupan  kita  mencari  kebahagiaan  dan  keredhaan.

3.  Hari  ini  milik  kita

Manfaatkan  hari  ini  dengan  sebaik-baiknya.Jalanilah  hidup  dengan  penuh  kualiti.jalanilah   kehidupan  tanpa  kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian  dan kebencian.Lupakan  kelmari  yang  telah  berlalu  dan  jangan  berharap  pada  esok  yang  belum  tentu datang atau  tidak. Tanamlah  kebaikan, jauhilah  kemungkaran, hiduplah  dalam  kebahagian dan terimalah  segala macam yang  datang  dengan  fikiran  terbuka.

4.  Masa  depan  pasti  akan  datang  dengan sendiri

Janganlah kita  mendahului sesuatu  yang belum  terjadi.Dalam syariat, memberi  kesempatan  kepada  fikiran untuk  memikirkan  masa  depan dan  membuka-buka  alam  ghaib, dan kemudian  hanyut  dalam  kecemasan-kecemasan yang diduga adalah  tidak dibenarkan.

5. Jadikan  kritikan   tajam   sebagai  penghormatan.


La Tahzan , Jangan Bersedih , Don't be Sad

Buku  La  Tahzan  yang  diterjemahkan  di dalam  bahasa  Malaysia  ini  amat  sesuai  untuk  dibaca  bagi  seseorang  yang  sentiasa   merasa  hidup  di dalam  bayang-bayang kesempitan, kegelisahan  dan  kecemasan serta  bagi  mereka  yang  berada  di dalam  kesedihanIa  juga  ditujukan  kepada  mereka  yang  hidupnya   sering  dikelilingi oleh  musibah atau  mereka  yang  tidak  boleh   tidur kerana  kegelisahan.

Buku  ini  membimbing  anda  agar  tidak  terus - menerus   melawan  arus  kehidupan, menentang  takdir, berseteru  dengan  manhaj dan  mengingkari  bukti-bukti. Buku  ini  mengajak  kita   melalui  ruang  yang  sangat  dekat dari  diri  anda sendiri, melalui  sisi  roh  anda  agar  selalu merasa  tenang demi  kebaikan perjalanan  hidup  anda, percaya  kepada  kemampuan  diri, mengembangkan  potensi serta  melupakan  kepahitan  hidup, sesaknya  perjalanan  usia dan  beban perjalanan  kehidupan.

Buku  tulisan  ' Aidh  Al- Qarni  ini  ditujukan  kepada setiap  orang  yang  ingin  hidup  dalam  kebahagian...




25 Jun 2010

Anne dan Wafi berpisah jua akhirnya...


Akhirnya, pasangan di dalam Sehati Berdansa, Anne dan Wafi disahkan bercerai dengan talak 3. Anne sekarang sedang berbadan dua dan edahnya akan  berakhir sesudah bersalin anak yang ketiganya itu.
~ Harian  Metro.


Inilah  kehidupan, jodoh, rezeki, ajal  dan  maut  itu  adalah  suatu  takdir  yang  telah  ditetapkan  oleh  yang  Maha  Esa.Sabar  dan  redha  adalah  penawar  yang  paling  mujarab  dalam  menghadapi  segala  dugaan  di dalam  kehidupan kita.  Hanya  Dia  sahaja  yang  mengetahui  segala  hikmah  atas  segala  takdir  yang  ditentukannya.

Put your car key beside your bed every nights.


Tell  your  spouse, your children, your neighbours, your  parent,  everyone you run  across. Put your car keys beside your bed at   night.

If you  hear a noise outside your home or someone trying  to get in your house, just press the panic  button for your car. The alarm will be set   off, and the horn will continue to sound  until either you turn it off or the car battery  dies.

This tip  came from a neighbor-hood watch coordinator.  Next time you come home for the night and you  start to put your keys away, think of  this: It's a security alarm system that you  probably already have and requires no  installation Test it. It will go off from   most everywhere inside your house and will keep honking until your battery runs down or  until  you reset it with the button on the  key fob  chain.

It works  if you park in your driveway or garage. If your  car alarm goes off when someone is trying   to break into your house, odds are the  burglar/rapist won't stick   around.

After a  few seconds all the neighbour will be looking  out their windows to see who is out there and  sure enough the criminal won't want   that.

And  remember to carry your keys while walking to  your car in a parking lot. The alarm can work  the same way there. This is something that  should really be shared with everyone. Maybe it   could save a life or a sexual abuse   crime.

Would  also be useful for any emergency, such as a  heart attack, where you can't reach a phone. My  Mom has suggested to my Dad that he carry his  car keys with him in case he falls outside and  she doesn't hear him. He can activate the car  alarm and then she'll know there's a   problem.

24 Jun 2010

Pasangan kita adalah bukti kasih sayang Allah

Konflik  yang  memecah- belah  kasih sayang  anda  di rumah  sebenarnya  sebagai  satu  tandasaat  itu  Allah  telah  mencabut  rahmat-Nya  dari  rumah  anda.Mengapa? Kerana masing-masing tidak  berperanan  dengan  baik dan  lalai menjaga  amanah perkahwinan.Ingatlah   sabda  Rasulullah A.A.W  yang  bermaksud: " Sesiapa  yang  tidak  menyayangi tidak  akan  disayangi."( Riwayat  Imam  Al-Bukhari  dan Muslim)

Hubungan  yang  baik  dengan  pasangan  hidup  anda  menunjukkan  bahawa  hubungan  anda  pun  baik kepada  Allah.Jika  hubungan  dengan Allah  bermasalah maka  anda  akan  dapat  rasakan  terseksanya hidup  bersama  dengan  pasangan  anda.Untuk  memiliki  hati  yang  sensitif  kepada  pasangan, jangan  lupakan apakah  anda  telah pun  sensitif  kepada  Allah?

Tanda-tanda Kanser

  1. Sukar  untuk  bernafas atau  termengah-mengah  ketika  bernafas
  2. Batuk  yang  kronik atau  sakit  dada
  3. Kerap   demam  atau  mengalami  jangkitan
  4. Sukar  untuk  menelan  makanan
  5. Nodus  limfa  membengkak  atau  benjolan  pada  leher, ketiak dan  pangkal  paha
  6. Lebam  melampau  atau  pendarahan  yang  tidak  berhenti
  7. Lemah dan  lesu
  8. Badan  mengembung  atau  berat  badan  bertambah secara  tidak  normal
  9. Perut  rasa  kenyang  dan  sukar  untuk  makan
  10. Sakit  pada  pelvik  atau  abdomen
  11. pendarahan  rektal  atau  darah  dalam  najis
  12. Kehilangan  berat  badan  yang  tidak  dapat  dijelaskan
  13. Haid  yang  banyak atau  menyakitkan  atau  pendarahan  antara  haid.
  14. Wajah  membengkak.
          ~  Mingguan  Wanita.

Andai itu takdirnya..

Saya  sekarang  dalam proses  membaca  novel  ni  yang  dikarang  oleh  Siti  Rosmizah. Dari  segi  luaran  nampak  menarik  dan  boleh  menyentap  kalbu. Tapi  isi  kandungan  cerita  belum  tahu  lagi  sebab  belum  habis  dibaca......

Di hujung ranting

Novel  Di  Hujung  Ranting  tulisan  Indah  Hairani, mengisahkan  tentang Hakim , mempunyai  dua  insan  , dua  isteri  yang  begitu  berbeza. Mawardah yang penuh  kelembutan, tidak  melawan  dan  sentiasa  akur,fatin  penuh  kemanjaan, sentiasa  ingin  menang dan  menguasaidan  agak  kasar  sifatnya. namun  kedua-duanya  dicintai  oleh  Hakim.

Saya  lahirkan  ' Mawardah' dalam  rupa  yang  dan  jiwa  yang  tulus.Menjadi  lambang  ketabahan seorang  insan bergelar  isteri, yang  sarat  cinta dan  kemaafan. Tidak  pernah  menyakiti sekalipun  dia  disakiti.kita  akan  tersenyum di saat  dia  tersenyum dan  kita  akan  menangis di saat  dia  menangis. Di saat  dia  hilang, kita  akan  mencari dan  menyusurnya.Dia  menjadi  kekuatan dalam Di Hujung  Ranting ~ Indah Khairani.

CHINTA

Novel  CHINTA ,  hasil  karya  Norhayati  Ibrahim akhirnya  habis  dibaca. Kisah  seorang  jejaka, Syed  Akid yang  mempunyai  rahsia  yang  sekian  lama  dipendam  sehingga  amat  menyakitkan  dirinya  sendiri.Kerana   angkara  si ibu, lelaki  ini  tidak  percaya  pada  cinta bahkan  dendam di hatinya  tidak pernah  dapat  diusir dari  diri. Sampai  satu  saat, gadis  bernama  CHinta  itu  hadir. Raja  Akid  akhirnya  terperangkap  di antara  kasih  dan  benci.
Chinta  pula  seorang  anak yang  baik  dan  pemaaf. Walaupun  perasaannya  sentiasa  didera dan  di anaktirikan, tetapi   luhur kasihnya  kepada  insan  yang  membesarkannya, tidak  pernah  surut.Tanggungjawab seorang  anak  tetap dijalankan  tanpa  sekelumit  dendam  di hati.

belog 4 column

Setelah  berusaha  sekian  lama (eewahhhh....lama  la  sangat  konon!!)  akhirnya  berjaya  jugak  mendapatkan  belog  4  column  yang  macam ini. Mula-mula  plan  nak  tukar  kepada  3   column  aje,   tup tup  bila dah  jumpa  4  column  ni, langsung  jatuh  cinta  la  pulak..So  skarang,  kena  plan  apa  nak  letak  kat  column  yang  banyak  ni. Nak letak  ape  yee...(  pikir2  * aksi  termenung  jap*)  

Pengurusan Personnel Sebagai Fungsi Staf


Satu perkara yang unik bagi pengurusan personel ialah fungsi sumber manusia memainkan peranan sebagai staf yang memberikan perkhidmatan kepada bahagian-bahagian lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah peranan yang dimainkannya menyumbang secara tidak langsung kepada output organisasi. Ini berbeza dengan bahagian pengeluaran atau pemasaran yang sumbangannya terhadap output organisasi adalah secara terus. Sebagai fungsi staf, jabatan personel hanya mempunyai kuasa untuk menasihat bahagian-bahagian lain.
Ini disebabkan aktiviti-aktiviti personel melibatkan pekerja di bahagian lain, dan pengurusan personel tidak mempunyai kuasa langsung terhadap pekerja tersebut. Mereka masih terletak di bawah kuasa pengurus di bahagian masing-masing. Keadaan ini perlu dipelihara untuk menjaga paduan arahan. Walaupun aktiviti-aktiviti personel melibatkan pekerja daripada bahagian-bahagian lain, kuasa pengurusan personel adalah sekadar memberikan nasihat kepada bahagian-bahagian itu.
Walaupun jabatan personel hanya mempunyai kuasa sebagai penasihat, peranan yang dimainkannya ialah satu peranan yang besar. Seorang pengurus lini yang menolak nasihat jabatan personel akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku akibat daripada penolakan nasihat tadi. Oleh itu kebanyakan pengurus menerima baik nasihat daripada jabatan personel. Malahan ada kalanya nasihat daripada jabatan personel dilihat sebagai arahan dari atas.
Dalam keadaan tertentu, pihak pengurusan atasan memberikan kuasa yang lebih untuk membolehkan jabatan personel mengendalikan bidang-bidang tertentu yang terletak di bawah pengurus lini, umpamanya, pentadbiran rancangan faedah pekerja. Bidang ini ialah satu bidang yang rumit. Oleh itu, lazimnya diletakkan di bawah kuasa pengurusan sumber manusia. Ada kalanya timbul percanggahan antara matlamat personel dengan matlamat sesuatu bahagian.
Contohnya : jabatan sumber manusia ingin memberikan jaminan kerja kepada para pekerja, sedangkan bahagian pengeluaran ingin menghentikan sebahagian daripada pekerja untuk mengurangkan kos. Dalam keadaan demikian, kedua-dua bahagian hendaklah memikirkan satu penyelesaian yang membawa kebaikan kepada organisasi secara menyeluruh.
Walaupun fungsi personel merupakan fungsi staf, seorang pengurus personel juga terlibat dengan tugas-tugas lini. Dessler menyatakan bahawa seorang pengurus personel melakukan tiga fungsi :
Fungsi Lini – seorang pengurus personel memainkan fungsi lini dalam mengarahkan kakitangan di bawah beliau dan dalam unit perkhidmatan (seperti kafetaria di kilang).
Fungsi Penyelarasan – seorang pengurus personel juga bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti personel. Di sini pengurus personel berfungsi sebagai tangan kanan eksekutif atasan dalam memasatikan segala objektif, dasar dan tatacara (seperti rancangan keselamatan pekerjaan ) dilaksanakan.
Fungsi Staf – memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengurus di peringkat lini.

22 Jun 2010

Puasa

Pagi  ini  begitu  sejuk  sekali, hujan  dari  subuh  hari lagi.Malam  tadi  sudah  berniat  untuk  berpuasa  ganti. Seperti  mendapat  rahmat  pulak  bila  cuaca  begini seolah  mengerti  ada  insan  yang  sedang  menahan  lapar  dan  dahaga.. 
Semoga  aku  menjadi  insan  yang  kuat  menghadapi  cabaran  dan  segala  macam  dugaan  hidup ini  seperti   mana  aku  berjaya  menghadapi  ibadat  berpuasa  ini. Kadang-kadang , cabaran  hidup lebih  payah  dan  sukar  jika  dibandingkan  dengan  ibadat  berpuasa.

21 Jun 2010

King Dae Joyoung :Episod 80-81

Di  Mt  Madu, Li wen  telah  mengarahkan  Joyoung  bersama  pengikutnya  untuk  menyerang  terlebih  dahulu Gaepilsamun dan  membawanya  turun.Manakala  Joyoung  telah  merangka  perancangan  untuk  berkompromi  dengan  Gaepilsamun  dan  membakar  semangatnya  untuk  membalas  dendam  terhadap  Li Wen.
Dae joyoung  beserta  pengikutnya  telah  berjaya mewujudkan pertempuran  hebat  antara  askar  Li Wen  dan Gaepilsamun.Barang yang  disamun  telah  berjaya  diperolehi  dan  di hantar  ke  istana  oleh  Mimosa  dan  Geumlan sebagai  balasan  untuk  mengeluarkan  dae  Jungsang  dari  kawasan  istana.Akhirnya   Dae Joyoung  dan  pengikut-pengikutnya  telah  berjaya  melarikan  diri  ke  daerah  Yingzou iatu  kawasan  yang dikuasai  oleh  Khitan.Joyoung juga  telah  mengutuskan  surat  memaklumkan  kepada  Permaisuri  Wu  bahawa  beliau  beserta  pengikutnya  terpaksa  menyelamatkan  diri  dari  Li Wen  yang  merancang  untuk  membunuhnya.Permaisuri  telah  memerintahkan supaya  Daejoyong  melaporkan  diri  untuk  kembali  bertugas  di istana.
Di waktu  yang  sama, keadaan  di dalam  istana  menjadi  semakin  tegang  apabila  Maharaja  memanggil  Perdana  Menterinya  untuk  menulis  wasiat   terakhirnya.Di dalam  wasiatnya,  maharaja  telah  memutuskan  bahawa  takhta  kerajaan  akan  diberikan  kepada  anak  ketiganya, manakala Permaisuri  pula  boleh  campurtangan  di dalam  hal  yanng  berkaitan  dengan  Kebajikan   rakyat sahaja. Sekiranya  Permaisuri  engkar , Permaisuri  di arahkan  keluar  dari  istana.Perbincangan  rahsia  ini telah  berjaya  dihidu  oleh  General  Li kaigu, lalu  beliau  melaporkan  kepada  Permaisuri.Permaisuri  Wu telah  mengarahkan  supaya  surat  wasiat  itu  diserahkan  kepada  beliau  secepat  yang  mungkin.Akhirnya, setelah  berusaha  dengan  keras, wasiat  tersebut  jatuh  juga  ke tangan  Permaisuri.Walaupun  wasiat  tersebut  di  arahkan dibaca  selepas  kemangkatan  Maharaja,  tetapi Permaisuri  telah  memanggil  semua  menteri  dan  pegawai  kerajaan  untuk  mendengarkan  wasiat  tersebut walaupun  Maharaja  masih  belum  mangkat. Keadaan  menjadi  semakin  tertekan  setelah  semua  pegawai  kanan  kerajaan  mengetahui  isi  kandungan  wasiat  tersebut.
Di dalam  episod  ini  juga, terdapat  babak  di mana  anak  Chulin, Geom  yang  mencuri  keluar  mengintip  Dae Jungsang menbuat latihan seni  mempertahankan  diri. Geom  amat  berminat  untuk mempelajarinya  tetapi  ibunya tidak   merestuinya. dae Jungsang  juga  telah  memaklumkan  kepada  Chulin  tentang  perkahwinan  Dae Joyoung  dengan  Sukyoung. Ketika  semua  pengikut  Dae Juyoung  berkumpul  di  sebuah  perkampungan  di  Yingzou, Puteri  Sukyoung  telah  dilaporkan  hamil.
Gaepilsamun,  ketua  penyamun  di Mt. Madu  telah  melarikan  diri  bersama  dua  orang  pengikutnya  ke  Yingzou dan  ditangkap  oleh askar Khitan  ketika  usaha  Khitan  mencari  Dae Joyoung.
Tunggu  di  episod  seterusnya...apakah  yang  berlaku  kepada  Li Wen dan  keadaan  di  istana  yang  semakin  tegang.

King Dae Joyoung : Episod 78-79

Princess  Sukyoung  dan Auhong  telah  berjaya  melarikan  diri  dari  istana dan  berjumpa  dengan  Dae Joyoung  atas  bantuan  Chulin.Ayah Dae Jouyoung  telah  tinggal  di  estate  Xue  Renggei .Li Wen  bersama  tawanan  yang  lain  telah  dibebaskan  oleh  Empress  Zu  manakala  Prince  Li  Xian  telah  dilucutkan  gelaran dan keluar  dari  istana.
Dae Joyoung  bersama  dengan  Princess  Sukyoung, Gulsabiwu  dan Sudol  telah  pergi  berjumpa  dengan  King Bojang dan  akhirnya  King Bojang  meminta  Dae Joyoung  supaya  berkahwin  dengan  Princess  Sukyoung. Upacara  perkahwinan  yang ringkas  dijalankan   hanya  disaksikan  oleh  mereka  berlima  sahaja  tanpa  kehadiran  ayahnya Dae Junsang.
Geom, anak  Chulin  telah  hadir  di  istana  , ketika  melewati  gate yang dikawal  oleh  Joyoung, Joyoung  telah menegur  dan  mendukung  anak  itu dan akhirnya  Geom telah  tidur  dipangkuannya  sebelum  Chulin hadir  untuk  mendapatkan  anaknya itu. Gulsabiwu  telah  mengesyaki  bahawa  Chulin  telah  menipunya bahawa  anak  Joyoung  itu  telah  meninggal sewaktu  dilahirkan telah  bersemuka  dengan  Chulin tetapi  Chulin  tetap  tidak  mengakuinya.
Dae Joyoung  menyertai  kumpulan Li Wen  untuk  pergi  ke  Mt. Madu menyerang  Gepilsamun  yang  telah  menyamun  barangan  hadiah  berharga  untuk  istana.Li Wen  menyusun  rancangan  untuk  membalas  dendam  kepada  Joyoung  manakala  Joyoung   pula  mempunyai  perancangan  untuk  keluar  dari  istana  dan   kembali  ke  Goguryoe.Princess  Sukyoung  dan  Auhong  telah  bersembunyi  untuk  sementara  waktu  di  sebuah  Temple di luar  istana.

19 Jun 2010

King Dae Joyoung Movie

 
Super Korean  Movie...
Sekarang  sedang  mencari-cari  di mana  ada  jual  DVD  movie  ni. Sekarang  ditayangkan  di Astro  Channel  303 ,  Sabtu  Malam  Ahad dan  Ahad  malam  Isnin  pukul  9.30 malam...

Cerita  perang  zaman  dinasti  Tang  dan  hebatnya  Dae  Joyoung  sehingga  akhirnya  menjadi  seorang  raja.

Kajian : Berhenti merokok membantu mengurangkan stress


Kebanyakan  perokok sering  menyatakan  bahawa   merokok  boleh  membantu  mereka  menjadi   tenang dan  jauhkan  dari  stress atau  tekanan tetapi,  satu  kajian  dilakukan  di  Brittish  telah  mendapati  bahawa tahap  tekanan  yang  kronik dapat  dikurangkan  sekiranya  seseorang  itu   meninggalkan  tabiat  merokok.

Berdasarkan kajian  ke atas  469  perokok yang  cuba  untuk  berhenti  merokok setelah diserang oleh  penyakit  jantung  melaporkan  bahawa  sesiapa  yang  telah berhenti  merokok selama  satu  tahun   telah  berjaya  menurunkan  tahap  stress  mereka. 

Kebanyakan  perokok  berfikir  dengan  merokok  dapat  membantu  mereka mengawal  tekanan dan  bekas perokok pula  kadang-kadang  kembali  merokok  kerana  percaya  bahawa  dengan  merokok  akan  dapat  membantu  mereka  mengawal  tekanan  dalam  kehidupan  mereka.

Kini, laporan  dari  kajian  ini  telah  membuktikan  bahawa  bukan  perokok   mempunyai  tahap  tekanan  yang  lebih  rendah  daripada  perokok.Alasannya  masik  kurang  jelas  kerana  mungkin   seseorang  yang  mempunyai  tekanan  hidup  yang  tinggi  cenderung  untuk  merokok ataupun  merokok  itu  sendiri menyebabkan  seseorang  itu  akan  menghadapi  tekanan  dalam  jangka  masa  panjang walaupun  pada  awalnya mereka  rasa  dapat  menghilangkan  tekanan mereka.

Berhenti  merokok  bukan  sahaja  dapat  memberi  kebaikan  kepada  tahap  kesihatan  seseorang  tetapi  juga memberi  impak  yang  positif  kepada  tahap mentaliti  mereka. -( Reuters  Health).

17 Jun 2010

Pesta bola datang lagi

FIFA  ke world  cup  ke  apa  yang  pasti pesta  bola  datang  lagi... Disebabkan  pengaruh  bola  yang  amat  besar  ini, hubby  sanggup  tukar  Tv  , konon  nak  ada  HDMI  yang  boleh  bagi  kaler  lagi  cantik  la  bla....blaaa......kesian  Tv  lama  yang  belum  rosak  lagi tu..

Kerana  hebat  nyer  pesta  bola, TV  pun jadi  rebutan.Kalau  sebelum  ni, biasanyer  hubby  jarang  berebut  channel dan  time  jarang  clash  dengan  kami  tapi  sekarang  dah  jadi  lain  pulak. Nak  pasang  Video  nak  aerobik  pun  dah   tal  senang. Memang  la  kebanyakan  rumah  ada  2  bijik  TV  tapi  biasanya  TV  yang  jd  faveret  mesti  yang  kat  bawah.Tv  yang  ada  astro  pun  mesti  yang  satu  tu  je. Ruang  pun  luas , lagi  sesuai  nak  aerobik  ke  atau  apa2  yang  sama macam  tu.

Dugaan betul  bila  time  macam  ni.Disebabkan  bola  kaum  somi  jadik  pelik:

1. Alert  dengan  masa. Takut  miss  siaran  langsung  la  tu.
2. Kalau  nak   makan  kat  luar  mesti  cari  kedai  mamak  sebab  pasti  ada  siaran  bola.
3. Sanggup berjaga  malam semata-mata  nak  tgk  siaran  langsung.

Terima Kasih Kekasih

Hari ini baru selesai membaca sebuah novel Norhayati Berahim bertajuk Terima Kasih Kekasih.Novel setebal 618 mukasurat ini berjaya di habiskan dalam masa lebih kurang satu minggu, hanya dibaca sebelum tidur sahaja.Keseluruhan  cerita  novel  ini boleh  dikategorikan  menarik dan  wataknya  memang  sesuai  untuk  golongan  dewasa.

Watak  utama, seorang  gadis  bernama  Amna yang  bekerja  sebagai  Pakar  forensik, mempunyai  seorang  tunang bernama  Imlan  yang  telah berubah  kasih  kepada  insan  lain, Zawani.Pertunangan  mereka   akhirnya  putus dan  Amna  semakin  rapat  dengan sahabat  bekas  tunangnya  Imlan  iaitu  Chril yang  pernah menjadi  buah  hati  sahabat  baiknya  sendiri  iaitu  Amy. Setelah  kematian  Amy, Chril  terbuka  hati  untuk  mendalami  Islam dan  akhirnya  menjadi  umat  Nabi  Muhammad  dengan  bantuan  ayah   Amna  sendiri.Ketika  Imlan akhirnya  sedar siapa  Zawani  sebenarnya,  Amna  telah  selamat  menjadi  seorang  isteri  kepada  Chril...

Hidup  ini   penuh  dengan  dugaan, sesekali  jatuh  dan  sesekali  tersungkur.Namun  dugaan   itu yang  mematangkan  dirinya.Walau  sakit  kerana  dikhianati....itulah  takdir  yang  harus  diterima  dengan  hati  yang  terbuka..

New day...

Feel  so  fresh  today ,  sure  because  have  enough  sleep  last  night. If  everyday  feel  like  this,  maybe  I  will  live  more longer  and  longer  hopefully ...but  of course  death  is  a  fact  and  every  single  live  must  die...........
When  thinking  about  death , surely  we  will  ask  ourselves ,did  you  prepared  for  that  time ???? and  what  is  your  preparation for  you  and  also  others you leave behind....
 Let  us  think  about  it....

16 Jun 2010

Legenda Budak Setan

Semenjak  dua menjak  ni, asyik  dengar  cerita pasal  movie  LBS je. Ramai  jugak  yang  xcited  to watch this  movie maybe  bcoz  this  movie  actually  based  from  novel  Ahadiat  Akasyah , Budak Setan, Saya  dan  famili  dah  pergi menonton  this  movie  last  weekend  kat Alamanda, Putrajaya. Novel  zaman  remaja  dulu ..so  the  story  quite interesting and  touching  jugak  la  tambah  lagi  Farid  Kamil sbg   Kasyah  dan  Lisa  Surihani  sbg  Ayu mmg  padan  sekali..  cantik  dan  handsome..

Cinta  Kasyah  memang  luhur dan  sejati tanpa  memandang  peribadi  luaran  semata. Dan kerana  ibu, Ayu  korbankan  cinta  untuk  Kasyah  dan  sanggup  menerima  Azmi  yang  tak  dicintai  sebagai  suami. Penderitaan seorang  isteri  yang didera oleh  suami sehingga gagal  mengawal  emosi  lalu  merubah  wajah  asalnya sendiri  setelah  terbabit  dalam  kemalangan  yang  ngeri. Penderitaan  Ayu  tidak  berakhir  dan  cinta  Kasyah   dan Ayu diduga  lagi  apabila  Ayu  hilang ingatan setelah  Azmi  hilang  pertimbangan dan perikemanusiaan.  

Betapa  mahalnya  erti  kebahagiaan , Ayu   dan  Kasyah  tidak  lama dapat  menikmati  kenikmatan  hidup  sebagai  suami  isteri   kerana  Ayu  pergi  selama-lamanya  ketika  bertarung   untuk  melahirkan  zuriat  cintanya  bersama  Kasyah.Akhirnya, tinggallah  Kasyah  membesarkan  anaknya  sendiri  tanpa  Ayu......

 

Bengang , marah dan bengkek...

Entah mengapa  hari  ni, mood  aku  kurang  ngam  skit.Rasa  macam  nak  marah  orang  je..Mungkinkah  pasal  x cukup  tido  malam  tadi atau  pepagi  dah  menyampah  dengan  perangai satu  minah  ni yang  ala-ala  x puas hati  atau  dengki  kat  aku..Kalau  tak  disebabkan  aku  keje  kat  bhagian HR, tak  mau  aku  senyum  kat  orang  ari  ni.. 

Malam  tadi memang  x boleh  nak  lelap  mata  dengan  secukup  nyer  pasal  semalam  aku  dah  over  dose  coffee. Pukul  3.00  pagi  baru  mata  boleh  lelap itupun  ada lagi  gangguan , salakan  anjing pulak  di  subuh  hari.Nasib  baik  tak  terlewat  datang  keje kalau  tak  lagi  haru kena  tolak  gaji.

Satu  minah  ni  memang  aku  perasan  dah  lama  simpan  perasaan  tak  puas  hati  kat  aku. Tak  faham  aku  apasal  lah  dia  tu  dengki  sangat.Aku  tak  pernah  kacau  dia  pun tapi  yang  pasti dia  suka  benor  menyibuk  pasal  aku. Huhh...menyampah  tahap  gaban  dah  aku   dengan  dia  nih..

15 Jun 2010

kreatif kan diri

Boring  betul  nih..report  byk  yang  belum  siap  lg..Kadang-kadang,  bila  time  mcm  ni, dan  dan  tu  juga  rasa  nak  tukar  keje..bila  le  tercapai  cita-cita  nak  keje  sendiri...huh..banyak  ko  modal  kau   ni  cik  lia  ooiii.... arghhhhh  tunggu  la  suatu  waktu  dan  ketika...moga  tercapai  impian  yang  satu  itu...insyaallah..

Apakata  layan  photo  editor  jap...  jeng...jeng..jenggggg...

Permata  hati  mama.....

11 Jun 2010

Birthday Acik yang ke - 5

Hari  ini,  11.06.2010 ,  genap  umur  acik  5  tahun.  Awal-awal  lagi  dah  cakap  nak  hadiah henset  kaler  purple. Purple  pulak  kali  ni,  biasanyer  kaler  pink  je  manjang..dah  tukar  tune  lah  tu..

Happy  Birthday  Acik...Moga  anak  mama  ni  menjadi  anak  yang  solehah, bahagia  di dunia  dan  akhirat..aminnn.





Birthday  acik  tahun  ni  disambut  secara  sederhana  sangat. Kek  pun  bajet  utk  3  org  je... mama  ngan  abah  x  nak  makan  kek .... diet  la  konon..entah2  diet  poket  nii...

4 Jun 2010

Mood bercuti...

Hari  ni  adalah  hari  last  sklh  bagi  anak2.  Kemudian  cuti  selama  2  minggu..Seronok  nyer  budak2  tu  bila  tiba  cuti  sekolah mcm  ni.

Disebabkan  hari  last  sekolah, along   terlebih  kalut   pulak  sampai  tertinggal  baju  sekolah. Bila  tanya  kenapa  x  pakai  baju  sekolah, cakap  hari  ni  ada  sukan kena  pakai  track and t shirt, baju  smpan  dulu  dalam  beg, tup tup bial  sampai  ofis, telefon  bunyi  " along  tertinggal  baju  sekolah  kat  rumah". Apahal  lah  along  ni  kalut  bbenor  pagi  ni???
 

3 Jun 2010

Semuanyer dah ada...

Akhirnya, semua  telah  selesai  diuruskan  dengan  jayanya.EEcehhhhhwahhhh.Macam  bangga  pulak  ttiba.
Rasa  lega  sgt  apabila  kerja  yang  bertangguh  sekian  lama  telah  selesai.Semua  anak  dah  ada  akaun  Nuri dan  yang  paling penting, semua  boleh join  Peraduan  Mewarna Kelab  Nuri  yang  akan  di adakan  pada  10 Julai  akan  datang. Ah  legaaaaa .....rasa nyer.

Peraduan  ni  percuma  untuk  ahli  Kelab  Nuri.Bawak  badan  je, semua  dah  disediakan  di sana.......Pewarna, T Shirt dan  mcm2  lagi.  Macam  best  jugak  tu.....

Jumpa  di  MPN....

Lepas ni  kena  train  kids  supaya  dapat  hadiah  nnti..he  he.....

2 Jun 2010

Akaun Nuri Bank Rakyat


Dah  sebulan  asyik  tertangguh  je..Penat  dah  dengar  along  bising  nak  akaun  nuru  bank  rakyat. Masalah  nyer  mama  dia  tak  ada  kesempatan  lagi  nak  pergi  bank  bukak  akaun  tuh...

Malam  tadi  pukul  10  malam  bising  lagi  pasal  akaun  Nuri , kata nyer  cikgu  dah  siap  bagi  borang  just  fill  up  with  RM 20.00  the  rest,  cikgu   akan  tolong  buatkan.Dah   tercabar  dah  ni..

Sebenarnyer , bukan  tak  nak bagi  cikgu  tolong  buatkan  tapi, alang -alang  nak buat  akaun  tu  biarlah  smua  ada.nanti  ada  ape2  pertandingan  kelab  Nuri  acik  n  Dina  pun  boleh  join  sama...

Kids  selalu  tak  boleh   sabar  dan  smua  nak  ikut  apa  yang CIKGU  dia  cakap  je...eeeiiiiii penat nyer..