Sahabat

http://www.mybannermaker.com

25 Okt 2011

Cuti Cuti Malaysia sudah bermula..

Sessi persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.Tapi mood nak holiday dah tak boleh nak ditahan-tahan  lagi.Kebetulan, sekolah cuti seminggu sempena Deepavali  dan dengan kebetulan juga ada adik-adik yang boleh join, jadi percutian kali  ini rasa  amat bermakna sekali dan yang penting releaaaaaaaaaseeee...segala tension sebab dapat jerit  dengan sepuasnya..

Disebabkan oleh kesuntukan waktu dan  last minute punya  planning ( 3 hari je masa yang ada ) , kami pada awalnya menghadapi masalah untuk booking hotel. Plan awal  hendak pergi ke Melaka walaupun dah banyak kali juga kami pergi ke Melaka.Tetapi kebanyakan hotel kat sana sudah fully booked untuk hujung minggu lepas. Pelik  juga  bila difikirkan bila hotel yang banyak bilik tu boleh penuh ditempah.


Setelah kecewa dengan  Melaka, kami cuba cari hotel kat genting. Mana tau ada rezki kami di sana.Pilihan pertama,  Genting View Resort sebab mempunyai apartment 2 bilik dan hotel ini juga menyertai program ZEST yang memberi diskaun 50% kepada ahlinya.Tetapi berita duka juga kami terima.Tarikh yang kami inginkan sudah fully booked.Hotel Seri Malaysia juga sudah penuh.So, percubaan yang terakhir dengan separuh hati kami cuba hubungi hotel ini walaupun kami tau kosnya  sedikit mahal...family suite memang tak ade tetapi masih ada Deluxe Room yang mempunyai 2 katil queen....lalalaaaa....

Planning awal, kami mau stay 3 hari  2 malam tetapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami cuma ambil 2 hari 1 malam  saje..ok lah  kan....dapat juga  rasa suasana  sejukkk  dan jerit kuat-kuat kat sana..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan