Sahabat

http://www.mybannermaker.com

19 Jun 2011

Berita baik tentang bakteria

Selama  ni kalau  sebut je  pasal  bakteria mesti  ingat  yang  tak  baik  je kan......tapi  rupa2 nya  ada  juga  bakteria  yang  baik yang  boleh  membantu kita  menurunkan lemak yang tak diingini pada  tubuh.

Ini satu berita  baik buat kita  yang tak gemar bersenam.

Terdapat sejenis bakteria pada  bahagian  usus manusiayang  sebenarnya  dapat  membantu kita  untuk  mendapatkan  badan yang lebih langsing...

Ada  satu kajian di jepun....pengkaji mendapatkan 87 responden yang  mengalami berat badan yang berlebihan dan memberi 100 gram susu  fermentasi.Susu  ni biasa nyer digunakan untuk menghasilkan yogurt.Setiap responden diminta  mengamalkan  pengambilan susu ini 2x sehari di samping mengamalkan pemakanan yang normal mereka.



Separuh daripada responden diberi susu yang diperkaya  dengan lactobacillus gasseri dan yang selebihnya diberikan susu yang biasa.

Hasilnya  setelah 12 minggu di dapati bahawa  rata-rata  responden yang diberi  susu yang diperkaya dengan lactobacillus  gasseri kehilangan sekurang-kurangnya satu kilo manakal selebihnya yang diberi susu tanpa bakteria  ini tidak  mengalami sebarang perubahan berat badan.

Kesimpulannya: Responden yang diberi susu yang diperkaya dengan bakteria lactobacillus gasseri ini kehilangan sekurang-kurangnya 4.6 % lemak jahat yang mengelilingi organ dalaman serta  terlibat dalam sindrom  metabolik. Ukur lilit pinggul dan pinggang rata-rata responden juga  berkurangan antara 1.7 cm dan 1.5 cm.

Wowww... fantastic jugak ni...

Sumber ; Mingguan Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan