Sahabat

http://www.mybannermaker.com

1 Jun 2011

hi semua....saya  nak  berkongsi  dengan  anda...

Semenjak   berlaku kejadian pekerja  meninggal  tempohari  disebabkan  oleh demam  denggi,  ramai yang buat kecoh  pasal  insurans. Baru  tau betapa  pentingnya  membeli  insurans kan...
Sekarang  baru  nak  ambil  tau  apa  insurans  cover, FWCS  tu  untuk  apa  dan  SKHPPA  tu  untuk   apa. Time  bagi  briefing  mula - mula  gomen  implement  SKHPPA  bukan  main  banyak  argue  itu  ini. Berbuih  mulut  kena  fahamkan  terutamanya  foreigner  ni  yang  payah  betul  nak  faham dan  ada  tu  yang  saje  buat-buat  tak  faham.huhhh  memang  dugaan  betul  waktu  tu.Bila  sebut  je  pasal  kena  potong   gaji  semua  nak  melompat nak  bangkang  itu  dan  ini tapi  bila  jadi sesuatu  musibah  time  tu lah  baru  nak sedar  walaupun  dah  hampir  terlambat...manusia  manusia.....


Bagi  pekerja  asing  yang  di ambil  bekerja  di Malaysia  tak  kira  di dalam  apa  sektor  sekalipun,   pihak  majikan  mesti  wajib  membelikan  insurans FWCS  iaitu Insurans Skim Pampasan Pekerja Asing  untuk  mereka.Skim  ini  akan  melindungi  pekerja  bagi:

Seksyen 1 :
Kemalangan Pampasan Pekerja
Kematian akibat penyakit atau kemalangan pekerjaan yang berlaku semasa waktu bekerja
Hilang upaya menyeluruh kekal
Hilang upaya separa kekal
Hilang upaya sementara
Kos dan Perbelanjaan hospital

Seksyen 2 :
Perbelanjaan Repatriasi
Membayar kos pengangkutan untuk menghantar mayat pekerja yang mati atau pekerja yang hilang upaya menyeluruh
kekal kembali ke negara asalnya.

Seksyen 3 :
Kemalangan diri (selepas waktu bekerja)

Tempoh perlindungannya selama satu tahun. Anda dikehendaki membaharui polisi insurans anda setiap tahun.
Polisi ini terbatas kepada batasan geografi Malaysia dan tertakluk kepada kuasa undang-undang Malaysia sahaja.

Sebagai  tambahan kepada  skim  ini  pihak  pekerja  mesti   mempunyai  satu  lagi  insurans  iaitu  SKHPPA  iaitu  Skim  Kemasukan Hospital dan pembedahan  Pekerja  Asing. polisi  ini  akan  melindungi  pekerja  dari  penyakit  , wabak  atau  kecederaan  yang   bukan  akibat  dari  kecederaan  sewaktu  bekerja  dan  ini  secara  tidak  langsung  akan  dapat  melindungi  pihak  hospital  kerajaan  daripada  bebanan  hutan  lapuk.Premium  yang perlu dibayar  sebanyak RM 120.00 + fee RM 100.00 + service charge 6%.Biasanya pihak majikan belikan  polisi dahulu   dan  akan  ditolak balik  dari  gaji  pekerja.

Saya  masih  ingat  betapa  kecoh nyer  office  saya  masa  bulan-bukan pertama  insurans  ini  dilaksanakan.Ramai  pekerja  yang  tak  nak  beli  polisi  ini tetapi  memandangkan  ianya  wajib  dan  menjadi  syarat  apabila  hemdak  memperbaharui  permit, mereka  semua  terpaksa  akur walaupun  dalam  hati  masih  tak  puas  hati.Jadi  semua  pekerja  yang  mencapai  tempoh  untuk  memperbaharui  permit  akan  dibeli  insurans  SKHPPA  manakala  yang  belum  mencapai  tempoh  pembaharuan  kita  akan  pending  dulu  tunggu  masa  nak  renew  baru  kita  apply.

Tapi  keadaan  amat  berbeza  kini  selepas  berlaku  kes  kematian  yang disebabkan  demam denggi  baru. baru ini.Semua  pekeja  seolah-olah  marahkan  kami  kerana  tidak  belikan  mereka polisi  ini  sedangkan  permit  mereka  masih  panjang lagi  tempoh utuk  renew  permit  mereka.Baru  mereka  buka  mata tentang  insurans..

p/s :  inilah  manusia , dah  terjadi  baru  nak menyesal...



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan