Hari ini, Jumaat 31.12.2010 walaupun telah diisytiharkan sebagai cuti umum oleh PM kita sempena kemenangan pasukan bola harimau malaya di Indonesia, tetapi tempat kerja saya tetap kerja seperti biasa.Ohhhhh sedihhhh nyer... Memang dari awal lagi saya sudah agak akan berlaku macam ni . Walaupun PM yang cakap tetapi sebagai pekerja, kami semua mesti kena ikut arahan BOSS jugak. Ini , kiranya kali kedua kami bekerja walaupun kat TV sudah diisytiharkan sebagai cuti umum. Kali pertama dulu semasa PM buat pengisytiharan hari Satu Malaysia 16 September.
31 Dis 2010
28 Dis 2010
Hidung berdarah lagi...
Pagi tadi, sebaik bangun tidur, hidung terasa perit dan sakit. Saya terus ke bilik air dan masukkan air ke dalam rongga hidung dan menghembus dengan kuat.Seperti yang dijangka, kelihatan darah merah terpercik di tapak tangan.Sudah banyak kali hidung saya berdarah seperti ini dan saya masih tertanya-tanya kenapa boleh berlaku seperti ini? Adakah badan saya terlampau panas hinggakan hidung saya berdarah? Cuaca sekarang tidak terlampau sejuk tetapi kenapa boleh jadi macam ni?. Hidung saya di bahagian rongga sebelah kiri memang sentiasa perit dan sakit apabila dipicit dari luar.Kadang-kadang tekak saya akan rasa kering dan perit juga terutama selepas makan makanan laut.
16 Dis 2010
Chicken Pox ...Jintungan
Hari ni semua anak saya telah dijangkiti chicken pox.At first yang sulung saje,then after 2 weeks dia dah ok, cuma tinggal parut je..dan anak yang ketiga mula nampak 2 3 bijik tumbuh kat muka dan dada. Ruam kecik-kecik tetaoi berair.Tangan anak saya asyik nak menggaru je..mungkin tak tahan gatal la tu..Bila dah kena sorang , chicken pox ni akan berjangkit-jangkit pada orang yang belum pernah kena terutamanya budak-budak.Akhirnya semua dah kena...dan tiga kali saya pergi ke klinik yang sama untuk ambik stok ubat...
Ubat untuk chicken pox : Ubat demam , ubat tahan gatal ( sama ubat untuk selesema),ubat anti virus dan krim untuk sapu pada ruam.
15 Dis 2010
Akhirnya....result pun keluar....
Setelah menunggu dalam debaran..akhirnya saya beranikan diri untuk mengetahui keputusannya.....
Jeng.... jeng ........jeng........
" Awak punya result keseluruhanya ok cuma..........tahap KOLESTROL jahat memang agak tinggi dan ASID URIK jugak tinggi..awak kena kontrol makan seafood dan juga berprotein....bla...bla...bla...." dokter bacakan aku result yang kalau aku tgk memang tak faham apa apa....
Full medical check up
Kali ini saya ingin menulis tentang pemeriksaan kesihatan .Sebenarnya minggu lepas saya telah memberanikan diri untuk membuat full blood test. memang sblm ni saya rase takut sesangat nak buat medical check up.Entah kenapa saya tak buleh bg reason yang sesuai tapi yang pasti saya rase mcm takut untuk serah diri kat doktor untuk ambil darah. Lucu kan...Pada 07.12.2010, saya pergi ke klinik sorang2 dan masuk keje lambat skit .Nasib saya baik kerana saya menjadi first patient kat klinik tu.Saya agak berdebar2 jgk mase tunggu nama dipanggil. Duk Dak... dup dap... Setelah nama dipanggil saya pun masuk...
13 Dis 2010
Kulit muka makin pulih
Kini dah hampir 2 minggu saya menggunakan produk Sendayu Tinggi set kolagen untuk malam, manakala waktu siang masih kekalkan krim Olay Total Effect dengan Krim Vital 5 dari CNI. Kesannya memang agak memuaskan kerana kesan sun burn sudah semakin hilang dan warna kulit sudah menjadi semakin sekata dan lembap.Terima kasih kepada produk- produk ini yang nampaknya sesuai dengan masalah kulit wajah saya..
4 Dis 2010
Diet.....Aerobik ....Gim....Supplement...
Semalam saya telah terbuka hati untuk memijak mesin penimbang di Pasaraya.Sebelum ni saya memang fobia bila melewati mesin penimbang ni sebab saya memang dah tau badan saya asyik menambahkan berat je...aduhaiiiiiiiiii.....risau nyer saya.Pada 03.12.2010 diisytiharkan berat saya telah mencecah 65kg dengan ketinggian hanya 155cm. BMI saya sekarang 27.1 ( kategori terlebih berat badan). Sepatutnya dengan ketinggian saya yang tak berapa tinggi ni, maksimun berat 60kg sahaja. Saya sudah terlebih berat sebanyak 5kg.Seluar jeans saya bersaiz 32 huhhh..... Cubalah korang bayangkan.....betapa banyak nyer lemak dan selulit yang melekat pada badan saya.. Saya mesti kurangkan paling kurang 10kg. Saya harap sangat untuk turunkan sehingga 15kg..oh Tuhan...tolonglah saya....
Skincare Set Sendayu Tinggi
Setelah mengalami masalah kulit muka yang agak teruk , saya telah nekad untuk bertukar produk yang asal ke set Sendayu Tinggi.Semalam saya sudah beli set percubaan untuk Collagen series ( berwarna merah ) yang mengandungi Cleansing Milk , Toner , Concentrated Serum dan Whitening Collagen & Pigmentation Cream. Concentrated Serum dan Whitening Collagen & Pigmentation Cream dipakai pada waktu malam sahaja. Untuk siang hari saya masih teruskan krim pelembab Olay Total Effect dengan Vital Cream dari CNI sebagai foundation memandangkan saya masih mempunyai stok yang masih banyak lagi. Saya bercadang apabila stok dah habis, saya akan bertukar ke soathing cream dan sunblock cream dari sendayu Tinggi sekiranya kulit saya sesuai dengan set yang saya pakai sekarang. Malam tadi saya dah start pakai dan pagi tadi saya rasa kulit muka saya rasa ok je.Saya amat berharap set ini sesuai dengan kulit muka saya..insyaallah.Lagipun dari segi harga memang ok .
23 Nov 2010
skincare..skincare...
Sudah agak lama saya tinggal blog ni sampai dah bersesawang jadinyer.. Kadang-kadang bila datang mood malas tu memang susah nak dihalau ...hu hu.. Lagilah sekarang ni saya menghadapi masalah kulit muka yang agak teruk.Sekarang sedang mencari produk yang sesuai dengan kulit muka seiring dengan pertambahan usia.Semenjak dari usia remaja , saya tidak pernah menghadapi masalah kulit muka.Sekadar jerawat timbul sebiji dua sebelum period tu biasa la then 1 week after dah ok tanpa meninggalkan parut jerawat, Tetapi semenjak usia semakin bertambah ni, macam-macam masalah pulak ada.Kulit menjadi tidak sekata, kusam dan kadang-kadang rasa gatal-gatal pada kulit muka. Antara produk yang pernah saya cuba ialah Natasya set biasa dan gold, Bio Essence, Olay Total Effect , Safi , Safi gold dan CNI .Bila saya bertukar produk, satu bulan pertama nampak ok tetapi selepas dua tiga bulan mesti timbul masalah.Saya pun pelik kenapa jadi macam ni..Kulit muka saya jenis normal dan kadang-kadang sedikit kering.Waktu malam saya kurang pakai krim malam kerana saya lebih suka pakai bedak sejuk walaupun macam old fashioned tetapi sebelum ni kulit saya tidak banyak masalah.Tapi sekarang tone kulit macam tak sekata pulak...sedih nyer.
12 Nov 2010
This poem very meaningful ..
The Story
Two separate lives brought together Our love and friendship shared forever. The laughs, the love, even some tears Were planned to be spent all our years. Then one day things fell apart, And time and hurt pulled at our heart. "Together always," were words only said; And reality was, it was all in our head. But through it all, we truly shine; It will be you and me till the end of time. "I love you always," will now be said and a great friendship waits ahead |
2 Nov 2010
Resepi Roti Jala
Roti Jala ni memang salah satu dari faveret kami sekeluarga.Resepi ni saya gugel je and then bila dah cuba memang menjadik..Tapi dah lupa dari mane resepi ni saya copy... gambar tak sempat nak snap sebab lgpun kamera duk kat atas malas nak turun naik...
Bahan-bahan
- 220 gram tepung gandum
- 200 gram fresh milk
- 200 gram air
- +-60 gram telur ( 1 biji)
- 1/2 sudu kecil garam
- sedikit pewarna kuning
- Acuan roti jala
Cara Membuatnya:
- Masukkan tepung gandum, garam, telur, fresh milk, air dan pewarna ke dalam mangkuk dan kacau.
- Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
- Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.
- Biarkan 30 minit sebelum di masak.
- Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
- Masukkan adunan ke dalam acuan dan mulalah menjala.
- Angkat bila adunan di bahagian atas sudah beku / bertukar warna lebih cerah.
- Kemudian jala lagi adunan ke dalam non stick pan. Lipat atau gulung roti jala yang sudah masak tadi dengan kemas. Ulang langkah 6 - 8 sehingga adunan habis.
- Sesuai di hidangkan dengan kari ayam atau daging atau kuah kesukaan anda. Selamat mencuba!
Petua Imam Syafie
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Teka - teki Imam Ghazali
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
(Teka Teki ) :
Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).
Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".
Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."
IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."
Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "
Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Thank You Allah - Maher Zain
Thank You Allah
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Resepi Ketupat Sotong
Resepi ketupat sotong asalnya dari negeri-negeri di pantai timur.Kalau kat pantai barat memang susah hendak tengok kecuali di bazaar Ramadhan dan di gerai masakan dari pantai timur sahaja.Memandangkan saya sekarang tinggal di pantai barat, jadi apabila teringin memang kena masak sendiri je la. biasanye apabila terjumpa sotong yang segar-segar je teringat buat ketupat sotong ni dan saiz sotong mesti yang sedang-sedang aje dan pada musim sotong bertelur...baru nampak cantik dan sedap di makan.Telur sotong tu yang buat rasa nyer lagi besh.....
Bahan-bahan :
12 ekor sotong sederhana saiz yang segar
sedikit beras pulut
Sedikit halia
Sedikit bawang merak yang dikisar
Sedikit santan
Sedikit garam
Sedikit lidi
Cara-caranya:
Bersihkan sotong dan toskan airnya. Beras pulut dibasuh.(Rendam terlebih dulu selama 3 jam). Masukkan beras pulut yang telah dibersihkan ke dalam badan sotong.Jangan terlalu penuh cukup 1/3 je dari saiz badan sotong dan klipkan dengan lidi supaya beras tidak keluar.Masukkan halia, bawang dan garam ke dalam santan.Masukkan sotong yang berisi beras pulut ke dalam bekas yang berisi santan tersebut dan kukuskan selama 45 minit hingga 1 jam atau sehingga beras pulut masak. Setelah masak , hidangkan bersama sos cili.Selamat mencuba....
Daging goreng hitam
Resepi ini saya belajar dari pemilik nursery , Puan Nor. Memang sedap di makan dengan nasi panas-panas ataupun ratah macam tu aje dan menjadi kegemaran hubby.Tiap-tiap hujung minggu saya akan perapkan 1/2kg daging atau lebih untuk kegunaan kami sekeluarga 1 minggu.
Bahan-bahan :
1/2 kg daging batang pinang dipotong nipis
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Sedikit serai
Satu sudu besar serbuk ketumbar
Satu sudu besar serbuk jintan putih
Satu sudu besar cili boh
Sedikit gula merah
Sedikit garam
Mula-mula, kisarkan bawang merah, bawang putih halia dan serai, campurkan dengan bahan-bahan lain kemudian gaulkan sehingga sebati dengan daging.Simpan di dalam bekas Tupperware sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. Sebaiknya, perapkan sekurang-kurang semalaman sebelum di goreng. ( Goreng seperti goreng ayam atau ikan goreng). Selamat mencuba.....nyumm..nyumm....
26 Okt 2010
Menu hari ini
Nasi Dagang Terengganu memang menu tradisional kami orang Terengganu.Kalau tinggal di kampung memang tidak ada masalah nak cari apabila teringin. Sejak tinggal kat luar ni, bila teragak nak makan kena pergi cari kedai dari pantai timur je yang ada jual.Tapi kadang-kadang tak kena dengan selera sendiri.Jadi jalan terbaikk , masak sendiri..Inilah hasil masakan pertama kaliku.....Nasi dagang enak dimakan dengan kari ikan tongkol( ikan aye ) dengan acar mentah timun...sesuai dimakan bila-bila masa......
11 Okt 2010
Keunggulan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah satu-satunya bulan yang disebutkan dalam Al Quran dan merupakan juga salah satu bulan diantara bulan-bulan lainya yang telah ditetapkan Allah Swt datangnya peristiwa-peristiwa besar dan bersejarah bagi perkembangan ilmu pengetahuan yang bersendikan Islam. Peristiwa-peristiwa penting itu antara lain:Turunnya wahyu Allah kepada para Nabi dan Rasul-Rasul-Nya diantaranya, wahyu kepada Nabi Musa As, wahyu kepada Nabi Isa As, dan wahyu kepada Nabi besar Muhammad Saw sebagai Nabi akhir zaman. Selain itu kemenangan terbesar umat Islam dalam peperangan Badar dan kembalinya kota suci mekah dari tangan kaum kafir juga di diraih di bulan suci Ramadhan ini.
Percaya dan bertaqwa kepada Allah Swt merupakan syarat mutlak bagi kehidupan dalam menjalankan agama Islam yang merupakan pembuktian sejati bahwa bangsa Indonesia khususnya adalah bangsa yang berketuhanan yang didasari dengan nilai reigius yang tinggi. Didalam menjalankan agama Islam secara kaffah keyakinan akan diterimanya amalan dengan segala bentuk usaha yang sungguh-sungguh juga tidak kalah perlunya. Didalam dua belas bulan yang kita lalui, Allah memberikan satu bulan penuh sebagai hadiah kepada umat Islam guna memperbaharui keimanannya, menambah amalan kebaikan dan bulan itulah yang disebutkan dalam Al Quran dengan bulan Ramadhan, bulan pembakaran dosa, bulan di mana pada siang harinya yang halal menjadi haram, bulan pengendalian hawa nafsu manusia. Bulan Ramadhan ini adalah bulan yang sangat diunggulkan sekali dalam sejarah perkembangan Islam, salah satu keunggulan yang dimilikinya adalah adanya malam Nuzulul Quran yang biasanya bertepatan dengan tanggal 17 Ramadhan. Al Quran secara gamlang menerangkan pada malam itulah pelantikan atau pengangkatan Muhammad sebagai Rasul akhir zaman yang pada akhirnya membawa perubahan terhadap prilaku Jahiliyah (kebodohan dari segala sisi) menuju pada masyarakat Islam yang penuh hidayah dari Allah. Pengangkatan Muhammad sebagai Rasul terakhir ini terbukti dengan diturunkanya Qs Al Alaq ayat 1-5 “ Bacalah (yaa Muhammad) dengan nama tuhanmu yang menciptakan alam. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhanmu yang maha pemurah.Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan Qalam. Dan mengajarkan pada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya “. Ayat ini turun kepada beliau Saw pada tanggal 17 Ramadhan (610 M) di gua Hira’, ketika itu beliau sedang bertadarus (meditasi). Hal ini sesuai dengan firman-Nya dalam Qs Al Baqarah-185 “ Bulan Ramadhan adalah bulan yang didalamya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi umat manusia “.
Allah Swt telah memperkenalkan dirinya kepada manusia melalui Rasul pilihan-Nya untuk mengajarkan cara berkomunikasi dengan sang pencipta, serta memberikan suri tauladan yang baik. Sebagai pedoman bagi kelangsungan hidup manusia. Allah Swt telah menurunkan kitab suci Al Quran kepada Rasul pilihan-Nya Muhammad Saw sebagai ayat pertama yang turun khusus kepada beliau seperti yang di terangkan dalam Qs Al Alaq 1-5 diatas (Bacalah), yang diturunkan dalam kurun waktu 22 tahun, 22 bulan dan 22 hari. Allah Swt yang telah menciptakan manusia dan alam semesta ini telah menyiapkan untuk manusia pedoman atau pegangan hidup yang akan mengantarkanya kepada kebahagiaan yang abadi dan absolut disamping kesejahteraan lahiriah. Hal ini telah dinyatakan Allah dalam Qs Ar Rum – 30 “ Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, itu adalah ketetapan Allah atau fitrah yang harus dijalani manusia. Tidak ada perobahan terhadap fitrah Allah (ketentuan Allah). Itulah agama yang benar tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya “. Seperti yang sudah kita ketahui di bulan yang penuh berkah dan ampunan ini amal kebaikan yang kita perbuat akan dilipat gandakan pahalanya oleh Allah termasuk didalamnya membaca, mendengarkan apalagi mengamalkan ayat-ayat yang ada dalam kitab suci umat Islam tersebut. Seperti yang dikatakan diatas, kitab suci Al Quran adalah kitab suci umat Islam yang harus dijunjung tinggi dan dipahami untuk diamalkan dalam segala aspek kehidupan. Namun, sangat kita sayangkan banyak dari umat Islam itu sendiri yang tidak ada minat atau keinginan untuk mendalami akan isi dan kandungan Al Quran tersebut.
Bahkan, yang sangat menyedihkan dan mengejutkan kita banyak dari mereka yang mengaku beragama Islam tidak pandai membacanya sama sekali, begitu juga didalam lingkungan keluarga dimana meja tamu lebih banyak dihiasi dengan berbagai macam bentuk dan model majalah dan tabloid-tabloid lainya yang hanya bermaterikan kesenangan duniawi bahkan gambar-gambar yang yang dilarang agama. Ditambah lagi dengan tontonan anak-anak yang semakin hari semakin tak ada ujungnya, tontonan-tontonan yang hanya mengabarkan kesenangan fiktif belaka. Sementara Al Quran yang kita harapkan mampu membentuk watak Islami yang berakhlakul karimah dari anak-anak kita jauh terletak di ujung rak ruang tamu, yang sudah dipenuhi debu tanda tak pernah disentuh apalagi dibaca, hanya diperlukan ketika ada acara-acara tertentu mulai dari acara syukuran sampai acara tahlilan saja. Dan yang sangat menyedihkan lagi didalam sebuah masjid, surau dsb lebih banyak asbak rokoknya ketimbang Al Qurannya, seperti itulah nasib kitab suci tersebut di tangan umatnya sendiri, dimana pedoman hidup mereka tidak bersendikan pada ajaran-ajarannya lagi sehingga selalu berakibat pada tingkah laku yang tercela dan dimurkai Allah. Padahal Al Quran itu merupakan kebenaran yang absolut dan abadi, sangat berbeda dengan kebenaran ilmiah yang bersifat relatif dan subjektif. Kebenaran dan keorisinilan Al Quran dijamin oleh Allah Swt sebagaimana yang difirmankan-Nya dalam Qs Al Baqarah-147 “ Kebenaran itu adalah dari tuhanmu, sebab itu janganlah kamu termasuk kedalam orang-orang yang ragu “. Dan didalam Qs Al Hijr-9 dijelaskan lagi “ Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran dan sesungguhnya Kami benar-benar akan memeliharanya “.
Yang perlu sekali kita ingat bahwa, beriman dan bertaqwa pada Allah Swt merupakan syarat mutlak bagi kelangsungan kehidupan beragama karena iman dan taqwa merupakan landasan dasar untuk membentuk manusia yang berakhlakul karimah, berbudi pekerti luhur yang akan menjadi tonggak bagi pembangunan bangsa dan negara ini kedepannya. Jelasnya agama merupakan kebutuhan hidup manusia yang esensial. Al Quran sendiri telah memberi rangkuman dan pengertian agama itu secara jelas, bahwa agama itu adalah “ Ajaran-ajaran, petunjuk-petunjuk, hukum-hukum, ketentuan-ketentuan, aturan-aturan dan sebagainya, yang diberikan oleh Allah Swt, melalui wahyu kepada Nabi Muhammad Saw untuk disampaikan kepada umat manusia yang mendambakan kebahagian yang hakiki, mutlak, langgeng atau absolut dalam mengejar ridha Illahi, dunia dan akhirat “ Karena manusia menurut fitrahnya adalah beragama, ini berarti tidak beragama bertentangan dengan kodrat manusia itu sendiri. Jika manusia tidak menemukan agama yang benar dan lurus maka ia akan menjadikan sesuatu agama yang pada dasarnya itu bukanlah sebuah agama. Inti agama adalah percaya akan adanya zat yang maha esa, maha perkasa dan maha melindungi serta maha memberi petunjuk kepada manusia yang mau tunduk dan patuh pada-Nya.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang dipenuhi segala macam hikmah, hikmah itu dibagi menjadi. Sepuluh hari pertama, sepuluh hari kedua dan sepuluh hari ketiga. Sepuluh hari pertama Allah Aza Wajalla memberikan berkah kepada orang muslim yang menjalankan ibadah puasa dan amal-amal kebajikan lainya. Berkahnya itu berupa janji Allah untuk melipat gandakan pahala orang muslim yang berpuasa dan beribadah lainya di bulan Ramadhan itu. Sepuluh hari kedua, Allah akan memberikan rahmat-Nya kepada orang yang berpuasa. Rahmat itu sendiri adalah kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya. Sedangakan pada sepuluh hari ketiga, Allah Swt memberikan apa yang dinamakan Maghfirah atau ampunan kepada orang yang berpuasa, yaitu diampuni segala dosa-dosa yang pernah diperbuat. Kalau ketiga dari keunggulan ini bisa kita manfaatkan dengan sungguh-sungguh niscaya diri kita tepat di ujung Ramadhan memasuki 1 Syawal nanti akan mendapatkan nilai yang Is The Best, berupa Iman dan Taqwa yang ditambah dengan kefitrahan atau kesucian diri. Maka manfaatkanlah selagi masih diberi kesempatan. Allahu A’llam Berbagai Sumber…
15 Ogo 2010
Simpton kegagalan jantung
- Nafas tersekat-sekat
- Kaki membengkak
- Kehilangan tenaga yang kronik
- Kesukaran tidur kerana masalah pernafasan
- Hilang selera makan
- Batuk dengan kahak berbuih
- Banyak membuang air kecil pada waktu malam
- Kehilangan/ kekeliruan ingatan
Kematian Jantung Mengejut ( Arrythmia)
Menurut Konsultan Kardiologis , Dr Razali Omar , jantung merupakan sebuah organ elektrikal untuk mengepam darah secukupnya mengikut keperluan tubuh.Kegagalannya berfungsi atau terhenti secara tiba-tiba berlaku akibat malfungsi sistem elktrikalnya, lalu mengakibatkan pelbagai penyakit jantung seperti penyakit koronari arteri, kerosakan kongenital jantung atau gangguan ritma abnormal ( Arrythmia).
13 Ogo 2010
Tip kekal wangi
- Pilih pewangi yang berkualiti, dengan formula yang lebih pekat seperti EDP.
- Usah menggosok pergelangan tangan anda sejurus menyembur pewangi.
- Titisan pewangi tidak kekal lama di atas kulit kering.Jadi sapukan losen terlebih dahulu.
- Gunakan pewangi bersama sabun mandian , gel atau krim tubuh dalam himpunan yang sama.
- Layangkan pewangi di leher, belakang telinga, lutut, belahan dada, pergelangan tangan dan jari kaki.
- Wangian cepat hilang di dalam cuaca sejuk. Gunakan pewangi yang kuat ketika berada di bawah penghawa dingin.
- Simpan pewangi di dalam kotak, jauh dari jendela dan suhu dan suhu panas untuk mengekalkan harumannya.
12 Ogo 2010
Dosa Menyebarkan Fitnah
HATI adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah sebagai titik untuk menilai keikhlasan. Di hati lahirnya niat yang menjadi penentu sesuatu amalan diterima sebagai pahala atau sebaliknya.
Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik supaya tidak rosak, sakit, buta, keras dan tidak mati bagi mengelak penyakit masyarakat yang berpunca daripada hati.
Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.
Solat Terawih Menurut Sunnah Nabi
Berikut adalah tatacara mengerjakan solat tarawih menurut sunnah Nabi s.a.w. :
1. Waktu untuk mengerjakan solat tarawih.
Solat tarawih adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam pada bulan Ramadan, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun, waktu paling afdal untuk dilaksanakan solat tarawih adalah sepertiga malam yang terakhir, iaitu bermula dari pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu subuh. Sabda Rasulullah s.a.w: “Tuhan kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-Ku pasti Aku akan makbulkannya, sesiapa yang meminta kepada-Ku pasti Aku akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku pasti Aku akan mengampunnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari dalam kitab Sahihnya, no: 1145
11 Ogo 2010
8 cara pantas segarkan udara
- Kulit kayu manis menjadi antara ramuan di dalam resepi masakan Melayu. Menyedari keunikan aroma kulit kayu manis berupaya menjadikan masakan lebih lazat, tidak hairan juga kulit kayu manis turut manpu dijadikan sebagai pewangi semulajadi.
- Bunga kantan berwarna merah muda mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Memiliki aroma yang istimewa dan mempunyai jangka masa yang lama untuk kekal segar.
- Daun pandandiakui mempunyai bauan yang cukup harum.Menyedari haruman daun pandan mampu kekal lama menjadikan ia begitu disenangi ramai untuk dijadikan sebagai pewangi kediaman.
- Bunga cengkih juga mempunyai haruman yang tersendiri walaupun bukan semua orang suka.
- Bunga mawarbukan sahaja cantik dipandang malahan kewangiannya akan mencipta ruang menjadi istimewa.
- Lemon adalah dari golongan buahan sitrus yang memiliki aroma kesegaran yang luar biasa.
- Daun pudina mempunyai aroma yang segar dan berjaya meransang suasana ruang lebih segar dan selesa.Bau daun pudina juga boleh menghalang semut daripada memasuki dapur.
- Limau purut / daun limau purutjuga tidak kurang hebatnya kerana mampu menjadi agen penyegar udara.Kemewahan aroma yang tersendiri.Kemewahan yang tersendiri berjaya mencipta keunikan suasanalebih segar dan selesa. .
Hari pertama puasa
Alhamdulillah , Ramadhan sudah datang, semoga membawa seribu rahmat untuk kami sekeluarga dan seluruh umat Islam umumnya.Tahun ni, anak kedua, Adina dah kena ajar berpuasa.Umur dah masuk 7 tahun, sesuai untuk mula belajar berpuasa.Syukur alhamdulillah, Adina pun nampaknya bersemangat betul untuk berpuasa dan malam tadi tak banyak banyak ragam semasa kejutkan untuk makan sahur.Semoga berterusan macam tu..Anak sulung pulak mesti pastikan dia puasa penuh maklumlah dah masuk umur 10 tahun. Tahun lepas masih lagi tak puasa penuh.Tinggal anak bongsuku je yang belum puasa.Kesian pulak nak paksa dia puasa. Kecik lagi...5 tahun.Tapi sebenarnya ada yang dah boleh puasa penuh pada usia macam tu..terpulang pada asuhan dan anak itu sendiri.
Bila masuk bulan puasa, rutin harian terus berubah. Petang , kalut dengan persiapan hendak berbuka dan juga lauk untuk sahur juga.Lepas berbuka, bergegas ke masjid untuk sembahyang sunat Terawih.Sesudah Terawih, masak nasi terlebih dulu untuk sahur. Nanti bangun sahur tak kalut sangat, cuma panaskan aje semuanya.
Cabaran yang paling besar bagiku adalah kejut anak-anak dan suami untuk bangun sahur. Kadang-kadang boleh angin jugak tu....
10 Ogo 2010
Kenapa salahkan pihak ketiga???
Kebanyakan masalah rumahtangga yang berlaku sering dikaitkan dengan pihak ketiga. Pihak ketiga dalam konteks ini samada kekasih gelap isteri, kekasih gelap suami, keluarga pihak suami atau pihak isteri atau siapa sahaja yang selain pasangan suami isteri tersebut.Seringkali kita terdengar kewujudan orang ketiga menyebabkan berlakunya perceraian.
Mengapa perlu menulis??????????
Ada satu sebab yang perlu semua orang tahu bahawa bidang penulisan sama pentingnya dengan dengan berdakwah. Apabila niat menulis itu kerana ingin berdakwah, maka seseorang itu akan telus dalam berfikir dan menyampaikan pesana agama kepada orang lain.Menulis juga dapat merapatkan ukhuwah dalam berdakwah.
PENDIDIKAN ANAK MENURUT ISLAM
Islam melihat seorang anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah yang suci, putih bersih seumpama kapas yang tidak dicemari atau dikotori oleh apa jua bentuk kotoran.Maka kedua ibubapa yang akan membentuk atau melakarkan mengikut keahuan dan kehendak mereka.Sabda Rasulullah SAW “ Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah dan kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.
SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.
Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.
SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.
Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.
SYARAT TAUBAT
Menurut para ulama, taubat dari segala dosa, hukumnya adalah wajib,Jika dosa atau kesalahan tersebut dilakukan terhadap Allah, maka ada 3 syarat yang harus dipenuhi untuk melakukan taubat nasuha.
Pertama : Meninggalkan maksiat.
Kedua : Menyesali perbuatan tersebut.
Ketiga : Bertekad kuat untuk tidak mengulangi perbuatan tersebut buat selama-lamanya.
Jika salah satu syarat tersebut tidak dipatuhi, maka taubat itu tidak akan sah.
Sementara itu, sekiranya dosa atau kesalahan tersebut dilakukan sesame manusia, syaratnya bertambah satu selain tiga syarat di atas.iaitu, dia harus memberikan apa yang menjadi hak orang yang dianiayai samada berupa wang atau selainnya.Jika pernah mencel, menghina atau mengejek,dia harus meminta maaf pada orangnya.Jika dia mengumpat serta mendedahkan aib orang itu, dia kena meminta orang tersebut memaafkannya.Dan jika dia merosakkan kehormatan orang,dia harus segera menutupinya dan meminta keampunan kepada Allah.
“ Orang yang bertaubat dari dosa seperti orang yang tiada berdosa. Dan jika Allah mencintai seorang hamba, nescaya dosa tidak melekat pada dirinya” ( Riwayat Ibnu Majah , al-Tirmizi, dan al-Hakim).
7 Ogo 2010
Weekend day...
Hujung minggu last sebelum berpuasa. Banyak betul rancangan nak buat ari ni, tak tau boleh jalan smua tak ataupun smua tak jalan hu huh hu...
Pagi-pagi lagi eh tak lah pagi benor, saya ada terima col dari sky net pasal satu kotak parcel leakage. So kena pg cek kt sana dulu nak konfirm boleh terima ke tak. Lepas terima col terus kuar suara tarzan kerah anak2 smua mandi dan bersiap. Hujung minggu beselah budak2 ni tak de nyer nak mandi awal. smua suka golek2 depang TV dengan x mandi.
Pagi-pagi lagi eh tak lah pagi benor, saya ada terima col dari sky net pasal satu kotak parcel leakage. So kena pg cek kt sana dulu nak konfirm boleh terima ke tak. Lepas terima col terus kuar suara tarzan kerah anak2 smua mandi dan bersiap. Hujung minggu beselah budak2 ni tak de nyer nak mandi awal. smua suka golek2 depang TV dengan x mandi.
6 Ogo 2010
Nutrisi Ramadhan
Bulan Ramadhan kadangkala dianggap sebagai bulan pesta makanan. Pabila berkumandang azan Maghrib, meja makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis juadah dan hidangan. Air jagung, air kelapa muda, ait tuak, ABC rock, kuih ondeh-ondeh, puteri berendam, dan bunga tanjung menjadi menu harian di rumah. Tak termasuk lagi lauk pauk yang bermacam-macam jenisnya. Usai makan, bagaikan ular sawa kekenyanganlah jadinya, lembab untuk bangun solat dan sukar berterawih kerana perut yang sedari 14 jam kosong tiba-tiba diasak bertubi-tubi dengan pelbagai makanan.
Petua kekal langsing di bulan puasa
Puasa tetapi gemuk? Makin usia meningkat begitulah kita. Ini ada petua untuk kekal langsing dibulan puasa...
Selain menguatkan iman, berpuasa boleh memantapkan emosi, menjernihkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang organ seperti usus, jantung, mata, telinga dan paru-paru berehat sementara. Puasa juga memberi enzim berehat kerana hanya sedikit makanan yang harus dicerna dan peluang organ tubuh mengeluarkan zat beracun hasil sisa metabolisme dalam tubuh. Namun ada individu menggunakan peluang berpuasa untuk berdiet tetapi jangan terlalu ketat sehingga jatuh sakit pula.
4 Ogo 2010
Fadhilat Solat Terawih
Assalamualaikum..
Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi, umat Islam ramai akan mengimarahkan masjid atau surau dengan sembahyang sunat Terawih. Pada bulan inilah suasana di masjid menjadi meriah dan bercahaya.Bagi insan yang tahu hikmat dan fadhilat solat terawih pasti tidak sesekali akan meninggalkannya.
Berikut adalah antara fadhilat sembahyang sunat Terawih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah SAW , sebagaimana jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat tentang kelebihan sunat terawih pada bulan Ramadhan yang mulia ini :-
Sembahyang pada malam :
Langgan:
Catatan (Atom)