Sahabat

http://www.mybannermaker.com

28 Dis 2010

Hidung berdarah lagi...


Pagi tadi, sebaik bangun tidur, hidung terasa perit dan sakit. Saya terus ke bilik air dan masukkan air ke dalam rongga hidung dan menghembus dengan kuat.Seperti  yang dijangka, kelihatan  darah  merah  terpercik  di tapak  tangan.Sudah  banyak  kali  hidung  saya  berdarah  seperti  ini  dan  saya  masih  tertanya-tanya  kenapa  boleh  berlaku  seperti  ini? Adakah  badan  saya  terlampau  panas  hinggakan  hidung  saya  berdarah? Cuaca  sekarang tidak  terlampau  sejuk  tetapi  kenapa  boleh  jadi  macam  ni?. Hidung  saya  di bahagian  rongga  sebelah  kiri  memang  sentiasa  perit dan  sakit  apabila  dipicit  dari  luar.Kadang-kadang  tekak  saya  akan  rasa  kering  dan  perit  juga terutama  selepas  makan   makanan  laut.

Hasil  carian  saya  di internet, saya  telah jumpa  info  di  www.infosihat.gov.my /penyakit/remaja/HIDUNG BERDARAH   berkaitan  dengan  hidung  berdarah  dan kenapa  boleh  berlaku  kepada  kita. 

Jom  kita  share .......

Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah?
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.

Apakah punca hidung berdarah?
  • Kecederaan di hidung
  • Udara yang terlampau sejuk atau kering
  • Menghembus hidung dengan kuat
  • Terlalu kerap bersin
  • Ketumbuhan dalam rongga hidung

Apakah yang perlu dilakukan?
Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
  • Duduk dan tunduk ke hadapan
  • Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
  • Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
  • Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
  • Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
  • Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor

Saya  plan  nak  pergi  rujuk masalah  saya  kepada  doktor  dalam  masa  terdekat  ni, sebab  sekarang  semakin  kerap  saya  mengalaminya...



2 ulasan:

  1. salam akak addinahumaira,
    hidung masih berdarah?sy btanya sbb mngalami masalah yg sama..risau sgt..
    akak ade jumpa doc x?

    BalasPadam
  2. Punca Hidung Berdarah
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/punca-hidung-berdarah.html

    BalasPadam