Sahabat

http://www.mybannermaker.com

10 Ogo 2010

Kenapa salahkan pihak ketiga???

Kebanyakan masalah rumahtangga yang berlaku sering dikaitkan dengan pihak ketiga. Pihak ketiga dalam konteks ini samada kekasih gelap isteri, kekasih gelap suami, keluarga pihak suami atau pihak isteri atau siapa sahaja yang selain pasangan suami isteri tersebut.Seringkali kita terdengar kewujudan orang ketiga menyebabkan berlakunya perceraian.



Marilah kita renung dan fikirkan bersama-sama.Apakah benar setiap pergolakan rumahtangga itu disebabkan oleh kehadiran pihak ketiga? Seringkali seseorang suami atau isteri yang mengalami masalah mencari kesalahan orang lain terlebih dahulu tanpa merenung diri sendiri.Banyak  kelemahan  dalam  diri  sendiri  yang  cuba  ditutup dengan  menuding jari  ke arah  pihak  ketiga.

Renunglah  sendiri, apakah  diri  kita  sudah  menjadi  teman yang  terbaik  untuk  pasangan  kita?Apakah  kita  sudah  cukup  memberi  kebahagian  dan  kegembiraan kepada  pasangan  kita? Adakah  cukup  layanan dan  belaian  yang  kita  berikan  kepada pasangan  kita?Wahai  para  isteri  dan  suami  di luar  sana. Ketahuilah , dan  sematkan dalam  jiwa  selalu, sekiranya  pasangan  kita  sudah  cukup  bahagia, cukup  belaian  dan  kasih sayang di dalam  rumahtangga  sendiri, jarang  sekali  mereka  akan  keluar  mencari  di  luar  sana melainkan  dari  jenis  yang  suka  berpoya-poya  dan  berpeleseran. Sebagai  pasangan, sudah  pasti  kita  tahu  apakah  jenis  pasangan  kita. Sekiranya  dia  pada  awalnya  bukan  dari  jenis  yang  suka  berpeleseran dan  berpoya-poya, tetiba  berubah  sikap dan  mempunyai  kekasih  di  luar, cubalah  berfikir dan  merenung  diri  sendiri  terlebih  dahulu. Cubalah  mencari  kelemahan  dan  kesilapan  sendiri  sebelum  menuding  jari  menuduh   dan  mencaci  keburukan  orang  lain.Jangan  sampai  orang  luar  boleh  menempelak  kembali  dengan  menyatakan  kita  sendiri  tidak  pandai  jaga  laki   atau  bini  sendiri  sehingga  mencari  yang  lain. Isu  pergolakan  rumah  tangga  memang  amat  sensitif. Cubalah  selesaikan  masalah  dalaman  sendiri  dengan  sebaik  mungkin sebelum  ia  merebak  keluar tanpa  kawalan  kerana  ia  melibatkan  maruah  dan  kehormatan  anda  sendiri.

Di samping  kita  muhasabah  diri,  janganlah  kita  lupa  tentang asal  usul  kejadian  diri  kita  di atas  bumi  ini. Tentang  Yang  Maha  Pencipta dan  kenapa  kita  diciptakan dan  apakah  tujuan  kita  yang  sebenarnya.Sematkanlah  di dalam  hati  setiap  dari  kita, semua  yang  wujud  di muka  bumi  ini  adalah  pinjaman  semata-mata. Kehidupan  adalah  satu  pinjaman dan tidak  ada  yang  kekal. Begitu  juga  dengan  pasangan  kita. Suami  atau  isteri  kita  pada  hari  ini  bukanlah  milik  kita  yang  hakiki.Semuanya  adalah pinjaman  daripada  Allah  Yang  Esa untuk  kelangsungan hidup  di muka  bumi  ini.Allah  berhak  mengambil  semua  benda malah  nyawa  kita  sekalipun pada  bila-bila  masa...Dekatkanlah  diri  kita  dengan  Allah, sudah  pasti  kita  tidak  akan  ditinggalkan.Hanya  Allahlah  kekasih  kita  yang  abadi...........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan