Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

6 Ogo 2010

Petua kekal langsing di bulan puasa



Puasa tetapi gemuk? Makin usia meningkat begitulah kita. Ini ada petua untuk kekal langsing dibulan puasa...
Selain menguatkan iman, berpuasa boleh memantapkan emosi, menjernihkan fikiran dan sangat baik untuk kesihatan kerana memberi peluang organ seperti usus, jantung, mata, telinga dan paru-paru berehat sementara. Puasa juga memberi enzim berehat kerana hanya sedikit makanan yang harus dicerna dan peluang organ tubuh mengeluarkan zat beracun hasil sisa metabolisme dalam tubuh. Namun ada individu menggunakan peluang berpuasa untuk berdiet tetapi jangan terlalu ketat sehingga jatuh sakit pula.

Ada yang makin bertambah berat badan selepas bulan puasa. Semuanya gara-gara makan terlalu banyak ketika berbuka atau bersahur. Sebenarnya makan terus-menerus ketika berbuka amat merugikan kerana anda akan merasa lesu dan pening kepala pada waktu siang. Berikut adalah  info pemakanan kepada anda yang mahu menguruskan badan serta tampil langsing pada hari raya.

Cara turunkan berat badan ketika berpuasa

Bukan dengan makan sedikit waktu berbuka dan bersahur sebaliknya seimbangkan kalori yang masuk ke dalam tubuh. 1/3 harus digunakan untuk bersahur dan 1/3 lagi untuk berbuka. Namun ramai yang tidak faham peraturan sebab itu mereka makan lebih banyak ketika berbuka dengan harapan tidak makan selepas Maghrib. Akibatnya pada waktu pagi mereka mengantuk disebabkan darah mengalir ke perut untuk mencerna makanan berlebihan.


Amalkan:


1. Untuk menghindari rasa haus jangan makan terlalu banyak. Sebaliknya, minumlah air dengan jumlah yang cukup dan hindari makanan bergoreng dan makanan masin kerana rasa masin boleh menimbulkan rasa haus.

2. Makan banyak sayuran dan buah-buahan segar kerana sayuran dan buah-buahan mengandung serat makanan yang boleh menyebabkan kita kenyang berbanding makanan yang mudah dicerna.

3. Makanlah makanan manis seperti kurma dan buah-buahan. Ini kerana paras gula menurun ketika berpuasa dan tubuh akan lemah. Makanan manis akan meningkatkan gula dalam darah sekaligus membuatkan badan segar.

4. Makan makanan yang memenuhi gizi tubuh. Berbuka puasa bukan peluang untuk makan sepuas-puasnya tetapi pastikan makanan itu ada kalori mencukupi agar tubuh tetap sihat. Kurangkan makanan manis kerana ia sumber kalori. Sebaliknya cari lauk-pauk sebagai sumber protein termasuk sayuran dan buah-buahan.

5. Minum banyak air suam ketika malamnya bagi menggantikan kekurangan air dalam badan ketika berpuasa sepanjang hari. Sebaiknya minum lebih lapan gelas sehari.

6. Perlu diingat yang anda sedang berdiet. Walaupun kita lapar dan haus ketika berpuasa, ini tidak bermakna yang kita tidak cukup makan. Perasaan lapar hanya dirasai pada waktu siang.

7. Perlu diawasi ketika berbuka puasa. Lapar yang amat boleh menyebabkan kita "rambang mata" apabila berbuka sehinggalah kita makan terlalu banyak. Kita perlu melawan perasaan "rugi tidak merasa semua jenis makanan" yang tidak dijamah selepas berbuka. Kita boleh menjamah makanan keesokan harinya.

8. Penyelidikan menunjukkan bahawa perasaan kenyang boleh ditimbulkan oleh isipadu dan berat makanan yang dimakan. Justeru, petua memilih makanan yang mengenyangkan tetapi tidak menggemukkan ialah:

Pilih makanan mengandungi karbohidrat (juga dikenali sebagai gula kompleks) seperti beras, kentang bakar, sayur-sayuran dan buah-buahan. Misalnya kita boleh berbuka puasa dengan memakan tiga atau empat biji kurma dan segelas air suam dahulu dan makan malam hanya selepas solat maghrib. (Buah-buahan seperti kurma dan aprikot boleh mengenyangkan tanpa membekalkan terlalu banyak kalori). Elak makanan padat tenaga (atau kalori) tetapi mempunyai isi padu kecil. Contoh gula (gula pasir di dalam minuman ataupun gula halus di dalam kuih), susu pekat (di dalam minuman ataupun disapu pada roti), makanan berproses seperti mi segera, mentega dan minuman tin.
Makanan yang berserat tinggi (high-fibre) dan air boleh menambah isipadu makanan tanpa menambah kalori. Misalnya, tiga cawan kacang hijau (serat tinggi) akan membekalkan jumlah kalori yang sama dengan satu sudu besar mentega (tiada serat). Sudah tentu kacang hijau akan membuat kira berasa kenyang berbanding mentega tadi. Ini kerana kacang hijau mengandungi kedua-dua serat dan air. Justeru, isipadu kacang hijau itu lebih tinggi dari mentega.
Jika ingin memakan buah-buahan, pilih buah-buahan segar daripada buah-buahan kering kerana buah-buahan segar mengandungi banyak air. Air boleh menambahkan isipadu makanan. Contohnya, kismis dan anggur. Kismis, adalah anggur yang dikeringkan, sudah tentu mempunyai jumlah serat yang sama dengan anggur. Tetapi, oleh kerana kismis tidak mengandungi air, isipadunya menjadi kecil. Oleh itu jumlah kalori dari suku cawan kismis sama dengan dua cawan anggur. Memakan anggur (dua cawan) boleh mengenyangkan, tetapi kita tidak akan kenyang dengan memakan suku cawan kismis walaupun jumlah serat dan kalori sama. Malah, jika anda memilih anggur, anda boleh memakan lapan kali lebih makanan berbanding kismis.
Perlu diingat bahawa apabila kita berpuasa atau berdiet, cecair lebih penting dari makanan. Sebahagian besar komponen tubuh manusia ialah cecair (darah, cecair sel dan sebagainya) dan oleh itu minuman adalah bahan utama kepada tubuh kita. Tubuh manusia tidak boleh berfungsi selepas tiga hari tanpa sebarang cecair atau minuman, tetapi boleh berfungsi selama seminggu tanpa makanan.
Gunalah kesempatan pada bulan Ramadan untuk berdiet menguruskan badan. Suasana pada bulan Ramadan sangat sesuai dan ideal untuk kita berdiet dan seterus menjaga kesihatan di samping merampingkan badan, mungkin untuk membenarkan kita memakai pakaian Hari Raya ketika muda dahulu.
Buah-buahan segar dan semulajadi

Buah-buahan yang baru dipotong paling baik kerana masih mengandungi kebanyakan vitamin dan mineralnya.
Berikan anak anda sepotong betik, sebiji pisang atau setengah biji epal untuk sarapan pagi, atau sebagai snek.
Buah-buahan juga boleh dijadikan pencuci mulut selepas hidangan utama.
Buah-buahan juga adalah snek yang paling sesuai sewaktu berkelah atau melancong. Sebiji epal atau sebiji pisang adalah makanan yang baik untuk memenuhi keperluan pemakanan harian anak anda.
Susun buah-buahan dengan kreatif di dalam pinggan atau bentuk sebuah ‘mangkuk buah-buahan’ untuk menarik minat anak anda.
Jus buah-buahan

Segelas jus tembikai, oren atau belimbing boleh menyegarkan anak anda. Pada masa yang sama ia juga mengembalikan bekalan vitamin dan mineral yang hilang melalui peluh. Anak anda akan menyukainya, terutama pada cuaca yang panas!
Jangan tambah gula, ini kerana buah-buahan mengandungi fruktosa (gula buah yang semula jadi)
Cuba sediakan bersama isinya kerana ia mengandungi serat.
Kisar buah-buahan bersama susu dan sedikit ais-krim, ini menjadikan ia susu kocak yang istimewa sekali!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan