Sahabat

http://www.mybannermaker.com

2 Nov 2010

Daging goreng hitam

Resepi  ini  saya  belajar  dari  pemilik  nursery , Puan Nor. Memang  sedap  di makan dengan  nasi  panas-panas  ataupun  ratah  macam  tu  aje dan  menjadi  kegemaran  hubby.Tiap-tiap  hujung  minggu  saya  akan  perapkan  1/2kg  daging  atau  lebih  untuk  kegunaan  kami  sekeluarga  1  minggu.

Bahan-bahan :
1/2 kg  daging   batang pinang dipotong  nipis

8  ulas  bawang  merah
4 ulas  bawang  putih
1/2  inci  halia
Sedikit  serai

Satu sudu  besar  serbuk  ketumbar
Satu sudu  besar serbuk jintan putih
Satu sudu  besar  cili boh
Sedikit  gula  merah
Sedikit  garam

Mula-mula, kisarkan  bawang merah, bawang putih halia  dan  serai, campurkan dengan bahan-bahan  lain  kemudian  gaulkan sehingga  sebati  dengan  daging.Simpan  di dalam bekas Tupperware  sebelum  dimasukkan  ke dalam  peti  ais. Sebaiknya, perapkan  sekurang-kurang semalaman sebelum  di goreng. ( Goreng seperti  goreng  ayam atau ikan  goreng).  Selamat  mencuba.....nyumm..nyumm....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan