Sahabat

http://www.mybannermaker.com

15 Ogo 2010

Kematian Jantung Mengejut ( Arrythmia)

Menurut  Konsultan Kardiologis , Dr  Razali  Omar , jantung  merupakan  sebuah  organ  elektrikal  untuk  mengepam   darah  secukupnya mengikut  keperluan  tubuh.Kegagalannya  berfungsi atau  terhenti secara  tiba-tiba berlaku  akibat malfungsi sistem elktrikalnya, lalu  mengakibatkan  pelbagai  penyakit  jantung seperti  penyakit  koronari  arteri, kerosakan kongenital jantung  atau  gangguan  ritma  abnormal ( Arrythmia).


Kematian jantung  mengejut BUKAN serangan  sakit  jantung seperti  yang dianggap  oleh  masyarakat.Jika  diibaratkan  organ  ini  sebagai  rumah, anda boleh mengaitkan  serangan  jantung  sebagai  masalah  sistem paip , manakala  kematian  jantung mengejut  pula  seperti  masalah elektrik.Semua  penyakit  berkenaan  komplikasi  jantung dikenali  sebagai  penyakit  kardiovaskular,Statistik  mencatatkan  angka   tertinggi  iaitu  46.6% - Melayu, 23.6% - Cina,23.3% - India, 4.4%- kaum  lain  dengan  27.3% daripadanya  terdiri  golongan  wanita.( Sumber : Pengkalan  data  Penyakit Kardiovaskular  Kebangsaan).

 Arrythmia
Apabila  degupan jantung  ' lub, lub, lub,lub....'  melebihi  atau  kurang  dari  kadar  normal  iaitu  60-100  kali  seminit, mangsa  berisiko  untuk mengalami  keadaan  kematian  jantung  secara  mengejut.Keganjilan ritma , samada  terlalu  laju( tachycardia) atau perlahan (bradycardia)  secara  tiba-tiba atau  kedua-dua sekali dalam  masa  yang  sama mampu  merosakkan  otot  jantung, lalu  menjejaskan  sistem  elektrikal yang  mengawal  ketetapan ritma  jantung untuk  mengepam  darah.Apabila  darah  gagal diagih  ke otak, ia  akan  kehilangan oksigen  dan  seterusnya membuatkan  mangsa  pitam  serta-merta.

Individu  yang  rebah akibat  Arrythmia  memerlukan  rawatan  kecemasan  dalam  tempoh  10  minit  kerana  denyutan  jantung  akan  mati  jika  tiada  sebarang  rawatan diberi  dalam  tempoh  itu.Tanpa  rawatan  seperti  CPR  atau  alat  kejut  jantung(defibrilator), peluang  mengembalikan ritma  jantung  yang  normal  amat  tipis  dan  risiko  mangsa  mati  secara  mengejut  amat  tinggi.Inciden kematian  mengejut  yang  berlaku  kepada  Allahyarham  Hani Mohsen dan Allahyarham Ustaz  Asri Rabbani adalah  disebabkan oleh  gangguan  ritma  jantung atau  Arrthmymia.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan