Sahabat

http://www.mybannermaker.com

4 Ogo 2010

Fadhilat Solat Terawih

Assalamualaikum..

Sempena  bulan Ramadhan  yang  bakal  menjelang  beberapa  hari  lagi, umat  Islam  ramai akan  mengimarahkan  masjid  atau  surau  dengan  sembahyang  sunat  Terawih. Pada  bulan  inilah suasana  di masjid  menjadi  meriah  dan bercahaya.Bagi  insan  yang  tahu  hikmat dan  fadhilat  solat  terawih  pasti  tidak sesekali akan  meninggalkannya.
Berikut  adalah  antara  fadhilat  sembahyang  sunat  Terawih sebagaimana  yang  diriwayatkan  oleh  Saiyidina  Ali (r.a)  daripada  Rasulullah  SAW , sebagaimana  jawapan  dari  pertanyaan  sahabat-sahabat tentang  kelebihan sunat  terawih pada  bulan  Ramadhan  yang  mulia  ini :-

Sembahyang pada  malam :


  1. Keluar  dosa-dosa orang  mukmin sepertimana  ia  baru  dilahirkan, mendapat  keampunan dari  Allah.
  2. Diampunkan  dosa-dosa  orang  mukmin  yang  sembahyang  Terawih serta  kedua ibubapanya( sekiranya  mereka  orang  yang  beriman)
  3. Berseru malaikat di bawah Arasy supaya  kami  meneruskan  sembahyang Terawih terus menerus semoga  Allah  mengampunkan  dosa engkau.
  4. Memperolehi  pahala ia  sebagaimana  pahala  orang-orang  yang membaca  kitab-kitab  Taurat, zabur, Injil dan Al-Quran.
  5. Allah  kurniakan  baginya pahla  seumpama orang  sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah( Masjid  Nabawi dan Masjid Aqsa.
  6. Allah   kurniakan  baginya  pahala Malaikat-malaikat yang  tawaf  di Baitul  Makmur(70 ribu Malaikat sekali  tawaf), serta  setiap  batu-batu  dan  tanah-tanah mendoakan supaya  Allah  mengampunkan dosa-dosa  orang  yang mengerjakan sembahyang  terawih pada  malam  ini.
  7. Seolah-olah  ia  dapat  bertemu dengan  Nabi  Musa serta  menolong  menentang musuh  ketatnya, Firaun dan   Hamman.
  8. Allah  mengurniakan pahala  orang  sembahyang  terawih sepertimana  yang dikurniakan  kepada   nabi Allah  Ibrahim Alaihissalam.
  9. Allah  kurniakan pahala  dan dinaikkan mutu  ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad.
  10. Allah  mengurniakan  kepadanya  kebaikan  di dunia  dan akhirat.
  11. Keluar  ia daripada  dunia( mati) bersih  daripada  dosa  seperti  baru dilahirkan.
  12. Datang  ia  pada  hari Qiamat  dengan  muka  yang  bercahaya.
  13. Datang  ia  pada  hari qiamat dalam  aman sentosa daripada  tiap-tiap  kejahatan dan keburukan.
  14. Datang   malaikat menyaksikan  ia  sembahyang  Terawihserta  Allah  tidak menyesatkan  ia  pada  hari kiamat.
  15. Semua  malaikat  yang  menanggung  arasy berselawat dan mendoakannya supaya  Allah  mengampunkannya.
  16. Allah  tuliskan  kepadanya  terlepas  daripada  Neraka dan dimasukkan  ke dalam  Syurga.
  17. Allah  kurniakan orang-orang  yang  berterawih pahalanya  pada  malam  ini  sebanyak  pahala  nabi-nabi.
  18. Seru malaikat : Hai  hamba Allah sesungguhnya  allah  telah  redha  kepada  engkaudan  ibubapa  engkau  samada yang masih  hidup  atau  yang  telah  mati.
  19. Allah  tinngikan  darjatnya  di dalam  Syurga  Firdaus.
  20. Allah  kurniakan  kepadanya pahala  sekelian  orang syahid dan orang-orang  solih.
  21. Allah  binakan  sebuah  istana  dalam  Syurga  daripada Nur.
  22. datang  ia  pada  hari Qiamat  aman daripada  tiap-tiap  dukacita  dan  kerisauan di Padang mahsyar.
  23. allah  binakan  kepadanya  sebuah  bandar di dalam  syurga daripada  Nur.
  24. Allah  buka  peluang 24  doa  yang mustajab .
  25. Allah   selamatkan  dari  seksa  kubur.
  26. Allah  kurniakan  pahala  ibadat  seumpama  40  tahun  ibadat.
  27. Allah  kurniakan  ketangkasan  melintas  titian  sirotolmustaqim secepat  kilat  yang  menyambar.
  28. Allah  kurniakan  kepadanya  pahala  1000 darjat di akhirat.
  29. Allah  kurniakan  1000 kali  haji  mabrur.
  30. Allah  beri  penghormatan   yang istimewa  di dalam  syurga .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan