Sahabat

http://www.mybannermaker.com

10 Ogo 2010

PENDIDIKAN ANAK MENURUT ISLAM

Islam melihat seorang anak yang dilahirkan adalah dalam fitrah yang suci, putih bersih seumpama kapas yang tidak dicemari atau dikotori oleh apa jua bentuk kotoran.Maka kedua ibubapa yang akan membentuk atau melakarkan mengikut keahuan dan kehendak mereka.Sabda Rasulullah SAW “ Setiap anak itu dilahirkan dalam fitrah dan kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi.

SURAH LUQMAN SEBAGAI PANDUAN.

Luqman al-Hakim (bijaksana) merupakan contoh seorang bapa yang berjaya mendidik anaksehingga Allah SWT mnemahatkan namanya dalam al-Quran.Satu surah yang lengkap yang dinamakan surah Luqman.
Secara ringkasnya,dapat disimpulkan bahawa antara bentuk-bentuk didikan Luqman ialah :

  1. Menjauhkan anak dari apa jua bentuk dan pemikiran yang mensyirikkan Allah.
  2. Menasihati dan berpesan kepada anak agar berbuat baik kepada kedua ibu bapa.
  3. Memerintahkan anak agar mendirikan solat dan sekali-kali timbul keberanian dalam jiwa anak untuk meninggalkan solat.Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda : “ Arahkanlah anak-anak kamu solat waktu umur mereka tujuh tahun dan pukullah mereka (bersungguh-sungguhlah kamu dalam mendidik anakkamu menegenai solat) waktu mereka umur 10 tahun.”
  4. Mengasuh anak agar menyintai kebaikan dan membenci keburukan, maksiat dan kemungkaran.
  5. Memberitahu anak bahawa setiap perbuatan mereka sentiasa di dalam muraqabah atau pemerhatian Allah dan Allah akan membalas setiap perbuatan mereka.
  6. Menasihati anak agar jangan sekali-kali bersikap sombong dan angkuhdan juga kasihan belas terhadap manusia dan makhluk Allah yang lain.Kerana Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang tidak ada sifat kasihan belas maka dia tidak akan dikasihi.”
  7. Bersahabat atau berkawan dengan orang-orang soleh dan baik serta tidak bermegah-megah dengan diri, keluarga atau keturunan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan