Sahabat

http://www.mybannermaker.com

3 Apr 2010

Tips Untuk Kelihatan Cantik Di Hari Bahagia

Semua  bakal  pengantin ingin  kelihatan  cantik  di  hari  bahagia masing-masing dengan  bentuk tubuh  yang ideal , kulit  yang  cantik  muka    cantik  dan  berseri  ditambah  lagi  dengan  persalinan  yang  memikat  tetamu  yang hadir. Berikut  adalah  beberapa  tips  yang  boleh  diamalkan  untuk  para  bakal  pengantin :-

  1. Pengambilan  makanan  yang  sihat  dan  kaya  dengan  nutrien. Tubuh  kita  memerlukan  40  jenis  nutrien   menjamin  kesihatan  yang  maksimum.
  2. Pastikan  mengambil  pelbagai  jenis buah-buahan  dan  sayur-sayuran secukupnya dalam  menu  harian  anda  dan  jangan  terikat  dengan  beberapa  jenis  yang  menjadi  kesukaan  anda sahaja.
  3. Amalkan  pengambilan  bijiran  dalam  diet  harian  anda .Bijiran  seperti  oat  dan  roti  amat  bagus  dan  akan memberi  impak   yang  besar dalam  pengawalan  berat  badan anda.
  4. Jangan  takut  untuk  makan   ayam  atau  daging  tetapi  pastikan  dalam  kuantiti  yang  terkawal dan kulit  ayam  dibuang  terlebih  dahulu.
  5. Anda  digalakkan  memakan pelbagai  jenis  makanan  dengan  cara  masakan  yang  betul dan  bagus  untuk  kesihatan  seperti  mengukus, memanggang dan  membakar  di mana  ia  dapat  mengurangkan  pengambilan kolestrol.
  6. Jangan  sekali-kali  takut  untuk  meminum  susu  dan  pilihlah  susu  rendah  lemak  kerana  kepentingannya  untuk  tulang  yang  sihat. Anda  disaran meminum  2  cawan  susu  tanpa  lemak  sehari dan  boleh  digantikan  dengan  yogurt  atau  keju.
  7. Hadkan  pengambilan  lemak  di dalam  menu  harian  anda. Sekiranya  ingin  menggoreng  makanan  cukup  menggunakan  minyak  dengan  kuantiti  yang  sedikit  dan  digalakkan  menggunakan  minyak  sayuran  .
  8. Jauhi  jajan  atau  snek. Sekiranya  teringin  memakan  snek,  cubalah  makan  snek  yang  rendah  lemak dan  berkualiti  seperti  sandwich , bertih  jagung dan  kekacang.
  9. Makan  dalam  saiz hidangan   yang  kecil dan  minum  banyak  air  putih.Kita  digalakkan  meminum  secawan  air  putih  sebelum  menjamah  hidangan supaya  boleh  mengelakkan  kita  terlebih  mengambil  makan  disebabkan  terlalu  lapar.
Selamat  mencuba..........semoga  anda  cantik  menawan  di hari bahagia..........


Tiada ulasan:

Catat Ulasan