Sahabat

http://www.mybannermaker.com

3 Apr 2010

Kesihatan gigi anak kita

Sebagai  seorang  ibu ,  kita  mesti  memastikan  gigi  anak2  bersih  dan  cantik  tersusun.Tetapi  masalah  akan  timbul  apabila  mrk  mula  mencecah  umur  6  tahun  di mana  gigi  susu  mula  rosak  dan  akan  diganti  dengan  gigi  yang  kekal. Kebanyakan  anak2  cukup  takut  untuk  berjumpa  dengan  doktor  gigi  sehinggakan  bermacam  helah dan  janji  terpaksa  ditaburkan  kepada  anak2  ini  semata-mata  untuk  dibawa  berjumpa  dengan  doktor  gigi. Apa  yang  menakutkan  apabila  gigi  susu  belum  tercabut, tetapi  gigi kekal  dah  mula  muncul. Sebagai  ibu,  apa  yang  paling  menakutkan  ialah  gigi  anak  akan  menjadi  jongang  atau  tidak  tersusun  cantik.
Sebagai  seorang  ibu,  cabaran  untuk  menjaga  gigi  anak2  cukup  mencabar.  Hendak  pastikan  anak  gosok  gigi setiap  pagi  dah  cukup  membuatkan  suasana  pagi  di  rumah menjadi  bising  dan  kecoh. Di  waktu  malam  pula, hendak  pastikan  mereka  menggosok  gigi  sebelum  tidur  cukup  memenatkan.Bermacam-macam  alasan direka cipta  semata-mata  hendak  mengelak  daripada  menggosok  gigi. Mungkin  tidak  semua  ibu bapa  menghadapi  masalah  seperti  ini  tetapi  memang  yang  mengakui  cukup  susah  untuk  mengawasi  pemakanan  anak-anak supaya  tidak  mengambil  makanan  yang  memudaratkan  kesihatan  gigi.
Apabila  anak  kita  sudah  memasuki  alam  persekolahan  dan  mempunyai  duit  saku  sendiri ,  ibu bapa  hanya  mampu  memberi  nasihat  sahaja supaya  tidak  membeli  gula-gula  atau  ais krim  yang  merosakkan  gigi , samada  anak2  patuh  atau  tidak  kita  sendiri  susah  untuk  pastikan. Tambahan  pula  , kebanyakan  anak2  yang  ibu bapa  bekerja  akan  transit  di day care  atau  nursery  sebelum  menyambung  persekolahan  di waktu  petang   dibekalkan  dengan  duit  saku  yang  lebih  oleh  ibubapa  yang  prihatin.Anak2   pula  bebas  berbelanja  apa  saja  yang  ada  di  kantin  sekolah  atau  koperasi  dan  ramai   yang  lupa  dengan  nasihat  ibu bapa apatah  lagi  apabila  sudah  ada  pengaruh  dari  kawan-kawan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan