Sahabat

http://www.mybannermaker.com

3 Apr 2010

Persediaan Bergelar Suami

Semua  insan  yang  bercinta  mesti  impikan  sebuah  perkahwinan  yang  bahagia  dan  sempurna. Di dalam  sesebuah  perkahwinan ,  suami  adalah  merupakan  ketua keluarga  dan  memainkan  peranan  yang  amat  besar untuk  menentukan  hala tuju  sesebuah  perkahwinan tersebut. Persediaan  yang  cukup  amatlah  diperlukan  bagi  seorang  insan  yang  ingin  bergelar  suami:

  • Mempunyai  fizikal  yang  sihat penting  kerana  anda  bukan  sahaja  menjaga  diri  sendiri  tetapi  juga  isteri  dan  anak-anak  yang  bakal  lahir.
  • Kekuatan  mental   untuk  menghadapi  pelbagai  ranjau  dan  halangan  dalam  kehidupan  berumah tangga. Semua  perkahwinan akan  diuji  dengan  pelbagai  dugaan.
  • Ilmu  yang  cukup  untuk  mengemudi  bahtera  kehidupan. Terlalu  banyak  hati  dan perasaan yang  perlu  di jaga apabila  anda  berkahwin.Keluarga  pasangan  anda  akan  menjadi  keluarga  anda.
  • Kewangan  yang  stabil  amatlah  penting di dalam  sesebuah  perkahwinan kerana  nafkah  zahir  kepada  isteri  adalah  tuntutan  agama dan  perbelanjaan  untuk  membesarkan  zuriat  amatlah  besar dewasa  ini.
  • Seorang  lelaki  mesti  sanggup  untuk  berubah  dari  kehidupan  sebagai  seorang  bujang  kepada  kehidupan  berkeluarga apabila  mereka  bersedia  untuk  berkahwin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan