Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

24 Jun 2010

Pengurusan Personnel Sebagai Fungsi Staf


Satu perkara yang unik bagi pengurusan personel ialah fungsi sumber manusia memainkan peranan sebagai staf yang memberikan perkhidmatan kepada bahagian-bahagian lain. Apa yang dimaksudkan di sini ialah peranan yang dimainkannya menyumbang secara tidak langsung kepada output organisasi. Ini berbeza dengan bahagian pengeluaran atau pemasaran yang sumbangannya terhadap output organisasi adalah secara terus. Sebagai fungsi staf, jabatan personel hanya mempunyai kuasa untuk menasihat bahagian-bahagian lain.
Ini disebabkan aktiviti-aktiviti personel melibatkan pekerja di bahagian lain, dan pengurusan personel tidak mempunyai kuasa langsung terhadap pekerja tersebut. Mereka masih terletak di bawah kuasa pengurus di bahagian masing-masing. Keadaan ini perlu dipelihara untuk menjaga paduan arahan. Walaupun aktiviti-aktiviti personel melibatkan pekerja daripada bahagian-bahagian lain, kuasa pengurusan personel adalah sekadar memberikan nasihat kepada bahagian-bahagian itu.
Walaupun jabatan personel hanya mempunyai kuasa sebagai penasihat, peranan yang dimainkannya ialah satu peranan yang besar. Seorang pengurus lini yang menolak nasihat jabatan personel akan bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya sesuatu yang tidak baik berlaku akibat daripada penolakan nasihat tadi. Oleh itu kebanyakan pengurus menerima baik nasihat daripada jabatan personel. Malahan ada kalanya nasihat daripada jabatan personel dilihat sebagai arahan dari atas.
Dalam keadaan tertentu, pihak pengurusan atasan memberikan kuasa yang lebih untuk membolehkan jabatan personel mengendalikan bidang-bidang tertentu yang terletak di bawah pengurus lini, umpamanya, pentadbiran rancangan faedah pekerja. Bidang ini ialah satu bidang yang rumit. Oleh itu, lazimnya diletakkan di bawah kuasa pengurusan sumber manusia. Ada kalanya timbul percanggahan antara matlamat personel dengan matlamat sesuatu bahagian.
Contohnya : jabatan sumber manusia ingin memberikan jaminan kerja kepada para pekerja, sedangkan bahagian pengeluaran ingin menghentikan sebahagian daripada pekerja untuk mengurangkan kos. Dalam keadaan demikian, kedua-dua bahagian hendaklah memikirkan satu penyelesaian yang membawa kebaikan kepada organisasi secara menyeluruh.
Walaupun fungsi personel merupakan fungsi staf, seorang pengurus personel juga terlibat dengan tugas-tugas lini. Dessler menyatakan bahawa seorang pengurus personel melakukan tiga fungsi :
Fungsi Lini – seorang pengurus personel memainkan fungsi lini dalam mengarahkan kakitangan di bawah beliau dan dalam unit perkhidmatan (seperti kafetaria di kilang).
Fungsi Penyelarasan – seorang pengurus personel juga bertanggungjawab menyelaraskan aktiviti personel. Di sini pengurus personel berfungsi sebagai tangan kanan eksekutif atasan dalam memasatikan segala objektif, dasar dan tatacara (seperti rancangan keselamatan pekerjaan ) dilaksanakan.
Fungsi Staf – memberikan khidmat nasihat dan bantuan kepada pengurus di peringkat lini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan