Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

21 Jun 2010

King Dae Joyoung : Episod 78-79

Princess  Sukyoung  dan Auhong  telah  berjaya  melarikan  diri  dari  istana dan  berjumpa  dengan  Dae Joyoung  atas  bantuan  Chulin.Ayah Dae Jouyoung  telah  tinggal  di  estate  Xue  Renggei .Li Wen  bersama  tawanan  yang  lain  telah  dibebaskan  oleh  Empress  Zu  manakala  Prince  Li  Xian  telah  dilucutkan  gelaran dan keluar  dari  istana.
Dae Joyoung  bersama  dengan  Princess  Sukyoung, Gulsabiwu  dan Sudol  telah  pergi  berjumpa  dengan  King Bojang dan  akhirnya  King Bojang  meminta  Dae Joyoung  supaya  berkahwin  dengan  Princess  Sukyoung. Upacara  perkahwinan  yang ringkas  dijalankan   hanya  disaksikan  oleh  mereka  berlima  sahaja  tanpa  kehadiran  ayahnya Dae Junsang.
Geom, anak  Chulin  telah  hadir  di  istana  , ketika  melewati  gate yang dikawal  oleh  Joyoung, Joyoung  telah menegur  dan  mendukung  anak  itu dan akhirnya  Geom telah  tidur  dipangkuannya  sebelum  Chulin hadir  untuk  mendapatkan  anaknya itu. Gulsabiwu  telah  mengesyaki  bahawa  Chulin  telah  menipunya bahawa  anak  Joyoung  itu  telah  meninggal sewaktu  dilahirkan telah  bersemuka  dengan  Chulin tetapi  Chulin  tetap  tidak  mengakuinya.
Dae Joyoung  menyertai  kumpulan Li Wen  untuk  pergi  ke  Mt. Madu menyerang  Gepilsamun  yang  telah  menyamun  barangan  hadiah  berharga  untuk  istana.Li Wen  menyusun  rancangan  untuk  membalas  dendam  kepada  Joyoung  manakala  Joyoung   pula  mempunyai  perancangan  untuk  keluar  dari  istana  dan   kembali  ke  Goguryoe.Princess  Sukyoung  dan  Auhong  telah  bersembunyi  untuk  sementara  waktu  di  sebuah  Temple di luar  istana.

1 ulasan:

  1. setiap minggu mesti tertunggu2 weekend sebab x sabar nak episod yang seterusnya. sekarang tengah tercari-cari kat mana nak dptkan DVD ni.. byk episod yang awal2 dulu tak sempat tengok!!!joyoung... joyoung...u r so great..

    BalasPadam