Sahabat

http://www.mybannermaker.com

17 Jun 2010

Terima Kasih Kekasih

Hari ini baru selesai membaca sebuah novel Norhayati Berahim bertajuk Terima Kasih Kekasih.Novel setebal 618 mukasurat ini berjaya di habiskan dalam masa lebih kurang satu minggu, hanya dibaca sebelum tidur sahaja.Keseluruhan  cerita  novel  ini boleh  dikategorikan  menarik dan  wataknya  memang  sesuai  untuk  golongan  dewasa.

Watak  utama, seorang  gadis  bernama  Amna yang  bekerja  sebagai  Pakar  forensik, mempunyai  seorang  tunang bernama  Imlan  yang  telah berubah  kasih  kepada  insan  lain, Zawani.Pertunangan  mereka   akhirnya  putus dan  Amna  semakin  rapat  dengan sahabat  bekas  tunangnya  Imlan  iaitu  Chril yang  pernah menjadi  buah  hati  sahabat  baiknya  sendiri  iaitu  Amy. Setelah  kematian  Amy, Chril  terbuka  hati  untuk  mendalami  Islam dan  akhirnya  menjadi  umat  Nabi  Muhammad  dengan  bantuan  ayah   Amna  sendiri.Ketika  Imlan akhirnya  sedar siapa  Zawani  sebenarnya,  Amna  telah  selamat  menjadi  seorang  isteri  kepada  Chril...

Hidup  ini   penuh  dengan  dugaan, sesekali  jatuh  dan  sesekali  tersungkur.Namun  dugaan   itu yang  mematangkan  dirinya.Walau  sakit  kerana  dikhianati....itulah  takdir  yang  harus  diterima  dengan  hati  yang  terbuka..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan