Sahabat

http://www.mybannermaker.com

21 Jun 2010

King Dae Joyoung :Episod 80-81

Di  Mt  Madu, Li wen  telah  mengarahkan  Joyoung  bersama  pengikutnya  untuk  menyerang  terlebih  dahulu Gaepilsamun dan  membawanya  turun.Manakala  Joyoung  telah  merangka  perancangan  untuk  berkompromi  dengan  Gaepilsamun  dan  membakar  semangatnya  untuk  membalas  dendam  terhadap  Li Wen.
Dae joyoung  beserta  pengikutnya  telah  berjaya mewujudkan pertempuran  hebat  antara  askar  Li Wen  dan Gaepilsamun.Barang yang  disamun  telah  berjaya  diperolehi  dan  di hantar  ke  istana  oleh  Mimosa  dan  Geumlan sebagai  balasan  untuk  mengeluarkan  dae  Jungsang  dari  kawasan  istana.Akhirnya   Dae Joyoung  dan  pengikut-pengikutnya  telah  berjaya  melarikan  diri  ke  daerah  Yingzou iatu  kawasan  yang dikuasai  oleh  Khitan.Joyoung juga  telah  mengutuskan  surat  memaklumkan  kepada  Permaisuri  Wu  bahawa  beliau  beserta  pengikutnya  terpaksa  menyelamatkan  diri  dari  Li Wen  yang  merancang  untuk  membunuhnya.Permaisuri  telah  memerintahkan supaya  Daejoyong  melaporkan  diri  untuk  kembali  bertugas  di istana.
Di waktu  yang  sama, keadaan  di dalam  istana  menjadi  semakin  tegang  apabila  Maharaja  memanggil  Perdana  Menterinya  untuk  menulis  wasiat   terakhirnya.Di dalam  wasiatnya,  maharaja  telah  memutuskan  bahawa  takhta  kerajaan  akan  diberikan  kepada  anak  ketiganya, manakala Permaisuri  pula  boleh  campurtangan  di dalam  hal  yanng  berkaitan  dengan  Kebajikan   rakyat sahaja. Sekiranya  Permaisuri  engkar , Permaisuri  di arahkan  keluar  dari  istana.Perbincangan  rahsia  ini telah  berjaya  dihidu  oleh  General  Li kaigu, lalu  beliau  melaporkan  kepada  Permaisuri.Permaisuri  Wu telah  mengarahkan  supaya  surat  wasiat  itu  diserahkan  kepada  beliau  secepat  yang  mungkin.Akhirnya, setelah  berusaha  dengan  keras, wasiat  tersebut  jatuh  juga  ke tangan  Permaisuri.Walaupun  wasiat  tersebut  di  arahkan dibaca  selepas  kemangkatan  Maharaja,  tetapi Permaisuri  telah  memanggil  semua  menteri  dan  pegawai  kerajaan  untuk  mendengarkan  wasiat  tersebut walaupun  Maharaja  masih  belum  mangkat. Keadaan  menjadi  semakin  tertekan  setelah  semua  pegawai  kanan  kerajaan  mengetahui  isi  kandungan  wasiat  tersebut.
Di dalam  episod  ini  juga, terdapat  babak  di mana  anak  Chulin, Geom  yang  mencuri  keluar  mengintip  Dae Jungsang menbuat latihan seni  mempertahankan  diri. Geom  amat  berminat  untuk mempelajarinya  tetapi  ibunya tidak   merestuinya. dae Jungsang  juga  telah  memaklumkan  kepada  Chulin  tentang  perkahwinan  Dae Joyoung  dengan  Sukyoung. Ketika  semua  pengikut  Dae Juyoung  berkumpul  di  sebuah  perkampungan  di  Yingzou, Puteri  Sukyoung  telah  dilaporkan  hamil.
Gaepilsamun,  ketua  penyamun  di Mt. Madu  telah  melarikan  diri  bersama  dua  orang  pengikutnya  ke  Yingzou dan  ditangkap  oleh askar Khitan  ketika  usaha  Khitan  mencari  Dae Joyoung.
Tunggu  di  episod  seterusnya...apakah  yang  berlaku  kepada  Li Wen dan  keadaan  di  istana  yang  semakin  tegang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan