Sahabat

http://www.mybannermaker.com

19 Jun 2010

Kajian : Berhenti merokok membantu mengurangkan stress


Kebanyakan  perokok sering  menyatakan  bahawa   merokok  boleh  membantu  mereka  menjadi   tenang dan  jauhkan  dari  stress atau  tekanan tetapi,  satu  kajian  dilakukan  di  Brittish  telah  mendapati  bahawa tahap  tekanan  yang  kronik dapat  dikurangkan  sekiranya  seseorang  itu   meninggalkan  tabiat  merokok.

Berdasarkan kajian  ke atas  469  perokok yang  cuba  untuk  berhenti  merokok setelah diserang oleh  penyakit  jantung  melaporkan  bahawa  sesiapa  yang  telah berhenti  merokok selama  satu  tahun   telah  berjaya  menurunkan  tahap  stress  mereka. 

Kebanyakan  perokok  berfikir  dengan  merokok  dapat  membantu  mereka mengawal  tekanan dan  bekas perokok pula  kadang-kadang  kembali  merokok  kerana  percaya  bahawa  dengan  merokok  akan  dapat  membantu  mereka  mengawal  tekanan  dalam  kehidupan  mereka.

Kini, laporan  dari  kajian  ini  telah  membuktikan  bahawa  bukan  perokok   mempunyai  tahap  tekanan  yang  lebih  rendah  daripada  perokok.Alasannya  masik  kurang  jelas  kerana  mungkin   seseorang  yang  mempunyai  tekanan  hidup  yang  tinggi  cenderung  untuk  merokok ataupun  merokok  itu  sendiri menyebabkan  seseorang  itu  akan  menghadapi  tekanan  dalam  jangka  masa  panjang walaupun  pada  awalnya mereka  rasa  dapat  menghilangkan  tekanan mereka.

Berhenti  merokok  bukan  sahaja  dapat  memberi  kebaikan  kepada  tahap  kesihatan  seseorang  tetapi  juga memberi  impak  yang  positif  kepada  tahap mentaliti  mereka. -( Reuters  Health).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan