Sahabat

http://www.mybannermaker.com

26 Jun 2010

Duhai Sahabat, renungkanlah...

1. Syukuri  nikmat yang  kita  ada.


Sesungguhnya  amat  besar  nikmat  yang  Allah  anugerahkan kepada  kita. Renunglah  sejenak dan  lihatlah dari hujung rambut ke hujung  kaki kita , persekitaran...kemudahan...keperluan serta  kemewahan  yang  kita  perolehi selama  hayat  kita.

2. Yang  lalu biarkan berlalu

Lupakan  masa  lalu  yang pahit. Tidak  perlu  mengungkit dan  terus  dihantui  pengalaman  silam  yang  tentunya  akan   menyakitkan, mematahkan  semangat  dan  memgurung diri  dengan  perasaan  bersalah  yang  melampau.Kita  tidak  mampu  untuk  menukar  roda  sejarah.Pengalaman  lalu  perlu  dijadikan  panduan  dan  sempadan  dalam  kita  mengharungi  kehidupan  kita  mencari  kebahagiaan  dan  keredhaan.

3.  Hari  ini  milik  kita

Manfaatkan  hari  ini  dengan  sebaik-baiknya.Jalanilah  hidup  dengan  penuh  kualiti.jalanilah   kehidupan  tanpa  kesedihan, gangguan, kemarahan, kedengkian  dan kebencian.Lupakan  kelmari  yang  telah  berlalu  dan  jangan  berharap  pada  esok  yang  belum  tentu datang atau  tidak. Tanamlah  kebaikan, jauhilah  kemungkaran, hiduplah  dalam  kebahagian dan terimalah  segala macam yang  datang  dengan  fikiran  terbuka.

4.  Masa  depan  pasti  akan  datang  dengan sendiri

Janganlah kita  mendahului sesuatu  yang belum  terjadi.Dalam syariat, memberi  kesempatan  kepada  fikiran untuk  memikirkan  masa  depan dan  membuka-buka  alam  ghaib, dan kemudian  hanyut  dalam  kecemasan-kecemasan yang diduga adalah  tidak dibenarkan.

5. Jadikan  kritikan   tajam   sebagai  penghormatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan