Sahabat

http://www.mybannermaker.com

7 Jan 2011

Sejarah wajib lulus !!!!!

Berita Harian melaporkan pada 7.1.2011,  mata pelajaran  Sejarah  telah  menjadi  satu  mata  pelajaran  WAJIB  lulus.

Memang  patut pun buat  macam  ni  supaya  semua  orang  yang mendiami negara  ini  tahu  asal usul tanahair  sendiri.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, hari ini menjelaskan, keputusan mewajibkan lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013 adalah muktamad.

Menurut beliau, cuma yang belum diputuskan ialah bentuk kurikulum mata pelajaran tersebut yang akan digubal dan pendekatannya bagi memastikan ia benar-benar memberi impak berkesan bagi memastikan pelajar menghayati sejarah.

"Sebenarnya, keputusan wajib lulus mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM adalah muktamad. Kita hanya menunggu hasil kajian daripada sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum Sejarah dan buku teks Sejarah sekolah menengah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan