Sahabat

http://www.mybannermaker.com

28 Jul 2010

Penderaan dan keganasan melampau

Sejak  akhir-akhir  ini  begitu  banyak  sekali  kes  penderaan dan  keganasan  yang  dilakukan  oleh  kaum  lelaki  terhadap  wanita. Di akhbar, boleh dikatakan  hari-hari  keluar  serita  berkaitan  kes  seperti  ini. Memang  amat  menakutkan dan  kadang-kadang  sukar  untuk  diterima akal  bagaimana  seorang manusia  boleh  bertindak  kejam  mengalahkan  binatang. Tadi  saya  sempat  terbaca  kes  di Harian  Metro, satu  kes  di  Sarawak, seorang  tunang  sanggup  bertindak  ganas  dan  diluar kawalan  sehinnga  sanggup  mengunakan  tukul untuk  mencederakan  tunangnya, malahan yang  lebih  teruk, kemaluan tunangnya  dirodok  dengan  botol  diodoran. Nauzubillah...hanya  kerana  cemburu, mereka  sanggup  bertindak sebegini. Dalam  kes  yang  lain  pula, seorang  isteri  patah  tangan  kerana  dibaling  kerusi  oleh  suami  yang  mabuk.


Saya  juga  tidak  sangka  seorang sahabat  saya  menghadapi  masalah  yang  lebih  kurang  sama. Bekas  teman  lelakinya  tidak  dapat  menerima  kenyataan  bila  hubungan  terputus dan  cemburu  dengan  kehadiran  teman  baru dalam  hidupnya walaupun  bekas  teman  lelakinya  ini  sendiri  sudah  ada  pasangannya. Begitu  selfish  sekali  lelaki  ini. Walaupun  dia  sudah  bahagia  dengan pasangannya tetapi  tetap  cemburu  dengan  kebahagiaan  bekas  temannya.Sukarnya  untuk  memahami  lelaki  yang  sebegini.Apa  yang  menyedihkan , saya  amat  mengenali  kedua-duanya. Memang  tidak   saya  sangka  yang  lelaki  ini  anggup  menggunakan  kekerasan.Sebelum  berpisah, kedua-duanya  memang orang  yang  innocent.Sudah  hilangkah  semua  perasaan  sayang  sebelum  ini  sehingga  sanggup  mencederakan  orang  yang  pernah  kita  sanjung  dan  sayangi  sebelum  ini?

Wahai  lelaki,  kenapa  mesti  gunakan  kekerasan dan  keganasan ? Tidakkah  mereka  sedar , wanita  bukan  lawan  untuk  mereka. Walau  besar   manapun  seorang wanita itu, tenaganya  bukan untuk  melawan  seorang  lelaki. Dalam  apa  jua  pergaduhan, mesti  wanita  yang  akan  kalah  kerana  wanita  sememangnya  bukan  tandingan  untuk  lelaki. Dayusssssss  betul  lelaki  yang  bergaduh  dengan  perempuan!!!!

Bagi  kes  cemburu pula,  semua  insan  baik  lelaki  mahupun  perempuan  mesti  sentiasa  ingat  , kasih  sayang  tidak  akan  pernah  wujud  dengan  paksaan. Sekiranya  satu  pihak  sudah  membuat  keputusan  untuk  berpisah, satu  pihak  lagi  mestilah  menerima  keputusan  itu.Walaupun  pahit sekalipun  perasaan  bila  dikecewakan,  lambat  laun akan  sembuh jua. Tidak  ada  gunanya  memaksa  pasangan  untuk  terus  menerima  kita kerana tanpa  kejujuran  akan  wujud  kecurangan. Keadaan  akan  jadi  lebih  buruk  bila  telah  wujud  pihak  ketiga. Sakit  bila  dikecewakan  tidak  seteruk  sakit  bila  dicurangi  pasangan. Kita  juga tidak  akan  tenang kalau  hari-hari  kita  hidup di dalam  syak  wasangka terhadap  pasangan  kita.Carilah  jalan  penyelesaian  yang  terbaik  untuk   dua-dua  pihak. Sekiranya  kita  rasa  terlalu  payah  dan  sukar  sekali  untuk  melepaskan  pasangan  yang kita  sayang, fikirlah  secara  positif.Sekiranya  kita  amat  menyayangi  seseorang  itu, kita  pasti  mahukan dia  hidup  bahagia. Lepaskanlah  dia  dengan   hati  yang  rela demi  untuk  kebahagiaan  dia. sekiranya  kita  doakan  kebahagiaan  orang,  insyaallah  suatu  hari  nanti  Allah  akan  anugerahkan  kebahagiaan  yang  berlipat ganda  untuk  kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan