Sahabat

http://www.mybannermaker.com

27 Jul 2010

Penawar Kanser Dari Al Quran

Semua  orang  tahu  "  setiap  penyakit  ada  ubatnya , kecuali  mati ".Terdapat  satu  surah  di dalam  Al- Quran yang  bertujuan  untuk  menghancurkan  sel-sel   kanser. Seorang  penulis   Saudara  Raflis  Sabirin  telah  berkongsi  ilmu  dan  pengalaman  beliau  dalam  merawat  kanser  selama  27  tahun dengan  menggunakan  ayat-ayat  Al- Quran di dalam Majalah Milenia edisi  Februari 2010..


Surah  Al Fil   yang  bermaksud :
Dengan  nama  Allah Yang  Maha  Pemurah lagi Maha Pengasihani . 
Tidakkah  engkau mengetahui  bagaiman  Tuhanmu  telah  melakukan  kepada  angkatan  tentera  ( yang dipimpin  oleh  pembawa) Gajah, (yang  hendak  meruntuhkan Kaabah)? Bukan kah  Tuhanmu  telah menjadikan  rancangan  jahat mereka dalam  keadaan  yang  rugi dan  memusnahkan  mereka? Dan Dia  telah   menghantar kepada  mereka rombongan  burung berpasuk-pasukan. yang melontarkan  mereka   dengan  batu-batu dari  sejenis  tanah  yang dibakar keras.Lalu  dia  menjadikan   mereka  hancur  berkecai  seperti  daun-daun  kayu  yang dimakan  ulat.

Demikianlah  mukjizat ayat- ayat  suci  Al- quran. Jika  diletakkan di sebuah gunung, nescaya  gunung  akan  hancur lenyap  kerana  takut  kepada  Allah.Demikian   juga  jika  diletakkan atas  apa-apa  penyakit, nescaya  penyakit  itu  akan  hancur  dan  lenyap.

Cara amalan.
Selepas  solat  lima  waktu, bacalah  Surah Fatihah  sekali, diikuti  Surah  Al- Ikhlas 3 kali, selawat  ke atas  Nabi 3 kali  lalu  teruskan  membaca  surah  Al- Fil 21  kali.
Setiap  kali  baca  Surah Al-Fil, hendaklah  tiup  dan  hembuskan  pada  tempat  penyakit  kanser tersebut. Setiap  kali  menghembus nafas  itu hendaklah  ingat  maksud  dalam  hati supaya  Allah  hancur lenyapkan  penyakit kanser  tersebut sebagaimana  hancur  dan  lenyapnya pasukan  tentera  bergajah seperti  dalam  ayat  akhir  Surah  Al-Fil  itu.
Lakukan  21  kali  baca dan  tiup  21  hari  selepas  solat  lima  waktu.
Dan sekiranya penyakit  kanser  itu  berada  di dalam  organ  badan  seperti  di dalam  usus, limfa, buah pinggang  dan  di dalam  kepala, maka  caranya seperti  tersebut  di atas  juaga  cuma  tambahannya  hendaklah  tarik  nafas   perlahan-lahan  seakan-akan  kita  memasukkan  amalan  surah  itu  ke dalam  tubuh  badan, terutamanya  ke tempat  kanser  tersebut.Lakukan  tarik  nafas  tersebut  sehingga  21  kali  juga  selama  21  hari setiap  lepas  solat  lima  waktu.

Lakukan  dengan  penuh  keyakinan  dan  sabar. HArus  diingat  , yang  menyembuhkan  adalah  Allahdan ayat  al-Quran  itu  hanya  sebagai  asbab  atau  wasilah  untuk  mencapai  maksud.


http://rawatkanser.com/category/info-kanser

Tiada ulasan:

Catat Ulasan