Sahabat

http://www.mybannermaker.com

8 Jul 2010

Mengapa kita rasa ketagihkan makanan segera

Menjadi  satu  fenomena  sekarang  ini  di mana  di kebanyakan  fast  food  restaurant  tidak  pernah  sunyi  daripada  pengunjung.Pernahkah  terfikir  mengapa  atau  apa  yang  menyebabkan  orang  ramai  begitu  setia  mengunjungi   tempat  makan  seperti  tersebut. Hari  ini  saya  ingin  berkongsi  bacaan  saya  mengenai   makanan  yang  membuatkan  kita  seolah-olah  ketagih dan  meyebabkan  kita  sukar  untuk  mengawal  berat  badan  kita.

Berikut  adalah  antara  bahan-bahan  yang  terdapat  di dalam  makanan  kegemaran  kita  yang  menyebabkan  kita  sukar  sekali  untuk  meninggalkannya.
  1. Sodium  nitrit
          Bahan  kimia  ini  berfungsi  untuk  mengawet, memberi  warna dan  memberi  rasa pada  makanan 
          olahan terutamanya daging  dan  ikan  salai. Ia  bukan  sahaja  akan  membuat seseorang  itu 
          ketagih   tetapi  juga  boleh  menyebabkan  kanser.
 
     2. BHA  dan  BHT
     
         Butylated  hydroxyanisole ( BHA ) dan Butylated hydrozyttoluene ( BHT ) adalah  antioksidan  untuk
         mencegah makanan  yang diletakkan di dalam kemasan  daripada  berbau tengik  dan
         berminyak.Bahan  kimia  ini  sering  didapati  pada  makan  seperti  bijirin, gula-gula getah,kerepek
         kentang dan minyak  sayur.

    3. Profyl  Gallate
       
        Propyl  gallate juga  termasuk  antara  bahan  pengawet yang dimasukkan di dalam  makanan  yang
        dibungkus di dalam  kemasan.Fungsinya  sama  seperti BHA dan BHT, dan  ia  sering  digunakan
        bersama-sama.Bahan  ini  juga  terdapat  banyak  pada  produk seperti  daging  olahan, gula-gula 
        getah  dan  sebagainya.       


    4. Monosodium  Glutamate
      
        Monosodium  glutamate ( MSG )  ini  sering  dijadikan  sebagai  penyedap  masakan, mengandungi
        zat tambahan  yang  mengakibatkan  kita  ketagihan. Pada  sesetengah  orang  pula  MSG  ini  boleh
        menyebabkan  alahan seperti  sakit  kepala  dan  rasa  mual.

       Sumber  bacaan : Majalah Wanita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan