Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

6 Ogo 2011

Salam semua....

Hari ini sudah masuk hari ke 6 umat islam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, nampaknya di tahun ni, semua anak2 dah dapat melakukan ibadat puasa dengan baik walaupun keletihan jelas terpancar di wajah masing2.Sebagai ibu saya cukup bersyukur sebab acik, anak saya yang paling kecik sudah mampu berpuasa di usia 6 tahun.Mungkin faktor kakak2 yang berpuasa jadi dia yang tak mau kalah dengan kakak2 nya turut jugak berpuasa.

Hari ni, weekend pertama di bulan puasa. Lepas sahur,saya biarkan anak2 tidur sampai mereka terjaga hampir nak masuk tengahari.Aktiviti mereka hari ni di rumah hanyalah tgk tv , tgk movie dan main games je le.Itu je la antara aktiviti2 untuk elakkan mereka dari terfikir tentang makanan dan minuman.Hari sekolah dipenuhi dengan aktiviti sampai petang jadi mereka tak terasa sangat lapar dan rasa masa cepat berlalu.

Tentang berbuka puasa pulak, kami sekeluarga tidak makan nasi sewaktu berbuka dan biasanya anak2 suka pilih roti john atau makanan selain nasi je.Nasi berlauk adalah wajib ketika sahur sebab nak bagi tahan lapar sepanjang hari...Kami sekeluarga juga tidak ghairah sangat dengan kuih -muih yang pelbagai jenis di bazar Ramadhan.

Hari ni, kami tak plan lagi nak berbuka kat mana, semalam anak2 minta berbuka puasa kat MD.Ramai jugak yang berbuka kat MD, Nilai tu lagipun tempat tu memang agak dekat dengan masjid.Lepas berbuka terus ke masjid baru Nilai untuk solat Maghrib dan terawih sekali malam tu.




Semoga kita semua dapat menjalani bulan yang mulia yang penuh keberkatan ini dengan sebaiknya...insyaallah.

2 ulasan:

  1. Salam. Akak dan family mmg sentiasa mkn nasi baik berbuka atau bersahur. Kalau teringin makan sampingan mmg anak-anak suka pilih roti jane(adik-beradik roti john). Slmt Berbuka

    BalasPadam