Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

23 Nov 2010

skincare..skincare...

Sudah  agak  lama  saya  tinggal  blog   ni sampai  dah  bersesawang  jadinyer.. Kadang-kadang  bila  datang mood  malas  tu  memang susah  nak dihalau ...hu hu.. Lagilah  sekarang  ni  saya menghadapi   masalah kulit muka yang agak  teruk.Sekarang  sedang  mencari  produk yang  sesuai  dengan  kulit  muka  seiring  dengan  pertambahan usia.Semenjak  dari  usia  remaja  , saya  tidak  pernah  menghadapi  masalah kulit  muka.Sekadar  jerawat  timbul  sebiji  dua  sebelum   period  tu  biasa la then  1  week after  dah  ok  tanpa  meninggalkan  parut  jerawat, Tetapi  semenjak  usia  semakin  bertambah  ni, macam-macam  masalah  pulak  ada.Kulit  menjadi  tidak  sekata, kusam dan  kadang-kadang  rasa    gatal-gatal  pada   kulit  muka. Antara  produk  yang  pernah  saya  cuba  ialah Natasya set  biasa  dan  gold, Bio  Essence, Olay  Total Effect , Safi , Safi gold  dan CNI .Bila  saya  bertukar  produk, satu  bulan  pertama  nampak  ok  tetapi  selepas dua tiga  bulan  mesti  timbul  masalah.Saya  pun  pelik  kenapa  jadi  macam  ni..Kulit  muka  saya jenis  normal  dan  kadang-kadang sedikit  kering.Waktu  malam saya kurang  pakai  krim  malam  kerana  saya  lebih suka  pakai bedak  sejuk  walaupun  macam  old  fashioned  tetapi  sebelum  ni  kulit  saya  tidak  banyak masalah.Tapi sekarang   tone kulit macam tak sekata pulak...sedih nyer.

12 Nov 2010

This poem very meaningful ..


The Story

Two separate lives brought together
Our love and friendship shared forever.
The laughs, the love, even some tears
Were planned to be spent all our years.

Then one day things fell apart,
And time and hurt pulled at our heart.
"Together always," were words only said;
And reality was, it was all in our head.

But through it all, we truly shine;
It will be you and me till the end of time.
"I love you always," will now be said
and a great friendship waits ahead

2 Nov 2010

Resepi Roti Jala

Roti  Jala  ni  memang  salah  satu  dari  faveret  kami  sekeluarga.Resepi  ni  saya  gugel  je and  then  bila  dah  cuba  memang  menjadik..Tapi  dah   lupa  dari  mane  resepi  ni  saya  copy... gambar  tak  sempat  nak  snap  sebab  lgpun kamera duk kat  atas  malas  nak  turun  naik...


Bahan-bahan
  • 220 gram tepung gandum
  • 200 gram fresh milk
  • 200 gram air
  • +-60 gram telur ( 1 biji)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pewarna kuning
  • Acuan roti jala

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan tepung gandum, garam, telur, fresh milk, air dan pewarna ke dalam mangkuk dan kacau.
  2. Kemudian masukkan adunan ke dalam blender dan blender sehingga sebati.
  3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk.
  4. Biarkan 30 minit sebelum di masak.
  5. Panaskan non stick pan dengan api sederhana.
  6. Masukkan adunan ke dalam acuan dan mulalah menjala.
  7. Angkat bila adunan di bahagian atas sudah beku / bertukar warna lebih cerah.
  8. Kemudian jala lagi adunan ke dalam non stick pan. Lipat atau gulung roti jala yang sudah masak tadi dengan kemas. Ulang langkah 6 - 8 sehingga adunan habis.
  9. Sesuai di hidangkan dengan kari ayam atau daging atau kuah kesukaan anda. Selamat mencuba!

Petua Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
 
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Teka - teki Imam Ghazali


Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya

(Teka Teki ) :

Imam Ghazali : "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 : "Orang tua"
Murid 2 : "Guru"
Murid 3 : "Teman"
Murid 4 : "Kaum kerabat"
Imam Ghazali : "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita
ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati
( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali : "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 : "Negeri Cina"
Murid 2 : "Bulan"
Murid 3 : "Matahari"
Murid 4 : "Bintang-bintang"
Iman Ghazali "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimana pun kita, apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


Iman Ghazali : "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid 1 : "Gunung"
Murid 2 : "Matahari"
Murid 3 : "Bumi"
Imam Ghazali : "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


IMAM GHAZALI : "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 : "Baja"
Murid 2 : "Besi"
Murid 3 : "Gajah"
Imam Ghazali : "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


Imam Ghazali : "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 : "Kapas"
Murid 2 : "Angin"
Murid 3 : "Debu"
Murid 4 : "Daun-daun"
Imam Ghazali : "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


Imam Ghazali : "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab : "Pedang"
Imam Ghazali : "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "

Thank You Allah - Maher Zain


Thank You Allah

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you

Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home

Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah


Alhamdulillah, Elhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.

Resepi Ketupat Sotong

Resepi  ketupat  sotong  asalnya  dari  negeri-negeri  di pantai  timur.Kalau  kat  pantai  barat memang  susah  hendak  tengok  kecuali  di  bazaar  Ramadhan  dan  di gerai  masakan  dari  pantai  timur  sahaja.Memandangkan  saya  sekarang  tinggal  di  pantai  barat, jadi  apabila  teringin  memang  kena  masak sendiri je la. biasanye  apabila  terjumpa  sotong  yang  segar-segar  je  teringat  buat  ketupat  sotong ni dan  saiz  sotong  mesti  yang  sedang-sedang  aje  dan  pada  musim  sotong  bertelur...baru  nampak  cantik  dan  sedap di  makan.Telur  sotong  tu  yang  buat  rasa nyer  lagi  besh.....

Bahan-bahan :
12  ekor  sotong  sederhana  saiz  yang  segar
sedikit  beras  pulut
Sedikit  halia
Sedikit  bawang  merak  yang dikisar
Sedikit  santan
Sedikit  garam
Sedikit  lidi

Cara-caranya:
Bersihkan  sotong dan  toskan  airnya. Beras  pulut dibasuh.(Rendam  terlebih  dulu selama  3  jam). Masukkan  beras  pulut  yang  telah  dibersihkan ke dalam  badan  sotong.Jangan  terlalu  penuh cukup  1/3  je dari  saiz  badan  sotong dan  klipkan  dengan  lidi supaya  beras  tidak  keluar.Masukkan  halia, bawang dan  garam  ke dalam santan.Masukkan  sotong  yang  berisi beras  pulut  ke dalam bekas  yang  berisi  santan tersebut  dan  kukuskan  selama  45  minit  hingga  1 jam atau sehingga  beras  pulut  masak. Setelah  masak  , hidangkan bersama  sos  cili.Selamat  mencuba....

Daging goreng hitam

Resepi  ini  saya  belajar  dari  pemilik  nursery , Puan Nor. Memang  sedap  di makan dengan  nasi  panas-panas  ataupun  ratah  macam  tu  aje dan  menjadi  kegemaran  hubby.Tiap-tiap  hujung  minggu  saya  akan  perapkan  1/2kg  daging  atau  lebih  untuk  kegunaan  kami  sekeluarga  1  minggu.

Bahan-bahan :
1/2 kg  daging   batang pinang dipotong  nipis

8  ulas  bawang  merah
4 ulas  bawang  putih
1/2  inci  halia
Sedikit  serai

Satu sudu  besar  serbuk  ketumbar
Satu sudu  besar serbuk jintan putih
Satu sudu  besar  cili boh
Sedikit  gula  merah
Sedikit  garam

Mula-mula, kisarkan  bawang merah, bawang putih halia  dan  serai, campurkan dengan bahan-bahan  lain  kemudian  gaulkan sehingga  sebati  dengan  daging.Simpan  di dalam bekas Tupperware  sebelum  dimasukkan  ke dalam  peti  ais. Sebaiknya, perapkan  sekurang-kurang semalaman sebelum  di goreng. ( Goreng seperti  goreng  ayam atau ikan  goreng).  Selamat  mencuba.....nyumm..nyumm....