Memang mengikut pengalaman saya, kadang-kadang kalau saya makan makanan tertentu seperti kuning telur ke atau minum milo yang agak pekat , mesti esoknya payah nak membuang walaupun saya minum air dalam kuantiti yang sama je dengan hari-hari lain.
Kalau makan nasi memang senang nak membuang tambah-tambah kalau makan buah dan sayur banyak.Sure smooth je tak sempat muka berkedut pun. Pasal sembelit ni kan, ada kawan saya yang bagi petua , kalau tak nak sembelit, amalkan minum air putih segelas sebelum tidur dan apabila bangun pagi esoknya tanpa menggosok gigi, minum lagi segelas air putih. Cara ni akan melancarkan usus kita untuk membuang. Sudah hampir sebulan saya amalkan petua ni, dan memang satu petua yang boleh disahkan betul ( untuk saya je.....).
Saya ada beberapa cara untuk mengatasi masalah sembelit.Sekiranya saya tidak membuang dalam masa 3 hari itu sudah menjadi masalah yang besar bagi saya.Mesti rasa tak selesa yang teramat sangat.Time macam ni saya mesti mencari :
1. Buah prun. Pitted prun yang ada kat pasaraya memang mujarab jugak untuk melawaskan sembelit.makan 10 biji prun dan disusuli dengan minum air suam dalam 2 gelas.
2. Buah pisang. Memang boleh membantu jugak tetapi kena makan dalam 2-3 biji dan disusuli dengan minum air suam.
3. Banyak makan sayur bendi.
4. Makan buah yang masam-masam mcm mangga muda, nenas atau pun tembikai.Sure boleh jalan punya.
5. Minum madu dan cuka epal 2 sudu yang dicampur dengan air suam sebelum tidur dan sebelum breakfast.
6. Green tea yang tujuan unuk membuang....tapi ada yang tak boleh tahan tu time memulas sampai mengerekot badan jadinya.
Inilah cara saya, nak cuba boleh je.....
Salam AddinaHumaira, boleh sy dapatkan email anda untuk soalan :)
BalasPadamTkasih.