Semalam , semasa di gym, ada satu grup yang datang dari kalangan student KUIS. Ada beberapa orang dari grup mereka ni yang oversize gila-gila. Memang kesian jugak tengok mereka yang berbadan besar ni.Kita yang tengok nampak macam susah apatah lagi yang menanggung beban badan yang berat.Mesti banyak aktiviti yang tersekat kan.Tapi saya tabik dengan semangat membara di kalangan mereka yang rajin datang gym untuk membuang lemak-lemak tak guna di badan.
Cerita saya begini, ada satu orang adik ni, berat dia masa join gym ni memang super duper sesangat..Dia tinggi lebih kurang 158cm atau 160cm kalau tak silap saya. Jadi nampak seksa sangat bila workout tu.Sudah satu minggu dia join gym untuk turunkan berat.cara diet dia adalah tak makan nasi langsung dan minum banyak air.So, semalam, bila dah genap satu minggu workout, dia pun timbang la.Dia memang tak harap turun banyak pun sebab sudah tau berat dia memang tepu dan amat payah nak tanggal dari badan. tapi kita orang ni tetap bagi semangat kat dia pasti berat akan turun janji mesti ada disiplin dan kesungguhan.
Last tu bila naik atas scale tu, tetiba dia menjerit sambil pejam mata dan tangan dua-dua di dada. Kita orang kat situ ingatkan dia nak pitam atau apa kan. Suspens sangat masa ni takut apa-apa yang tak diingini berlaku...
"Eh !! scale ni betul ke tak ni?"
" Kenape nyer?"
" Tengok tu berat 115.00kg la"
"Owh ye ke...berat sebelum ni berape?"
" Sebelum ni 120.00kg..kira nyer dah turun 5.00kg dah ni! boleh percaya tak ni?"
" Wowww...5kg 1 minggu!!!.banyak tu....cuba naik scale yang satu lagi tu.."
Memang betul, berat dia dah turun 5kg untuk 1 minggu je...Fuhhh...macam tak percaya kan.
Fantastik sangat saya rasa.
Memang betul kan , apa saje tak mustahil berlaku janji mesti ada keinginan yang kuat bersama disiplin yang tinggi..
Well done dik...
wow, bagusnye dapat turun 5kg dalam seminggu.
BalasPadam