Salam semua,
Semasa membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca satu petua untuk hilangkan rasa pijar tangan. Sebenarnya , sudah agak lama saya mencari - cari petua untuk hilangkan pijar tangan selepas memotong cili atau selepas makan lauk pauk yang pedas-pedas.
Saya memang kategori alah dengan cili.Setiap kali nak potong cili mesti pakai sarung tangan kalau tidak memang 1 hari tangan akan pijar dan serba tak kena rasanyer.
Pengalaman saya ketika kenduri kat kampung, tangan saya 1 hari 1 malam pijar selepas tolong potong cili untuk buat sayur dan acar. habis segaa cara saya cuba, letak tangan dalam beras, guna hampas kelapa ,ramas daun ** x ingat nama** tapi semua tak hilang rasa pijar.
Last-last, saya rendam je tangan dalam air.Ramai yang pelik tapi saya lagi pelik sebab orang lain tak rasa pijar tapi saya sebaliknya pula. Besok pagi, walaupun pijar hilang tapi tapak tangan saya menggelupas teruk.pelikkan!!
Untuk hilangkan rasa pijar,ambil satu sudu garam halus, lumurkan pada tangan selama 2 hingga 3 minit kemudian cuci bersih.Ringkas saje kan...
Sharing is caring............
ok good idea! aku pun menderita penyakit pijar ni, satu malam aku x tdow gara-gara potong lada..oo kena tapa dlm 2-3 menit yer, aku lumur garam 3 saat jer pastu basuh patut ar x ilang.. tq tq hehehe
BalasPadam