Kedai Rakyat 1Malaysia sudah dilancarkan oleh PM kita dan dijanjikan harga barang barang yang dijual 30% - 40% kurang dari harga pasaran.
Sekarang baru ada satu kedai iaitu yang baru dilancarkan oleh PM kita di stesen LRT ,Kelana Jaya. Mesti semua orang excited nak tengok barang-barang kat kedai ni selepas ni. Kalau betul harga barang-barangnya murah seperti yang diwar-warkan di samping tahap kualiti yang terjamin sudah pasti langkah PM ini akan memberi impak yang positif kepada ekonomi isirumah kerana kebanyakan barang-barang dijual di kedai ini lebih tertumpu kepada barangan keperluan utama isirumah seperti beras, gandum, gula,susu dan sebagainya lagi.
P/S : tak sabar nak tunggu cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia kat Nilai pulak..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan