Salam bahagia semua...
Kalau bercakap pasal kenangan memang banyak sangat kan maklumlah usia pun dah banyak kan.Tapi, dalam banyak-banyak kenangan tu, yang paling BEST mesti kenangan ketika zaman budak-budak dolu-dolukan..
Dulu-dulu setiap kali cuti sekolah rendah saya mesti duk rumah nenek ( ramai sebenarnya macam ni kan).Rumah nenek saya di area manir k.terengganu hampir sangat dengan sungai Terengganu yang memang luas sangat masa tu.( sekarang mmg dah banyak berubah).Masa ni memang semua orang mandi sungai dari budak sampai orang tua.Boleh dikatakan semua yang tinggal dekat area sini mesti pandai berenang walaupun umur baru 3 tahun.
Biasanya saya pergi mandi satu grup terdiri dari abang ,sepupu2 dan juga paksu. Dalam ramai ni cuma saya sorang yang tak tau berenang masa tu.Kitaorang pergi mandi mesti lama tau siap main-main lagi.Setiap kali pergi sungai paksu saya mesti suruh saya belajar berenang tapi saya yang jenis penakut yang amat ni kan mesti cari macam-macam alasan hinggakan saya sanggup bawa baldi kecik untuk mandi kat sungai.Saya takut sangat nak selam muka dalam sungai tu.jadi saya mandi pakai gayung kat sungai...Lucukan..Kalau saya selam dalam air cuma kat tempat yang cetek aje hinggakan pasir akan naik atas kepala.Punyalah penakut saya waktu itu..
Satu ketika, Paksu saya waktu tu dia Tingkatan 5, tangkap saya dan bawak saya ke tengah sungai walaupun saya menjerit-jerit tak nak ikut. Dari kawasan yang sedikit dalam airnya , paksu luncurkan saya ke tepi supaya saya akan berenang sendiri apabila terdesak macam tu.Tapi apa yang diharap tak menjadi, bila kepala saya masuk je ke dalam air saya terminum air dan terus tak boleh nak timbulkan diri bukannya berenang meluncur ke tepi seperti di harapkan....badan rase berat sangat dan tak nak bergerak langsung..
Sedar-sedar paksu saya bawak saya ke tepi dalam keadaan saya terbatuk-batuk dan melalak-lalak..kecoh jadinya kat sungai tu... sampai je kat tepi dan kaki menapak di tanah terus saya pergi cari pokok dan pegang kuat-kuat ranting pokok tak nak bagi Paksu saya tarik ke dalam air lagi ..huhhh..cuak sangat mase tu...
Bermula dari detik itu, kalau nak mandi sungai mesti pergi dengan geng2 perempuan je...dan yang paling best on the way ke sungai saya akan bawak buah nyior komeng yang boleh dibuat pelampung. BEST sangat !!!! sebab badan akan timbul di permukaan air dan kaki je yang perlu guna untuk tolak badan ke depan tanpa penat dan boleh pusing-pusing sambil peluk buah nyior komeng ....
Korang tau tak buah nyior komeng tu macamane???
30 Jun 2011
Dapatkan kulit wajah tegang dan halus
Semua wanita mesti idamkan kulit wajah yang tegang dan halus bersihkan.Jom kita kongsi petua ni...
Amalkan masker mudah berikut. Ambil putih telur dan buah tomato yang dihiris nipis.gaulkan sehingga sebati dan tempelkan pada muka.Seelok-eloknya amalkan 3x seminggu. Selamat mencuba.....
Sharing is caring.........

29 Jun 2011
Berbaloi ke makan durian RM70 sebijik
Isi durian memang mengiurkan...
Musim durian datang lagi
kiri kanan jalan berlonggok-longgok
sampai kat office pun sibuk cakap pasal durian
nasib baik tak bawak durian masuk dalam office
Saya biasa dengar durian jenis durian kampung, durian perak ,durian johor atau durian Siam je
kalau gred pulak biasa nyer D24 , D2 je
Durian Kunyit , Raja Musang baru je tau
Tapi harga durian kunyit = RM 70.00 sebijik baru hari ni saya tau..
itupun bila baca kosmo semalam punya
huhh.... dahsyat nyer harga durian sekarang kan!!!!
tapi,
korang rase-rase
BERBALOI KE MAKAN DURIAN RM70 SEBIJIK TU ?????
Lemak tepu yang telah cair
Malam tadi , saya timbang lagi untuk rekodkan berat terkini...
07.12.2010 - 67.50 kg
28.06.2011 - 59.80 kg
Total lost - 7.70kg
Woww...macam mimpi bila tengok angka 5 kat depan tu.....
Yes yes ...I did it....I did it....
dengan ketinggian hanya 157cm,
dan BMI = 24.26 saya sudah berada di range NORMAL WEIGHT
Lepas ni kena maintain dan slow-slow turunkan berat sehingga 55kg
5 More KG to Go
Thanks to my Hb & Kids yang tak jemu2 bagi semangat untuk saya kembali aktif & sihat :)
28 Jun 2011
Kalori Kosong ( Empty Calories)
Tau kah kita apakah itu " empty calories" yang selalu disebut oleh pakar pemakanan sebagai satu tabiat buruk yang perlu dielakkan dalam diet harian kita?
Empty Calories bermaksud makanan yang tinggi kalori tetapi rendah kandungan zat nutrien.
Makanan yang mengandungi kalori adalah makro nutrien ( karbohidrat,protein & lemak ).
Makanan yang tidak mengandungi kalori pula ialah mikro nutrien nutrien (vitamin , mineral & serat )
Makanan yang tinggi kandungan kalori boleh menyumbang kepada berat badan yang berlebihan kerana pengambilan kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Empty Calories = High Calories but Low Nutrien
Empty Calories juga dikenali sebagai makanan merapu ( junk food ) yang mana kurang kandungan mikro nutriennya.Kebanyakan makanan dalam kategori ini mengandungi gula dan lemak yang sangat tinggi.
1 sudu kecil gula = 5 kalori
1 gram lemak = 9 kalori
1 gram karbohidrat = 4 kalori
1 gram protein = 4 kalori
Contoh makanan "empty calories" adalah:
Gula-gula , jajan ,minuman berkarbonat , minuman manis dalam tin,botol atau kotak, minuman alkohol , fast food , makanan sejuk beku, butter , marjerin, shortening, mayonis dan lemak tepu.
:) Sharing is caring..

Garam hilangkan rasa pijar
Salam semua,
Semasa membaca majalah Mingguan Wanita, saya terbaca satu petua untuk hilangkan rasa pijar tangan. Sebenarnya , sudah agak lama saya mencari - cari petua untuk hilangkan pijar tangan selepas memotong cili atau selepas makan lauk pauk yang pedas-pedas.
Saya memang kategori alah dengan cili.Setiap kali nak potong cili mesti pakai sarung tangan kalau tidak memang 1 hari tangan akan pijar dan serba tak kena rasanyer.
Pengalaman saya ketika kenduri kat kampung, tangan saya 1 hari 1 malam pijar selepas tolong potong cili untuk buat sayur dan acar. habis segaa cara saya cuba, letak tangan dalam beras, guna hampas kelapa ,ramas daun ** x ingat nama** tapi semua tak hilang rasa pijar.
Last-last, saya rendam je tangan dalam air.Ramai yang pelik tapi saya lagi pelik sebab orang lain tak rasa pijar tapi saya sebaliknya pula. Besok pagi, walaupun pijar hilang tapi tapak tangan saya menggelupas teruk.pelikkan!!
Untuk hilangkan rasa pijar,ambil satu sudu garam halus, lumurkan pada tangan selama 2 hingga 3 minit kemudian cuci bersih.Ringkas saje kan...
Sharing is caring............

27 Jun 2011
Dah shopping baju raye ?
Salam sejahtera semua..
Korunk dah tempah baju raye ke?
Agak-agak , apa ye fesyen n trend baju raye taun ni ?
Fesyen tudung pun macam2 sekarang ni kan..
Saya shopping kain ela kat Nilai 3 je, maklumlah dekat sangat dengan rumah so senang je sampai sana..
Saya dan 3 orang puteri memang beli stail boria tiap2 taun.Memang kelakar jugak kan tapi hubby nak macam tu so, ikut je.....
Kaler tema for this year is PINK tau!!!! Pilih punya pilih , last - last tersangkut kat kain japanese cotton yang ada pink pink gitu.....so nak tak nak , hubby kena pakai baju melayu kaler PINK jugak taun ni...he he kelakar betul....sebelum ni kitaorang memang elakkan pakai kaler pink , macam tak boleh masuk je...tup tup satu famili pulak PINK taun ni hu hu..
Jenis kain saya memang tak ikut trend sangat janji selesa je..Fesyen pulak , selesa dengan kurung biasa dan anak2 pulak kurung pahang pesak gantung...
Baju korunk kaler n fesyen ape yer ? Cer cite ....cer cite.....

24 Jun 2011
10 makanan pembakar lemak
Antara 10 jenis makanan yang dapat membantu proses pembakaran lemak di badan:
- Brokoli
- Kacang Almond
- Asparagus
- Bayam
- Dada Ayam
- Ikan
- Bijirin Oat
- Ubi keladi
- Limau gedang
- Epal
- Minyak zaitun
Update kalori burn
Setelah hampir seminggu tak pergi gym , hanya buat aerobik manja2 ikut VCD kat rumah je..Lagipun schedule kena tukar untuk kepentingan anak-anak dan mama. Mulai dari sekarang saya plan pergi gym pada hujung minggu dan juga jumaat malam aje.Cukup la 3x seminggu pergi gym dan selebihnya bergantung kepada tahap kerajinan diri...
Breakfast : Nestum Nesvita + dark choclate( 4 bar )
Sebelum Lunch : 1 biji epal dan lg dark choc. 1 packet.( ntah kenapa suka sgt makan choc. skrg )
Lunch : Roti telur dengan kuah kari ikan
Dinner : meehoon goreng 1/2 pingggan + 2 biji karipap sardin ( byk betul makan kan)
workout : Hari ni saya hanya menggunakan cross trainer selam 1 jam dan berjaya bakar kalori sebanyak 550 kalori. ** wat slow slow je ni**
Tadi masa saya timbang ada sikit turun berat tapi saya nak tunggu lg skt sebelum tukar ticker tu...
Semangat dan makin bersemangat untuk teruskan workout....
23 Jun 2011
Kedai Rakyat IMalaysia
Kedai Rakyat 1Malaysia sudah dilancarkan oleh PM kita dan dijanjikan harga barang barang yang dijual 30% - 40% kurang dari harga pasaran.
Sekarang baru ada satu kedai iaitu yang baru dilancarkan oleh PM kita di stesen LRT ,Kelana Jaya. Mesti semua orang excited nak tengok barang-barang kat kedai ni selepas ni. Kalau betul harga barang-barangnya murah seperti yang diwar-warkan di samping tahap kualiti yang terjamin sudah pasti langkah PM ini akan memberi impak yang positif kepada ekonomi isirumah kerana kebanyakan barang-barang dijual di kedai ini lebih tertumpu kepada barangan keperluan utama isirumah seperti beras, gandum, gula,susu dan sebagainya lagi.
P/S : tak sabar nak tunggu cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia kat Nilai pulak..
Aishwarya Rai bakal jadi IBU..
Aishwarya Pregnent !!!!!
Sudah lama tunggu berita ni benar. Dan ianya adalah BENAR sekarang setelah Mr. Big B dah announce dalam twitter dia pada hari Selasa.
NEWS NEWS NEW !!! I AM GOING TO BE A GRANDFATHER...AISHWARYA EXPECTING ...SO HAPPY AND THRILLED!!!!!
Seronoknya kan bila dapat tau ada ahli baru akan muncul dalam keluarga.Teringat saya pada kenangan lama... saat-saat saya menerima berita mengandung anak pertama......kedua...dan ketiga....
Anak-anak adalah ANUGERAH dan AMANAT kepada kita sebagai ibu bapa.
20 Jun 2011
VCO gel
Salam sejahtera semua....
Tengahari tadi saya sudah terima VCO gel yang diorder dari bee.
Dah rasa tak sabar pulak nak tunggu malam sebelum tido..Hahah...jangan fikir ke laut sudah ye...
Malam ni sebelum tido, saya akan start ambil VCO gel , salah satu dari supplement untuk tambahkan tahap kesihatan diri. VCO gel ni salah satu kegunaan nya adalah untuk meningkatkan kadar metabolisma badan kita dan amat sesuai untuk orang yang sedang berusaha untuk kurangkan LEMAK di badan.
Saya semakin tak sabar pulak untuk makan dan lihat kesannya nanti...
Tunggu hasilnya..........bulan depan.....

Sessi Perkenalan Antara Semua Ahli
Salam bahagia semua...... jeng jeng jeng............Salam Perkenalan untuk semua ahli
Kelab Suri Rumah Sedunia yang dipengerusikan oleh Puan Bee.
nama : addinahumaira (37 tahun dah )
Email : lyaz77@yahoo.com
Facebook : addinahumaira
alamat : nilai , N.Sembilan
Facebook : addinahumaira
alamat : nilai , N.Sembilan
suri rumah separuh masa ( bekerja )
Mempunyai 3 orang anak.
sorry bee , tak tau nak wat banner mcmane ??
19 Jun 2011
Berita baik tentang bakteria
Selama ni kalau sebut je pasal bakteria mesti ingat yang tak baik je kan......tapi rupa2 nya ada juga bakteria yang baik yang boleh membantu kita menurunkan lemak yang tak diingini pada tubuh.
Ini satu berita baik buat kita yang tak gemar bersenam.
Terdapat sejenis bakteria pada bahagian usus manusiayang sebenarnya dapat membantu kita untuk mendapatkan badan yang lebih langsing...
Ada satu kajian di jepun....pengkaji mendapatkan 87 responden yang mengalami berat badan yang berlebihan dan memberi 100 gram susu fermentasi.Susu ni biasa nyer digunakan untuk menghasilkan yogurt.Setiap responden diminta mengamalkan pengambilan susu ini 2x sehari di samping mengamalkan pemakanan yang normal mereka.

cheat day lagi
salam semua....
Hari ni adalah cheat day bagi saya wokey....makan tak hengat....
Makan pagi 8.15am : nasi lemak sebungkus dan nescafe 3 in 1
Makan tghari 11.00am : tumpang makan nasi lemak anak2( banyak jgk ni !! )
Makan petang 5.00pm : Dry Noodles 1 mangkuk dan ayam sambal 1 ketul
Makan malam 7.00pm : jajan kerepek durian dan sotong kering...
Kuantiti air putih juga agak kurang dari biasa biasanyer lebih dari 3 liter tapi hari ni mungkin kurang dari 2 liter
Memandangkan hari ni tak pegi gym , saya hanya buat aerobik manja-manja je kat rumah lebih kurang 40 minit saje...supaya berpeluh...
Boleh ke capai target idaman nih.....angka 50.............................. makin jauhhhhhh....

18 Jun 2011
Aerobik yang enjoy...
Pagi ni bila bangun tido , badan rasa lain macam sikit...sakit2,,,lenguh...berat sekali nak bangun.Tetapi memandangkan hari ni adalah hari bekerja, so gagahkan diri untuk bersiap ...** alangkah bagusnya kalau jadi surirumah sepenuh masa kan** ( berangan untuk sekejap ).
Sebenarnya , malam tadi saya rasa amatlah boring dan jemu sangat untuk menggunakan mesin kat gym itu..upbike , treadmill , crosstrainer dan alat2 lain tu rasa sungguh menjemukan...Susah hampir 6 bulan saya menggunakan alat yang sama selama 5x dalam seminggu...boringkan..
Kadang-kadang terfikir untuk stop je tapi risau nanti berat tak boleh dikawal dan saya lagi susah hati kalau kilo makin bertambah. Lagipun, saya dah rasa banyak perubahan setelah saya melakukan aktiviti kecergasan di sini. Badan rasa ringan dan aktif. Sakit tapak kaki yang saya alami sebelum ini sudah berjaya di atasi.Begitu juga lutut saya yang bermasalah sebelum ini sudah ok sangat2..mesti teruskan juga...mesti buang rasa JEMU..
So, dengan jiwa yang inginkan variasi dan perubahan, saya join aerobik . ** sebelum ni saya jadi member gym saje**. Lagipun malam tadi tak penuh sangat lantai aerobik mungkin ramai yang ada agenda masing2 ..Malam tadi aerobik more pada belly dance dan fleksibiliti. Step pun tak susah sangat nak ikut. Mula-mula tu agak kelaut jugak la sebelum dapat rentak he heh...Lagipun irama padang pasir dan bollywood tu bukan saya punya jiwa sebelum ni..jadi lambat sikit dapat feel...and then after 1 hour, memang lencun baju dan enjoy sesangat...
Aerobik ni sebenarnya bagus dan takde lah boring macam pakai mesin tapi hasil dari carian gugel saya, jumlah kalori yang dibakar dari aktiviti aerobik lebih kurang 450 - 500 kalori kalau memang buat betul2. Pakai mesin crosstrainer boleh capai 700 kalori dan lebih dalam masa 1 jam tu...
p/s : tak boleh JEMU kalau nak KURUS!!!!
p/s : tak boleh JEMU kalau nak KURUS!!!!
16 Jun 2011
Kentang @ Keledek
Semenjak balik dari Cameron Highland hari tu, saya menjadi addict pulak dengan ubi keledek. Semasa berada di tanah tinggi yang kaya dengan hasil bumi yang segar itu saya telah membeli beberapa kilo ubi keledek yang terdiri dari pelbagai warna. Ada yang kaler pepel , kuning dan yang biasa macam dijual di pasar malam atau pasaraya.
Teringat masa kecik dulu, time cuti sekolah biasanya musim hujan di pantai timur.Time tu mesti best sangat makan ubi rebus cicah kelapa parut dan air kopi.Ubi kayu pun best jugak dan saya amat suka ubi kayu yang dibakar. My faveret ni !!!PPehhhhh...memang tak dapat nak digambarkan saat itu....
Tetapi, bila makan2 ni mesti tak boleh lupakan terus target untuk membuang lagi lemak yang berlebihan di badan ni.Sudah hampir 2 bulan berat asyik sama je...+- 61.00kg. walaubagaimanapun, saya syukur sangat kilo tu nak naik memandangkan seminggu lepas time pergi bercuti tu saya banyak kali jugak terbabas makan.Jajan, coklat, nasi , sundae, kek, carbonara dan macam2 fast food lagi...saya langsung tak kira pasal kalori , karbo dan apa2 pun....release.....release.....heaven....heaven....
Sudah melalut pulak.sebenarnya saya nak berkongsi sedikit info pasal keledek ni. Time syok makan2 ni, tetiba saya terfikir berapa kalori agaknye ubi ni. Mula2 tu saya terbayang yang ubi ni memang ada potensi untuk naikkan berat badan tapi hasil dari carian gugel saya sebenarnya SILAP !!!
Keledek yang tidak diubah sifat semulajadinya adalah amat bagus untuk kita sebab kaya dengan nutrien dan mempunyai khasiat yang tersendiri iaitu mempunyai lebih serat dan vitamin A, vitamin C dan juga potassium kesimpulannya, ubi ni memang tak akan menjejaskan kesihatan selagi kita makan dengan cara rebus atau bakar sahaja !!!.Kalori dalam ubi ni pun tak lah tinggi sangat jadi sesuai di makan time bekfes atau makan petang..
P/s : nak pegi cari lagi ni...ubi rebus..ubi bakar....

8 Jun 2011
Makan buah sebelum makan makanan utama
- Malah, ada bukti klinikal yang menunjukkan bahawa penurunan berat badan yang ketara dapat dicapai bila individu dapat mengalas perut dengan tenaga yang rendah kepadatannya (misalnya buah) sebelum makan makanan utama.
Ddalam kajian pengurusan penyakit kronik, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dianggap sebagai bahagian penting dalam pengurusan penyakit secara keseluruhan (termasuk penurunan berat badan dan untuk tujuan penyelenggaraan berat badan).
Pada tahap kalori yang sama, kepadatan makanan bertenaga rendah seperti buah-buahan, menyediakan jumlah makanan yang lebih besar. Ini dapat membantu seseorang merasa cepat kenyang semasa makan sambil mengambil jumlah kalori yang lebih rendah.
“Air dan serat boleh meningkatkan jumlah makanan dan mengurangkan kepadatan tenaga. Dalam keadaan semula jadi, buah-buahan mempunyai kandungan air dan serat yang tinggi. Oleh itu, buah adalah sumber baik yang rendah dalam kalori dan kepadatan tenaga,” katanya.
Penyelidikan menunjukkan bahawa buah-buahan boleh meningkatkan rasa kenyang terutama bila diambil secara menyeluruh. Jika dibandingkan secawan 250 mililiter jus oren yang menyediakan 88 kalori dengan buah oren dengan hanya 37 kalori, lebih baik dimakan buah oren yang juga mengandungi lebih banyak lagi serat dan mampu mengenyangkan.
“Semua jenis buah-buahan boleh diambil sebelum makanan berat tetapi sebaik-baiknya buah yang segar. Serat dapat mendorong bahan makanan tadi melalui sistem pencernaan dan memberikan jumlah yang konsisten setiap kali membuang air,” katanya.
Sebelum makan makanan berat, elakkan makanan yang ada kepadatan tenaga yang tinggi yang biasanya merujuk makanan tinggi lemak atau gula. seperti makanan manis, hidangan makanan segera dan gula-gula.
INFO: Khasiat buah-buahan
Sumber baik untuk sistem pencernaan kerana kaya serat.
Perlu diambil sekurang-kurangnya 30 gram serat sehari.
Bantu kurangkan risiko penyakit termasuk jantung atau kanser usus.
~ sumber : Berita Harian
6 Jun 2011
Mulakan hari dengan oat
Salam sejahtera semua...
Pagi ni saya breakfast dengan: Total kalori intake dah capai 219.50 kalori.
1 sachet Nesvita 3 in 1 Oat keluaran Nestle. 119 kalori .( kanan atas ).
15 biji anggur hijau. 54 kalori
1 biji kiwi 46.50 kalori
Harap ia boleh tahan lapar.
Saya sekarang sedang mencari minuman yang boleh bagi saya tahan lapar. Sebelum ini saya mesti makan 5 kali paling kurang dalam satu hari. Kalau kira kalori mesti hampir 1200 dan kadang-kadang mencecah jugak 1600 kalau ikut kira-kira sayalah.
Kandungan Nutrisi :
So sekarang saya cuba nak kurangkan pengambilan makanan dan seterusnya boleh kurangkan kalori . Workout saya kekalkan seperti biasa 4 - 5 x seminggu selama 1- 1.5 jam sahaja.
Berat saya masih lagi berputar di nombor yang sama sejak 2 bulan lalu. 61.00KG !!!!!!
Betapa susah nyer nak merasa berada di angka 5X.XX kg tu....

4 Jun 2011
Diagnosis tahap kolestrol
Tahukah anda berapakah tahap kolestrol di dalam darah anda???
Cara untuk mengetahui tahap kolestrol adalah dengan melakukan ujian darah.
Jika tahap kolestrol anda melebihi 200mg/dl atau HDL ( kolestrol baik) adalah di bawah 40, anda akan disarankan untuk melakukan profil berpuasa lipid iaitu satu ujian yang dilakukan selepas anda tidak makan dan minum selama 12jam.
Walaupun tahap kolestrol melebihi 200mg dipertimbangkan sebagai tinggi, apa yang dikatakan selamat pada seseorang itu bergantung kepada sama ada mereka itu berisiko untuk mendapatkan penyakit jantung.
Tahap kolestrol :
Normal : kurang dari 200mg/dl
Cukup tinggi : 200-239 mg/dl
Tinggi : 240mg/dl
Renung-renungkan lah.....................
Sumber : Mingguan Wanita

Kasut balet mudaratkan kaki
Jika ada antara pembaca yang teringin hendak membeli kasut balet baik hentikan sebelum membazir dan membahayakan kesihatan kaki anda.
Menurut pakar, Kasut balet yang rata bahaya kepada kesihatan kaki kerana bentuknya yang rata tidak mampu menyokong kaki dengan baikdan sempurna kerana ia memberi tekanan yang lebih kepada pinggul,lutut dan juga punggung.Kasut yang kurang tumit hanya boleh digunakan untuk jangkamasa yang pendek sahaja.
Apabila tekanan pada lutut, pinggul dan belakang meningkat dari masa ke semasa, ia boleh menyebabkan radang sendi dan ketegangan otot.
Sumber: Mingguan Wanita
p/s: Jangan pentingkan kecantikan semata-mata hingga mengabaikan kesihatan diri.

3 Jun 2011
Sembelit jugak kadang-kadang
Tadi saya ada melawat blog sususejat dan ada info pasal tahi susah nak keluar.
Memang mengikut pengalaman saya, kadang-kadang kalau saya makan makanan tertentu seperti kuning telur ke atau minum milo yang agak pekat , mesti esoknya payah nak membuang walaupun saya minum air dalam kuantiti yang sama je dengan hari-hari lain.
Kalau makan nasi memang senang nak membuang tambah-tambah kalau makan buah dan sayur banyak.Sure smooth je tak sempat muka berkedut pun. Pasal sembelit ni kan, ada kawan saya yang bagi petua , kalau tak nak sembelit, amalkan minum air putih segelas sebelum tidur dan apabila bangun pagi esoknya tanpa menggosok gigi, minum lagi segelas air putih. Cara ni akan melancarkan usus kita untuk membuang. Sudah hampir sebulan saya amalkan petua ni, dan memang satu petua yang boleh disahkan betul ( untuk saya je.....).
Saya ada beberapa cara untuk mengatasi masalah sembelit.Sekiranya saya tidak membuang dalam masa 3 hari itu sudah menjadi masalah yang besar bagi saya.Mesti rasa tak selesa yang teramat sangat.Time macam ni saya mesti mencari :
1. Buah prun. Pitted prun yang ada kat pasaraya memang mujarab jugak untuk melawaskan sembelit.makan 10 biji prun dan disusuli dengan minum air suam dalam 2 gelas.
2. Buah pisang. Memang boleh membantu jugak tetapi kena makan dalam 2-3 biji dan disusuli dengan minum air suam.
3. Banyak makan sayur bendi.
4. Makan buah yang masam-masam mcm mangga muda, nenas atau pun tembikai.Sure boleh jalan punya.
5. Minum madu dan cuka epal 2 sudu yang dicampur dengan air suam sebelum tidur dan sebelum breakfast.
6. Green tea yang tujuan unuk membuang....tapi ada yang tak boleh tahan tu time memulas sampai mengerekot badan jadinya.
Inilah cara saya, nak cuba boleh je.....
fantastik @ unbelieveable huhhhhh
Semalam , semasa di gym, ada satu grup yang datang dari kalangan student KUIS. Ada beberapa orang dari grup mereka ni yang oversize gila-gila. Memang kesian jugak tengok mereka yang berbadan besar ni.Kita yang tengok nampak macam susah apatah lagi yang menanggung beban badan yang berat.Mesti banyak aktiviti yang tersekat kan.Tapi saya tabik dengan semangat membara di kalangan mereka yang rajin datang gym untuk membuang lemak-lemak tak guna di badan.
Cerita saya begini, ada satu orang adik ni, berat dia masa join gym ni memang super duper sesangat..Dia tinggi lebih kurang 158cm atau 160cm kalau tak silap saya. Jadi nampak seksa sangat bila workout tu.Sudah satu minggu dia join gym untuk turunkan berat.cara diet dia adalah tak makan nasi langsung dan minum banyak air.So, semalam, bila dah genap satu minggu workout, dia pun timbang la.Dia memang tak harap turun banyak pun sebab sudah tau berat dia memang tepu dan amat payah nak tanggal dari badan. tapi kita orang ni tetap bagi semangat kat dia pasti berat akan turun janji mesti ada disiplin dan kesungguhan.
Last tu bila naik atas scale tu, tetiba dia menjerit sambil pejam mata dan tangan dua-dua di dada. Kita orang kat situ ingatkan dia nak pitam atau apa kan. Suspens sangat masa ni takut apa-apa yang tak diingini berlaku...
"Eh !! scale ni betul ke tak ni?"
" Kenape nyer?"
" Tengok tu berat 115.00kg la"
"Owh ye ke...berat sebelum ni berape?"
" Sebelum ni 120.00kg..kira nyer dah turun 5.00kg dah ni! boleh percaya tak ni?"
" Wowww...5kg 1 minggu!!!.banyak tu....cuba naik scale yang satu lagi tu.."
Memang betul, berat dia dah turun 5kg untuk 1 minggu je...Fuhhh...macam tak percaya kan.
Fantastik sangat saya rasa.
Memang betul kan , apa saje tak mustahil berlaku janji mesti ada keinginan yang kuat bersama disiplin yang tinggi..
Well done dik...

2 Jun 2011
Yusri @ Yasmin @ Addina @ Zainal????????
Dalam sejahtera ...
Ada satu kisah yang menarik untuk saya kongsi bersama.
Ceritanya begini, ada satu insan berjantina lelaki . Memegang position ketua bahagian dan tentunya mempunyai staff lelaki dan perempuan dibawah seliaannya. Satu kali bila sorang dari staff pempuannya call ketika dia on leave sebab urusan keluarga, dia telah memanggil nama staff perempuan seliaannya dengan nama staff lelakinya!!!!! adakah ini pelik?????? apakah perasaan pembaca apabila berada ditempat pemanggil tadi???
Apa yang datang dalam fikiran anda???? Toink Toink !!
1. adakah dia memang tersalah panggil nama
2. adakah dia ingin menyembunyikan identiti pemanggil dari seseorang yang hampir denganya?
3. adakah dia tidak jujur dengan diri sendiri atau sesiapa?
4. adakah dia seorang yang penakut?
5. adakah dia kena queen control?
p/s : saya rasa dia ada agenda tersendiri yang sukar ditafsirkan dan yang pasti dia tidak jujur dengan diri sendiri.
kalau dengan diri sendiri tidak jujur, dengan orang lain macamane???????????

1 Jun 2011
hi semua....saya nak berkongsi dengan anda...
Semenjak berlaku kejadian pekerja meninggal tempohari disebabkan oleh demam denggi, ramai yang buat kecoh pasal insurans. Baru tau betapa pentingnya membeli insurans kan...
Sekarang baru nak ambil tau apa insurans cover, FWCS tu untuk apa dan SKHPPA tu untuk apa. Time bagi briefing mula - mula gomen implement SKHPPA bukan main banyak argue itu ini. Berbuih mulut kena fahamkan terutamanya foreigner ni yang payah betul nak faham dan ada tu yang saje buat-buat tak faham.huhhh memang dugaan betul waktu tu.Bila sebut je pasal kena potong gaji semua nak melompat nak bangkang itu dan ini tapi bila jadi sesuatu musibah time tu lah baru nak sedar walaupun dah hampir terlambat...manusia manusia.....
Hi ..
Hari ini saya berjaya menbawa bekal suhun dan sayur goreng bersama sup.Sekarang menu saya banyak yang bercampur dengan suhun.Musim suhun dah datang he he...
Tapi tetiba saya dapat serita yang suhun ni susah dihadam.
adakah ini betulllll??
Kalau sesiapa yang ada info berkenaan dengan ini bolehlah share kat komen yea...
Sebelum ni saya dapat info suhun ni dalam kategori protein yang rendah kalori dan bagus untuk orang yang sedang berdiet...

Langgan:
Catatan (Atom)