Semenjak berat saya tak mahu turun turun ni, saya mula semak dan muhasabah balik apa yang saya makan selama ini .Mungkin pengiraan kalori saya salah selama ini.
Saya rujuk blog2 yang tumpukan pada kesihatan dan cara hidup sihat dan saya senang sekali membaca blog Sususejat.com yang mengandungi banyak info2 yang bagus untuk diamalkan.
Hasilnya, saya membuat kesimpulan yang pertamanya ( yang faktor lain tengah cari lagi ! ),
saya yang memang suka makan buah , mungkin sudah tersalah anggap terhadap kalori buah yang saya makan....buah yang kecil tidak semestinya kalorinya kecil....
Bermula hari ini saya akan cuba elakkan ,
1. buah - buahan dalam tin - biasanya digunakan untuk buat air laici dan topping puding.
2. buah - buahan jeruk - kesukaan saya jeruk mangga dan betik dan dicampur dengan serbuk cili..
3. buah - buahan kering - kesukaan saya ialah kurma dan raisin, sentiasa ada stok ni..
4. buah durian - one of my favourite ni , maklumlah raja buah la katakan...kolestrol tinggi ni.
5. Jus buah segera dalam kotak atau botol - kalau pergi shopping memang tak pernah miss beli ni.
Dan saya akan tambahkan stok ,
1. Aprikot - sebelum ni tak pernah makan buah ni, nak kena cuba lepas ni
2. Betik - memang one of my favourite fruit
3. Blackberries - jarang sangat makan sebelum ini
4. Blueberries - jarang sangat makan sebelum ini
5. Epal - memang sentiasa ada stok sebab senang dibawa ke mana saja
6. Kiwi - jarang beli yang fresh sebelum ini, biasa minum jus saja
7. Mangga - memang one of my favourite fruit , tapi 1 biji kalori dah lebih 100k, jangan terlebih makan
8. Oren - suka juga yang manis tapi jarang sangat buat stok, macam sensitif je buah ni
9. Pear - suka yang manis tapi jarang buat stok, selalu terbeli yang tawar dan tak sedap.
10. Pisang - memang suka sangat sebab dapat membantu pelawasan
11. Strawberries - memang favourite ni, tapi selalu jugak saya cicah coklat atau honey..
12. Tomato - memang suka jugak ni , tapi selalunye makan dengan asam boi..
My favourite fruit list :
1. Epal
2. Pisang montel dan emas
3. Betik
4. Tembikai
5. Mangga
6. Strawberry
7. Kurma
8. Raisin
9. Pisang kaki
10.Guava
11.Jambu air / madu
12.Belimbing
13.Prun
14.Duku / langsat / dokong
15.Rambutan
16.Durian
17.Anggur
Hidup saya mesti ada buah...
After this, saya kena betul - betul ALERT dengan buah yang asaya makan....jangan makan buah sebarangan je...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan