Buat pengetahuan uols, saya sekarang cuba seimbangkan menu diet saya sebaik mungkin.Buat masa ini saya cuba minimizekan karbohidrat dalam menu harian saya dan lebihkan protein , sayur dan buah-buahan.
Menu breakfast : 2 biji telur rebus tanpa kuningnya.( kalau terlampau lapar , saya cuma makan 1 biji je yang kuningnya. 1 cawan teh hijau.kadang saya ambil 4 sudu teh horlick yang dimakan tanpa dibancuh.
Menu lunch : 2 biji tauhu dan buah-buahan. Kadang-kadang bila keluar makan saya akan makan lauk sahaja dan sayur. Nasi saya cuba elakkan. 1 cawan air suam.
Menu dinner : Buah-buahan, salad.Kadang-kadang saya bakar daging burger yang rendah karbohidrat dan dimakan bersama salad.Saya juga kadang -kadang ada ambil 1 - 2 sudu nasi atau mee dari pinggan anak apabila teringin sangat nak merasa nasi...
Saya akan pastikan saya minum banyak air putih , paling kurang 2 liter satu hari. Dari dulu saya memang kuat minum air putih dan tidak mengambil minuman bergas atau bercaffein.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan