Semalam, selepas anak2 makan malam, saya dan hubby terus berdesut pg gym. memandangkan cuti CNY kali ni kami balik kg, jadi saya kena semakin rajin pg gym. selepas balik kg yang paling saya risau dan takut adalah badan saya akan naik balik.saya dah rasa betapa peritnya nak turunkan walaupun 1 kg saje..
Planning saya, saya akan teruskan cara saya tak nak sentuh nasi dan apa2 mee .cuba elak karbohidrat semampu yang boleh. kekalkan minum air putih atau chinese tea paling kurang 3 litre 1 hari.
Target saya paling kurang saya dapat turunkan 2 kg satu bulan dengan senaman yang konsisten. Sekiranya masih juga tidak turun, saya kan cuba ambil supplement atau minuman yang dapat membantu saya dalam mengurangkan lemak2 degil di badan saya ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan