Sejak akhir-akhir ini begitu banyak sekali kes penderaan dan keganasan yang dilakukan oleh kaum lelaki terhadap wanita. Di akhbar, boleh dikatakan hari-hari keluar serita berkaitan kes seperti ini. Memang amat menakutkan dan kadang-kadang sukar untuk diterima akal bagaimana seorang manusia boleh bertindak kejam mengalahkan binatang. Tadi saya sempat terbaca kes di Harian Metro, satu kes di Sarawak, seorang tunang sanggup bertindak ganas dan diluar kawalan sehinnga sanggup mengunakan tukul untuk mencederakan tunangnya, malahan yang lebih teruk, kemaluan tunangnya dirodok dengan botol diodoran. Nauzubillah...hanya kerana cemburu, mereka sanggup bertindak sebegini. Dalam kes yang lain pula, seorang isteri patah tangan kerana dibaling kerusi oleh suami yang mabuk.
Saya juga tidak sangka seorang sahabat saya menghadapi masalah yang lebih kurang sama. Bekas teman lelakinya tidak dapat menerima kenyataan bila hubungan terputus dan cemburu dengan kehadiran teman baru dalam hidupnya walaupun bekas teman lelakinya ini sendiri sudah ada pasangannya. Begitu selfish sekali lelaki ini. Walaupun dia sudah bahagia dengan pasangannya tetapi tetap cemburu dengan kebahagiaan bekas temannya.Sukarnya untuk memahami lelaki yang sebegini.Apa yang menyedihkan , saya amat mengenali kedua-duanya. Memang tidak saya sangka yang lelaki ini anggup menggunakan kekerasan.Sebelum berpisah, kedua-duanya memang orang yang innocent.Sudah hilangkah semua perasaan sayang sebelum ini sehingga sanggup mencederakan orang yang pernah kita sanjung dan sayangi sebelum ini?
Wahai lelaki, kenapa mesti gunakan kekerasan dan keganasan ? Tidakkah mereka sedar , wanita bukan lawan untuk mereka. Walau besar manapun seorang wanita itu, tenaganya bukan untuk melawan seorang lelaki. Dalam apa jua pergaduhan, mesti wanita yang akan kalah kerana wanita sememangnya bukan tandingan untuk lelaki. Dayusssssss betul lelaki yang bergaduh dengan perempuan!!!!
Bagi kes cemburu pula, semua insan baik lelaki mahupun perempuan mesti sentiasa ingat , kasih sayang tidak akan pernah wujud dengan paksaan. Sekiranya satu pihak sudah membuat keputusan untuk berpisah, satu pihak lagi mestilah menerima keputusan itu.Walaupun pahit sekalipun perasaan bila dikecewakan, lambat laun akan sembuh jua. Tidak ada gunanya memaksa pasangan untuk terus menerima kita kerana tanpa kejujuran akan wujud kecurangan. Keadaan akan jadi lebih buruk bila telah wujud pihak ketiga. Sakit bila dikecewakan tidak seteruk sakit bila dicurangi pasangan. Kita juga tidak akan tenang kalau hari-hari kita hidup di dalam syak wasangka terhadap pasangan kita.Carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk dua-dua pihak. Sekiranya kita rasa terlalu payah dan sukar sekali untuk melepaskan pasangan yang kita sayang, fikirlah secara positif.Sekiranya kita amat menyayangi seseorang itu, kita pasti mahukan dia hidup bahagia. Lepaskanlah dia dengan hati yang rela demi untuk kebahagiaan dia. sekiranya kita doakan kebahagiaan orang, insyaallah suatu hari nanti Allah akan anugerahkan kebahagiaan yang berlipat ganda untuk kita.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan