Malam tadi adalah malam Nisfu Syaaban, bermakna lagi 2 minggu kita dan umat Islam yang lain akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Dalam terkejar-kejar , alhamdulillah sempat juga meluangkan waktu untuk pergi mengimarahkan masjid bersama-sama membaca surah Yaasin .Anak-anak dikerahkan bersiap awal dan tengok jadual sekolah untuk esoknya terlebih dahulu..
Nisfu Syaaban disarankan kita menyambutnya dengan membaca 3 kali Surah Yaasin selepas sembahyang Maghrib.
Bacaan pertama : diniatkan untuk memohon panjang umur di dalam mentaati Allah.
Bacaan kedua : diniatkan untuk memohon diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Bacaan ketiga : diniatkan untuk memohon ditetapkan iman dan mati di dalam iman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan