Semua bakal pengantin ingin kelihatan cantik di hari bahagia masing-masing dengan bentuk tubuh yang ideal , kulit yang cantik muka cantik dan berseri ditambah lagi dengan persalinan yang memikat tetamu yang hadir. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk para bakal pengantin :-
- Pengambilan makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien. Tubuh kita memerlukan 40 jenis nutrien menjamin kesihatan yang maksimum.
- Pastikan mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya dalam menu harian anda dan jangan terikat dengan beberapa jenis yang menjadi kesukaan anda sahaja.
- Amalkan pengambilan bijiran dalam diet harian anda .Bijiran seperti oat dan roti amat bagus dan akan memberi impak yang besar dalam pengawalan berat badan anda.
- Jangan takut untuk makan ayam atau daging tetapi pastikan dalam kuantiti yang terkawal dan kulit ayam dibuang terlebih dahulu.
- Anda digalakkan memakan pelbagai jenis makanan dengan cara masakan yang betul dan bagus untuk kesihatan seperti mengukus, memanggang dan membakar di mana ia dapat mengurangkan pengambilan kolestrol.
- Jangan sekali-kali takut untuk meminum susu dan pilihlah susu rendah lemak kerana kepentingannya untuk tulang yang sihat. Anda disaran meminum 2 cawan susu tanpa lemak sehari dan boleh digantikan dengan yogurt atau keju.
- Hadkan pengambilan lemak di dalam menu harian anda. Sekiranya ingin menggoreng makanan cukup menggunakan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan digalakkan menggunakan minyak sayuran .
- Jauhi jajan atau snek. Sekiranya teringin memakan snek, cubalah makan snek yang rendah lemak dan berkualiti seperti sandwich , bertih jagung dan kekacang.
- Makan dalam saiz hidangan yang kecil dan minum banyak air putih.Kita digalakkan meminum secawan air putih sebelum menjamah hidangan supaya boleh mengelakkan kita terlebih mengambil makan disebabkan terlalu lapar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan