- Mempunyai fizikal yang sihat penting kerana anda bukan sahaja menjaga diri sendiri tetapi juga isteri dan anak-anak yang bakal lahir.
- Kekuatan mental untuk menghadapi pelbagai ranjau dan halangan dalam kehidupan berumah tangga. Semua perkahwinan akan diuji dengan pelbagai dugaan.
- Ilmu yang cukup untuk mengemudi bahtera kehidupan. Terlalu banyak hati dan perasaan yang perlu di jaga apabila anda berkahwin.Keluarga pasangan anda akan menjadi keluarga anda.
- Kewangan yang stabil amatlah penting di dalam sesebuah perkahwinan kerana nafkah zahir kepada isteri adalah tuntutan agama dan perbelanjaan untuk membesarkan zuriat amatlah besar dewasa ini.
- Seorang lelaki mesti sanggup untuk berubah dari kehidupan sebagai seorang bujang kepada kehidupan berkeluarga apabila mereka bersedia untuk berkahwin.
3 Apr 2010
Persediaan Bergelar Suami
Semua insan yang bercinta mesti impikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan sempurna. Di dalam sesebuah perkahwinan , suami adalah merupakan ketua keluarga dan memainkan peranan yang amat besar untuk menentukan hala tuju sesebuah perkahwinan tersebut. Persediaan yang cukup amatlah diperlukan bagi seorang insan yang ingin bergelar suami:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan