Sebagai seorang ibu , kita mesti memastikan gigi anak2 bersih dan cantik tersusun.Tetapi masalah akan timbul apabila mrk mula mencecah umur 6 tahun di mana gigi susu mula rosak dan akan diganti dengan gigi yang kekal. Kebanyakan anak2 cukup takut untuk berjumpa dengan doktor gigi sehinggakan bermacam helah dan janji terpaksa ditaburkan kepada anak2 ini semata-mata untuk dibawa berjumpa dengan doktor gigi. Apa yang menakutkan apabila gigi susu belum tercabut, tetapi gigi kekal dah mula muncul. Sebagai ibu, apa yang paling menakutkan ialah gigi anak akan menjadi jongang atau tidak tersusun cantik.
Sebagai seorang ibu, cabaran untuk menjaga gigi anak2 cukup mencabar. Hendak pastikan anak gosok gigi setiap pagi dah cukup membuatkan suasana pagi di rumah menjadi bising dan kecoh. Di waktu malam pula, hendak pastikan mereka menggosok gigi sebelum tidur cukup memenatkan.Bermacam-macam alasan direka cipta semata-mata hendak mengelak daripada menggosok gigi. Mungkin tidak semua ibu bapa menghadapi masalah seperti ini tetapi memang yang mengakui cukup susah untuk mengawasi pemakanan anak-anak supaya tidak mengambil makanan yang memudaratkan kesihatan gigi.
Apabila anak kita sudah memasuki alam persekolahan dan mempunyai duit saku sendiri , ibu bapa hanya mampu memberi nasihat sahaja supaya tidak membeli gula-gula atau ais krim yang merosakkan gigi , samada anak2 patuh atau tidak kita sendiri susah untuk pastikan. Tambahan pula , kebanyakan anak2 yang ibu bapa bekerja akan transit di day care atau nursery sebelum menyambung persekolahan di waktu petang dibekalkan dengan duit saku yang lebih oleh ibubapa yang prihatin.Anak2 pula bebas berbelanja apa saja yang ada di kantin sekolah atau koperasi dan ramai yang lupa dengan nasihat ibu bapa apatah lagi apabila sudah ada pengaruh dari kawan-kawan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan