Selepas je habis waktu keje, saya terus pulang.Biasanya hari Jumaat anak2 mmg balik rumah terus. Tak perlu duduk nursery smpi petang.Mengenangkan acik dan along demam, so saya mmg terasa sgt nak cepat sampai rumah tapi takde la smpi buat aksi drift. Sebenarnye mmg x sabar nak tgk keadaan mrk. Demam makin kuat ke atau dah reda dari semalam. Apabila mendengar bunyi pintu pagar dibuka, acik teruss bukak pintu , membuat laporan pertama, " mama..mama..dina buat kat acik , dina pukul...bla..bla...jgn kawan..bla..bla..".Belum sempat masuk rumah , dah start terima aduan.Belum abis lg acik buat laporan, Dina pulak menyampuk," mama..mama..acik degil...bla..bla..acik cakar...bla..bla...ambk barang..bla..bla...." Huhh...anak-anak...x kesian ke kat mama ni..kalau ye pun nak mengadu, tolong la bukak pintu ni dulu utk mama, tolong la angkat barang-barang mama dulu". Bila melangkah masuk, along terbaring depan tv, bantal berselerak...Tak smpt letak barang , acik dah nangis, dina dah cubit acik,cakar pipi acik." Dina!! cukup la tu, sakit acik tu!! acik pula dah balas pukul dina, bukk bukk.. kat belakang dina..Dua-dua menangis..Sakit nye hati , geram dah marah bercampur-campur.Sabar lah wahai hati! Geram sgt, terus naik atas, mandi.Biarlah diorang nak gaduh, budak-budak....Selepas mandi, sedang bersiap2,, tiba-tiba, : mama..mama..tgk dina ni..." Acik dah menjerit. Puk..pak...Buk...buk....Oh tidak!!! Tak boleh tahan nih. Terus turun bawah, acik dah pegang leher, dina kat tepi tangga. Muka dan leher acik dah calar, tangan dina pun sama calar..Dua orang ni mmg tak serik ni kalau marah je. Zup zup. hanger baju dah naik kat betis dina dan acik...dua-dua kena .Sekali lagi dua-dua menangis.. Berpuluh kali marah mereka buat tak endah, buat tak tau, mereka cari pasal lagi..Sebenar nya apa yang mereka nak? Buntu!!! Kenapa suka sgt nak bergaduh??? Kalau nak perhatian, tak kan mereka tak nmpk mama ni baru je masuk rumah, nak mandi. Belum smpat duduk nak bertanya kabar anak-anak..jiwa dah sentap!! Dina dah merajuk , menangis smpai tertido kat sofa, acik pulak menangis-nangis bila suruh mandi, pedih luka sbb dah calar-balar kat leher dan pipi...paksa jugak acik mandi , nantikan makin teruk pulak demamnya. tahan je la dengar tangisan smbil bukak paip mandikan dia . mulut sempat lagi membebel walaupun acik nangis pedih.Geram ,kasihan dan sayang bercampur-campur.Aduhaiiiiiiii sedih nyer hati ni tak terucap......
30 Apr 2010
Musim demam lagi
Pagi ni , cuma dina sorang je yang pg sekolah. Acik ngan along demam lagi.Nasib baik ari ni abah x keje.Risau jugak dina pg sekolah sorang. Mcm2 bende terbayang.Harap2 dina x apa2. Dia pun bukan main xcited lg nak pg sekolah.Pagi tadi, kalau dina x nak pg sekolah pun x kisah sebenarnya.Bagi can dia duk kat rumah.Lagipun hari Jumaat mmg kelas abis awal. 12.30 dah balik rumah.
Bila anak demam mmg risau tambah lg keadaan skrg ni , H1N1 datang lagi..Semoga anak-anak dijauhkan segala yang buruk-buruk aaaaaaaminnnn.
27 Apr 2010
Cuti sekolah datang lagi
Ding dong ding dong ... dah nk setengah tahun dah berlalu. Nnti bulan Jun pulak sekolah lagi cuti 2 minggu. Anak2 mmg hepi sungguh bila bayangkan cuti sekolah. Alisa asyik baca pamplet dan broshure pasal tmpt2 nak bercuti je. Jap2 ckp pasal Sun way la , pasal genting , mandi kolam , naik bot dan mcm2 lagi. Bagi mrk, senang nyer nak pg bercuti......
Cuti sekolah 2 minggu mmg x plan nak balik kg mcm biasa. Lagipun, nak ajar kids berdikari skt skrg ni. Tp acik x xcited sgt nak balik kg spt alisa dan dina, mgkn kecik lg kot. Lgpun acik ni asyik nak duk bwh ketiak mama je ...dah 5 tahun pun , nak berkepit ngan mama lg.
Bila sbt pasal bercuti mesti nk kena kira bajet nih.. mana yer tmpt yg sesuai utk kids, selesa, selamat dan mengikut bajet yg ada yg so so la. Sejak kids dah besar ni, kalau nak sewa hotel mesti kena xtra bed ni. Kalau 2 bilik pun sure along x mau tido asing, penakut yg amat la sorang tu. fening....fening. Sblm ni asyik2 pg water theme park pun boring gak kan. Kalau pg pantai, sure hangus kulit nnti..Nk pg mane yer ?????????
22 Apr 2010
Gigi Susu Dina ....
Semalam , bila smpi rumah slps ambik kids kat nursery, dina asyik ckp " mama...tolong cabut gigi dina ni, dina dah penat nk goyang dia" Woww.... .dalam hati terdetik jgk ini lah anak, bg dia mama dia ni boleh buat smua benda, boleh settle smua masalah dia. "Dina goyang dulu, nnti mama abih masak, baru mama tolong".Nak sedap kan hati dina sbnrnye. Tup..tup.. tgh sibuk masak dina dtg..mama..mama ..tgk gigi dina ni ,,alahai lg skt lg nk tanggal ! Dina tarik kuat skt lg, dah x skt kan...., dgn penuh smgt nih.. akhirnye, berjaya juga dina mencabut gigi susu nyer sendiri....alhamdulillah....selamat bajet mama....dah tercabut sendiri gigi nyer..Dina ni penakut skt kalau nak compare ngan kak long... time kak long dulu , pernah skali je cabut gigi ngan doktor , lps tu dah serik x nak jumpa doktor dah....bila dia bgtau gigi dia goyang , cukup je ckp mcm ni , kalau x cabut jgk gigi tu , hujung minggu ni kita jumpa doktor gigi. Sure sblm hujung minggu pasti akan tercabut jgk gigi tu...takut benor dia nk cabut cabut gigi dgn doktor. Sbnr nyer, kids ni gerun je lbh time dgr nk jumpa doktor..
Inilah karenah anak2 saya..kadang 2 lucu , kadang2 kesian,,dan kadang2 blh naik darah tinggi dibuat nyer...kids is always kids......
19 Apr 2010
Puding Mangga Masam Manis
Bahan-bahan :
250gm buah mangga ( dipotong kiub)
100gm gula
1 biji telur
500ml susu cair
250ml krim UHT
70gm gelatin ( dicairkan dgn sedikit air)
Cara-cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan ( kecuali gelatin) dan kacaukan sehingga sebati.
Masukkan gelatin ke dalam bahan-bahan tadi.Kacau sehingga sebati.
Sejukkan di dalam peti aisdan biarkan adunan menjadi beku sebelum dihidangkan.
Kencing Tikus dan Air Tebu
Semenjak akhir2 ni ada mcm2 penyakit yg mengerunkan muncul. HINI la, Denggi berdarah dan Kencing tikus. Saya nak share satu info pasal kencing tikus dan kaitan dgn air tebu. Hati-hati , apabila rasa dahaga dan tetiba terpandang pulak gerai air tebu kat tepi jalan. Jom kita fikir - fikir jap .................
Tebu biasanya ditanam di kg2 , mesti gunakan lori bila peraih dtg beli kat kebun. Tebu ni tumbuhan yg lasak jadi, biasanyer tebu boleh di letak kat mana2 je ,kdg2 kat tepi longkang pun jadik sementara nak tunggu stok tebu habis dibeli oleh penjaja. Cuba bayangkan semasa tebu ni di letak di tepi2 jalan, longkang atau tepi2 beranda rumah, tebu ni dah berkongsi tmpat yg juga menjadi habitat bg haiwan yg bernama TIKUS !!!! Penjaja pulak tanpa pedulikan tebu tu bersih ke tidak, buang skt2 kulit keras tanpa dibasuh terus masuk mesin .Terus jd air tebu yg manis dan best..Pernah tak kita terfikir tebu tu pernah dikencingkan tikus atau air tebu yang diminum itu dah bercampur dgn air kencing tikus !!!
Mencegah lebih baik dari mengubati..Fikir-fikirkan lah................
16 Apr 2010
Tomato Ceri Asam Boi
Hai kawan2, saje nak syer ngan uols resepi baru he he...Resepi yang paling ringkas lagi bagus untuk org yang mahu kurus...( ada ke yg x mau kurus nih?) Resepi ni introduced by my fren yg pg holiday kat Taiwan bulan lepas. Skrg ni tgh minat betul makan benda ni.
Bahan2 nyer , tomato ceri & asam boi sahaje.
Cara nya , potong tomato ceri kat hujung , kdian, selitkan asam boi seperti dlm gmbr tuh. Pastu , masukkan dlm fridge jap bg sejuk. Last kali apa lagi, makan la...Peringatan !!! jgn terlebih mkn pulak nnti asyik ulang-alik ke txxxxt pulak .
13 Apr 2010
Takdir dan Ketentuan
Perkara yang telah ditakdirkan untukku pasti aku dapat walaupun aku lari daripadanya, dan perkara yang ditakdirkan bukan untukku pasti tidak dapat walaupun aku bersusah payah mengejarnya.
~ Abu Hazim Al - MAlikki (Aulia)
12 Apr 2010
Puding Buah-Buahan
Bahan-bahan :
- 2 cawan tepung kastard
- 12 cawan air
- 3/4 cawan gula
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 tin buah-buahan campur
- Masukkan tepung kastard dalam periuk dan campurkan air.
- Kacau sebati dan jangan bagi berketul.
- Masukkan susu pekat manis.
- Masukkan gula dan kacau sebati.
- Hidupkan api sederhana besar,kacau sehingga likat
- Setelah masah, tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam peti sejuk.
- Untuk kuah, Kacau susu cair dan air di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
- Akhir sekali, keluarkan puding dari peti sejuk, taburkan buah-buahan di atasnya. Tuangkan susu ke atasnya.
Spagetti Mama Alia
Bahan-bahan :
- 250gm spagetti, direbus dan toskan.
- 100 gm daging ayam kisar.
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 50gm keju mozarela
- 100 gm tomato , dikisar
- 2 sudu makan tomato puri
- 1 2 ulas bawang putih
- 1 cawan stok ayam
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga perang.
- Masukkan daging ayam kisar, kisaran tomato dan tomato puri.Kacau sebati.
- Masukkan stok ayam,garam dan lada hitam.
- Masukkan spagetti dan keju mozarela. kacau seketika sehingga sebati.
- Angkat dan sedia dihidangkan.
Sambal Gesek Ikan Bilis
Bahan-bahan:
- 50gm ikan bilis
- 15 biji cili api
- Sedikit air asam jawa
- Sedikit perahan air limau nipis
- Sedikit garam halus
- Tumbuk cili padi dan ikan bilis sehingga lumat.
- Setelah lumat masukkan perahan air asam jawa dan limau nipis.
- Masukkan sedikit garam halus dan kacau sehingga sebati.
Sambal Tempoyak
Bahan-bahan :
- I mangkuk tempoyak
- Sedikit udang basah
- 3 ulas bawang merah
- 5 biji cili api ( kalau tahan pedas, tambah kuantiti).
- 2 batang serai di potong halus-halus
- Sehelai daun kunyit dipotong halus
- Sedikit garam
- Tumbuk bawang merah dan cili api sehingga lumat.
- Tumiskan bahan yang ditumbuk bersam udang basah, masukkan serai.
- Masukkan tempoyak dan daun kunyit , kacau seketika.
- Masukkan garam secukup rasa.
Sambal Belacan
Bahan-bahan :
- 8 - 10 biji cili merah, dibuang biji.
- 2 - 4 biji cili api
- 1 sm belacan , bakar seketika.
- Perahan limau kasturi boleh ganti dengan hirisan mangga muda
- Garam secukup rasa
- Sedikit gula
- Tumbuk sehingga lumat semua bahan di atas sehingga sebati.
Hilangkan Jerawat
Ramai di kalangan wanita mahupun lelaki mengalami masaalah jerawat di muka. Untuk hilangkan jerawat , ambilkan beberapa helai daun jambu batu, dibasuh bersih lalu ditumbuk halus sehingga lumat. Campurkan dengan sedikit air dan sapukan ke seluruh wajah seperti masker. Setelah kering, cuci muka dengan air yang bersih. Amalkan selalu untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Ikan Siakap Kukus
Resepi ni mmg favourite kami sefamili, lgpun resepi ni bagus untuk org2 yg prihatin ttg kesihatan.
Bahan-bahan :
Cara -cara :
Bahan-bahan :
- Seekor ikan siakap yang sederhana size nyer. Agak2 boleh muat periuk pengukus.
- 5 batang serai.
- Sedikit cili api .Kalau sapa2 tahan pedas boleh letak byk2.
- 6 ulas bawang putih , di ketuk je.
- 6 ulas bawang merah , dipotong nipis.
- 2 inci halia muda dipotong nipis2.
- 5 ketul asam boi yang lembut dan besar.
- Garam dan gula secukup rasa.
- Perahan limau nipis.
Cara -cara :
- Mula2, panaskan air di dalam periuk pengukus. Air mesti boleh menenggelamkan ikan.
- Apabila sudah cukup panas, masukkan serai, bawang putih, bawang merah dan halia.
- Kacau kuah sehingga sebati, kemudian masukkan ikan ke dalam kuali .Masukkan sedikit garam dan gula.Tutup kuali seketika.
- Masukkan cili api dan asam boi.
- Selepas lebih kurang 10 minit, agak air dah boleh jadi kuah, dan ikan dah cukup masak, padamkan api, kemudian perahkan air limau nipis ke dalam periuk.Kacau seketika dan
- Angkat serta hidangkan.
Heart Of the Matter
Truly in the heart ,there is a sadness that cannot be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to him.
And in it there is an emptiness that cannot be filled except with love for Him...
~ Ibn Al Qayyum
10 Apr 2010
Appreciating Our Past
It is easy to be negative about past mistakes and happiness.But it is much more healing to look at ourselves and our past in the light of experience , acceptance and growth.Our past is a series of lessons that advance us to higher levels of living and loving. The relationships we entered, stayed in or ended taught us necessary lessons.
Some of us have emerged from the most painful circumstances with strong insights about who we are and what we want. Our mistakes? Necessary. Our frustrations, failures and sometimes stumbling attempts at growth and progress? Necessary too. Each step of the way, we learned.We went through exactly the experiences we need to, to become who we are today.Each step of the way, we progressed. Is our past is mistake? No! The only mistake we can make is mistaking that for the truth.
Today, thanks god, help me let go of negative thoughts I may be harboring about my past circumstances or relationships.All that has brought me to today.
Sardin Masak Sambal
Sardin masak sambal. Kali kedua masak sardin mcm ni. Sblm ni kami sekeluarga jarang makan sardin jadikan lauk nasi, cuma untuk buat sandwich saja. Bila kwn2 asyik ckp sardin masak sambal sedap, so cubalah buat tapi x de letak apa cuma sardin semata dgn cili api. Tapi sedap jgk.( puji sendiri...hi hi..).Tapi biasanya resepi ni kena tambah kentang atau tempe. Boleh je kalau nak cuba. Very simple....sesuai bg org yg malas duk dapur atau yg x tahan lapar sbb sekejap je masak ni.
8 Apr 2010
12 Ways to Lighten Up
Approaching your life with non-serious attitude gives you a clearheaded view off difficulties and the energy to deal with them.Problems are easier to solve , people are more cooperative and you feel more relaxed.You probably live longer and more successfully , as well.
Try these ideas until you find one that lightens you up.
Try these ideas until you find one that lightens you up.
- Deliberately turn a molehill into a mountain. make a big deal out of a little problem." I would feel much better if these papers were stacked exactly like this ! Not like that ! Not this ! This !
- Ask yourself, " Is getting serious about this situation really going to improve it ?"
- Focusing on the positives. " what is right about this situation?" " What else is right ?" " What else?"
- Consider a complete, major change. For example, go back to school , move to ocean, start a new career.
- Ask yourself, " When I'm on my deathbed, will I be glad I was so serious about ______?"
- A challenging game is much better than no game at all. So consider losing all aspects of the problem.Examples : You feel serious about family problems. You ask yourself, " Well, What if I had no family at all?"
- The size of your problem may match the size of your game.So get a bigger game.Set some huge goals.Succeed by thinking much, much bigger.
- Stop trying to solve the problem that is making you so serious.Certain types of problems solve themselves if you leave them alone.
- Compare what you are doing to other careers. Imagine being a septic tank drainer or a tax collector.
- Make everyone around you lighten up.
- Look a bizarre solutions. What is the craziest way you could solve your problem? What solution, if it worked, would make you laugh out loud?
- Act stupid for a minute. Let down your hair. Be a goof !
3 Apr 2010
Perbezaan Mutiara Asli dan Tiruan
Mutiara Asli
Tahan apabila dibakar , apabila digigit terasa pasir dan tidak tercalar
Mutiara Tiruan
Terbakar apabila dibakar tetapi tidak cair.
Tahan apabila dibakar , apabila digigit terasa pasir dan tidak tercalar
Mutiara Tiruan
Terbakar apabila dibakar tetapi tidak cair.
Persediaan Bergelar Suami
Semua insan yang bercinta mesti impikan sebuah perkahwinan yang bahagia dan sempurna. Di dalam sesebuah perkahwinan , suami adalah merupakan ketua keluarga dan memainkan peranan yang amat besar untuk menentukan hala tuju sesebuah perkahwinan tersebut. Persediaan yang cukup amatlah diperlukan bagi seorang insan yang ingin bergelar suami:
- Mempunyai fizikal yang sihat penting kerana anda bukan sahaja menjaga diri sendiri tetapi juga isteri dan anak-anak yang bakal lahir.
- Kekuatan mental untuk menghadapi pelbagai ranjau dan halangan dalam kehidupan berumah tangga. Semua perkahwinan akan diuji dengan pelbagai dugaan.
- Ilmu yang cukup untuk mengemudi bahtera kehidupan. Terlalu banyak hati dan perasaan yang perlu di jaga apabila anda berkahwin.Keluarga pasangan anda akan menjadi keluarga anda.
- Kewangan yang stabil amatlah penting di dalam sesebuah perkahwinan kerana nafkah zahir kepada isteri adalah tuntutan agama dan perbelanjaan untuk membesarkan zuriat amatlah besar dewasa ini.
- Seorang lelaki mesti sanggup untuk berubah dari kehidupan sebagai seorang bujang kepada kehidupan berkeluarga apabila mereka bersedia untuk berkahwin.
Tips Untuk Kelihatan Cantik Di Hari Bahagia
Semua bakal pengantin ingin kelihatan cantik di hari bahagia masing-masing dengan bentuk tubuh yang ideal , kulit yang cantik muka cantik dan berseri ditambah lagi dengan persalinan yang memikat tetamu yang hadir. Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk para bakal pengantin :-
- Pengambilan makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien. Tubuh kita memerlukan 40 jenis nutrien menjamin kesihatan yang maksimum.
- Pastikan mengambil pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran secukupnya dalam menu harian anda dan jangan terikat dengan beberapa jenis yang menjadi kesukaan anda sahaja.
- Amalkan pengambilan bijiran dalam diet harian anda .Bijiran seperti oat dan roti amat bagus dan akan memberi impak yang besar dalam pengawalan berat badan anda.
- Jangan takut untuk makan ayam atau daging tetapi pastikan dalam kuantiti yang terkawal dan kulit ayam dibuang terlebih dahulu.
- Anda digalakkan memakan pelbagai jenis makanan dengan cara masakan yang betul dan bagus untuk kesihatan seperti mengukus, memanggang dan membakar di mana ia dapat mengurangkan pengambilan kolestrol.
- Jangan sekali-kali takut untuk meminum susu dan pilihlah susu rendah lemak kerana kepentingannya untuk tulang yang sihat. Anda disaran meminum 2 cawan susu tanpa lemak sehari dan boleh digantikan dengan yogurt atau keju.
- Hadkan pengambilan lemak di dalam menu harian anda. Sekiranya ingin menggoreng makanan cukup menggunakan minyak dengan kuantiti yang sedikit dan digalakkan menggunakan minyak sayuran .
- Jauhi jajan atau snek. Sekiranya teringin memakan snek, cubalah makan snek yang rendah lemak dan berkualiti seperti sandwich , bertih jagung dan kekacang.
- Makan dalam saiz hidangan yang kecil dan minum banyak air putih.Kita digalakkan meminum secawan air putih sebelum menjamah hidangan supaya boleh mengelakkan kita terlebih mengambil makan disebabkan terlalu lapar.
Kesihatan gigi anak kita
Sebagai seorang ibu , kita mesti memastikan gigi anak2 bersih dan cantik tersusun.Tetapi masalah akan timbul apabila mrk mula mencecah umur 6 tahun di mana gigi susu mula rosak dan akan diganti dengan gigi yang kekal. Kebanyakan anak2 cukup takut untuk berjumpa dengan doktor gigi sehinggakan bermacam helah dan janji terpaksa ditaburkan kepada anak2 ini semata-mata untuk dibawa berjumpa dengan doktor gigi. Apa yang menakutkan apabila gigi susu belum tercabut, tetapi gigi kekal dah mula muncul. Sebagai ibu, apa yang paling menakutkan ialah gigi anak akan menjadi jongang atau tidak tersusun cantik.
Sebagai seorang ibu, cabaran untuk menjaga gigi anak2 cukup mencabar. Hendak pastikan anak gosok gigi setiap pagi dah cukup membuatkan suasana pagi di rumah menjadi bising dan kecoh. Di waktu malam pula, hendak pastikan mereka menggosok gigi sebelum tidur cukup memenatkan.Bermacam-macam alasan direka cipta semata-mata hendak mengelak daripada menggosok gigi. Mungkin tidak semua ibu bapa menghadapi masalah seperti ini tetapi memang yang mengakui cukup susah untuk mengawasi pemakanan anak-anak supaya tidak mengambil makanan yang memudaratkan kesihatan gigi.
Apabila anak kita sudah memasuki alam persekolahan dan mempunyai duit saku sendiri , ibu bapa hanya mampu memberi nasihat sahaja supaya tidak membeli gula-gula atau ais krim yang merosakkan gigi , samada anak2 patuh atau tidak kita sendiri susah untuk pastikan. Tambahan pula , kebanyakan anak2 yang ibu bapa bekerja akan transit di day care atau nursery sebelum menyambung persekolahan di waktu petang dibekalkan dengan duit saku yang lebih oleh ibubapa yang prihatin.Anak2 pula bebas berbelanja apa saja yang ada di kantin sekolah atau koperasi dan ramai yang lupa dengan nasihat ibu bapa apatah lagi apabila sudah ada pengaruh dari kawan-kawan.
Langgan:
Catatan (Atom)