27 Okt 2011
Genting - episod 4
Genting - episod 3
Genting - episod 2
Genting - episod 1
excited sangat dapat peluang macam ni, hasilnya hampir 2 kilo..
25 Okt 2011
Cuti Cuti Malaysia sudah bermula..
19 Okt 2011
MAS will take over Firefly jets
Petaling Jaya : Firefly will continue to use its turboprop aircraft to operate - short -haul services from Subang and Penang , while its jets will be taken over by Malaysian Airlines ( MAS) and redeployed into MAS operations by Dec 4 for its short-haul premium full-service offering.
The takeover also address the issue of continuing heavy losses incurred by Firefly jet operations.
Source : StarBiz
Durian belanda mampu membunuh sel kanser ?
Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.
17 Okt 2011
Hujung minggu yang santai
14 Okt 2011
Wad CCU IJN
Jumaat sudah
Satu perkara yang best adalah esok saya cuti heheh...( itu je yang lebih kan:D)
Last saturday kena kerja so hopefully, this weekend dapat rest secukupnya..lalala...# perasan ada bibik x payah buat keje rumah ke?#
Bila weekend mesti ada plan kan..
So, kitorang punya planning hujung minggu ni ....
1. Nak tukar skrin Iphone4 hubby yang dah retak seribu...( dah pakai cover pun blh retak lagi tu )
2. Pergi melawat kampus...( 3 orang anak buah & 1 org adik ..)
3. Pergi Kem Mokhdar di Rawang ( plan utk puteri sulung )
4. Pergi trade in laptop yang dah berkurun tak digunakan. ( ada value lagi ke ? )
5. Window shopping heheh... agenda yang paling best bagi ai....
Banyakkan perancangan tapi tak tau mana yang berlaku..
Selamat berhujung minggu untuk semua...:D
10 Okt 2011
600 usahawan muda dicari
Program ini akan menjelajah ke 13 negeri di seluruh negara selama 6 tahun yang turut disertai dengan franchaisor tempatan yang terpilih.
menteri Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri berkata, program turun padang itu sebagai inisiatif kerajaan mempromosi peluang perniagaan francais kepada semua lapisan masyarakat terutama golongan belia dan lepasan ijazah.
Bagi membantu usahawan, Perbadanan Nasional Berhad ( PNS) akan turut serta bagi menyediakan dana pinjaman kecil di bawah Program Pembanguna Francais bagi nilai sehingga RM 50,000.00 dengan kadar faedah yang lebih rendah berbandingg institusi kewangan.
~ Sumber Harian Metro 10, Oktober 2011
p/s : Kekadang terfikir juga sampai bila mau kerja dengan orang ???
Di manakah nilai kasih sayang...??
Laporan dari Harian Metro hari ni , seorang kakak kandung sanggup membelasah adik sendiri sehingga maut hanya kerana emas kepuyaannya yang digadai tidak dapat ditebus balik.
Sedih dan terharu saya membaca berita macam ni.Adik beradik yang mempunyai talian darah sanggup bertelagah hingga sampai tahap membunuh demi kerana harta dan wang.
Di manakah nilai kasih sayang mereka?
Antara adik beradik sepatutnya saling membantu sesama sendiri dan bertolak ansur dalam menyelesaikan apa jua masalah.
Setau saya, gadaian akan selamat selagi kita tetap membayar upah simpannya.Dan gadaian juga boleh dilanjutkan tempohnya.Sesiapa yang terlibat dalam gadaian mempunyai masa untuk membayar balik nilai gadaian.Hanya kes yang sengaja tak mau bayar saje yang sampai pada tahap kena lelong.
9 Okt 2011
Korang dah bfast ke? Kami dah..
Pagi ni breakfast kami simple je,
Kuetiaw goreng , roti ,sosej dan telur separuh masak.
Anak-anak kurang sihat jadi dorang nak makan telur je ngan sosej dan air tea o panas.
Skrg tengah fikir tengahari nak masak apa atau tak perlu masak apa-apa?
Masak untuk bfast td pun belum abis lagi tau.
Kalau pg makan steambot pun ok ni, bagus untuk anak yg tak berapa nak sihat sangat tu.
Bagi berpeluh dan harap-harap terus kebah demamnya..
8 Okt 2011
Ramaikan Follower , Dapatkan Pembaca
mood santai sudah datang
Dan pagi ni juga tetiba didatangi mood untuk bersantai pulak.
Terbayang kalau lah ketika ini......(# sambil pejam mata ni #)
Berada di hadapan kolam renang di sebuah hotel
Berada di tepi pantai dengan tiupan angin bayu yang sepoi-sepoi
Berada di tepi beranda hotel di kawasan tanah tinggi
Berada di spa dan sedang dimassage satu badan
Kulit wajah pula dibelai oleh tangan yang lembut......
Oh alangkah indah nyer...ehmmm...
Kalaulah hubby tak sibuk mahu je ambik cuti sekarang dan balik pack barang lalu menuju ke sebuah destinasi....
yang sejuk , nyaman dengan udara segar , jauh dari suasana bising dan makanan yang besttt.......
Cameron?
Genting?
Sabah?
Hanoi?
Bali?
Korea?
Jepun?
.............
Peribadi kita...
1. Cara berpakaian
2. Cara percakapan
3. Cara pergaulan
Jika elok ketiga-tiga ini, maka dikatakan kita ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah SWT.
7 Okt 2011
Rendahkan hati dan maafkanlah...
6 Okt 2011
Kondom untuk mangsa banjir
Lima helikopter mula menghantar bantuan perubatan dan keperluan lain dari Kementerian Kesihatan di Bangkok ke tujuh lokasi di Wilayah tengah Lop Buri yang teruk dilanda banjir.
Sukarelawan tempatan memberitahu bahawa penduduk kampung tiada aktiviti untuk dilakukan, jadi untuk menghalang kemungkinan meningkatkan kes kehamilan, bekalan kondom turut ditambah.
~ AFP
5 Okt 2011
Dendam itu Indah ?????
Jom kita fikir-fikirkan adakah dendam itu indah????
dan renungkan juga pesanan ini,
Jangan lawan api dengan api , nanti musnah.
Lawanlah api dengan air barulah api musnah.
Jangan lawan marah dengan marah , dua-dua akan musnah
Lawanlah marah dengan maaf,
Maaf mengalahkan ammarah...
~ pesanan dari ustaz Mohd Zawawi Yusoh
saya tetiba teringat lagu Aisyah ~ Kemaafan dendam yang terindah
Suka lagunya, liriknya , suaranya dan maksud yang tersirat di sebaliknya..
2 Okt 2011
Ibubapa juga mampu membantu anak yang sedang periksa....
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG
Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.
Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.
Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.
Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Wasallam.
By: MataHati AinulQalbi
Share
zumba
Video zumba
Hari ni tak ade mood nak pegi gym.Nak buat exerise pun malas jadi layan aje video zumba ni.Banyak betul stamina diorang ni kan.
Layannnnn....
Breakfast yang heavy..
Memang kenyang sampai petang ni..
Jemput semua bersarapan...:)
30 Sep 2011
canggih tapi ....
ada sapa2 yang mahir tak ?
tolong share kalau ada sapa-sapa yang terror tentang masalah ni yee..
Jasa mu pasti dikenang..chewahhh.
28 Sep 2011
Wanita dan emas
Bila wanita mendapat emas?
25 Sep 2011
Nasi Arab
24 Sep 2011
Sunyi nyer kat gym
22 Sep 2011
Open house...open house
Bulan Syawal memang penuh dengan acara makan-makan.Tidak cukup hujung minggu, hari-hari biasa pun ada juga jemputan.Rezeki murah di bulan Syawal kan..
Walaupun banyak acara makan-makan yang memang memang menggoda selera , kita mesti sentiasa beringat tentang tahap kesihatan kita.Ramai yang naik badan ketika cuti raya seminggu hari itu ( termasuk saya tu ....:) ). Seminggu ketika raya kat kampung memang all out juga makan. time bukak puasa yang betul-betul mencabar nyer. Semua juadah yang pure kat kampung je dapat jadi makan kena bersungguh sikit.Masa sebulan berpuasa turun 2 kilo , bila raya seminggu naik 2 kilo hu hu...so berat sama balik macam sebelum puasa.
Bila pergi open house, saya biasa elakkan makan nasi dan yang berat.Tapi bila tuan rumah sediakan nasi arab atau nasi dagang untuk makan malam saya tetap jugak makan. Sebabya memang faveret dan teringin nak makan huhhh.....tak boleh kawal nafsu betul kan. So. macamana badan tak naik ????
Minggu ni, saya dah start pegi gym balik.Azam untuk mencapai berat paling ideal saya untuk tahun ini 55kg masih berkobar-kobar ni.Hujung bulan Disember ni harap2 boleh capai huhhh.... Suasana gym memang sunyi sikit sekarang ni sebab masih ramai lagi yang masih dalam mood raya.
Suasana raya....
Raya dah habis dan semua dah pulang dari kampung halaman untuk tugas dan tanggungjawab yang menanti. Tahun ni memang cukup puas hati dengan cuti raya yang agak panjang dan dapat lama sikit bermesra dengan mak ayah dan sedara kat kampung. Hari raya memang cukup indah kan ...:D.
Suasana raya saya memang sama saje dengan tahun-tahun lepas cuma tahun ni bertambah ahli dan tentunya menjadi lebih meriah dengan kehadiran ipar baru dan anak buah baru. Bajet duit raya pun asyik bertambah juga setiap tahun hu hu...
Aktiviti hari raya , bermula dengan solat Aidilfitri. Syukur sangat dapat pergi sembahyang raya tahun ini sebab sudah hampir 5 tahun saya tidak dapat menjalani ibadat ni.Rasa macam dapat bonus pulak raya kali ini sebab bila dapat pergi sembahyang raya selain ianya satu ibadat, kita mesti dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan lama yang masing-masing sudah berhijrah meninggalkan kampung halaman dan tentunya memang susah sangat nak jumpa. Bila jumpa kawan-kawan lama topik utama mesti pasal anak. Masing-masing sudah mempunyai famili dan gembira dengan kehidupan masing-masing. Kagum juga bila melihat kawan-kawan yang suatu ketika dulu sama-sama main pondok-pondok sudah menjadi ' orang besar ' sekarang. Bukan badan je yang besar he he he...
Semasa perjalanan pulang dari masjid , kami akan singgah bersalam di rumah sedara yang mempunyai warga emas yang tak berpeluang untuk menunaikan sembahyang di masjid. Bila sampai rumah , perut dah penuh sebab setiap rumah yang disinggah mesti kena rasa walaupun sedikit juadah yang disediakan...indahnya suasana bila hari raya di kampung....
Di rumah pula bermula sesi bermaaf-maafan dan juga sesi bergambar beramai-ramai. Kemudian aktiviti makan makan yang tak pernah habis dan seterusnya aktiviti ziarah .Hari raya pertama kami sekeluarga memang peruntukkan untuk menziarahi warga emas dalam famili. Aidilfitri tahun ini juga turut memberi duka kepada keluarga besar kami dengan perginya seorang sepupu secara tiba-tiba.Al-fatihah untuk arwah semoga tergolong dalam umat yang mendapat rahmat dari-Nya.Memang sudah ditakdirkan untuknya pergi ketika semua keluarga berkumpul beramai-ramai.
Hari raya yang seterusnya pula giliran kami menerima tetamu dan juga menghadiri majlis rumah terbuka sehingga cuti habis dan pulang menyambung tugas yang menanti.
Bagi saya, hari raya satu hari untuk kita bergembira dan bersyukur dengan nikmat dan kebahagian yang kita perolehi. Di samping itu kita perlu bersihkan hati dari segala dendam dan sakit hati dengan bermaaf-maafan.Lupakan segala sengketa lama dan suburkan silaturrahim sesama kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
untuk semua.
28 Ogo 2011
Kampung Oh kampung
Lama betul tak update blog ni, tapi apa nak buat tuntutan kerja yang begitu memenatkan perlu didahulukan dan juga kerana bulan Ramadhan yang hanya datang setahun sekali ini terasa perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya kerana kita belum pasti adakah kita masih sempat untuk melalui bulan Ramadhan yang berkat ini di masa akan datang.
Pagi ini , saya telah berada di kampung.Suasana pagi ini amat sejuk sekali.Baru selesai bersahur ni.Memang terasa sangat berbeza keadaannya dengan kawasan kejiranan tempat saya bermastautin di N.Sembilan.Kampungku...tanah tumpah darahku....
Aktiviti pagi ni, pergi pasar borong untuk mencari barang-barang untuk membuat ikan bakar dan sotong pulut.Tengahari, akan pergi rumah adik untuk buat kuih raya dan petangnya, akan pergi ke Pasar chabang Tiga untuk mencari juadah berbuka....
Korang bila balik kampung??
Hati- hati memandu semua......
13 Ogo 2011
Mood raya dah datang
Terasa lama sangat tak update blog ni.Dek terlampau sibuk dengan kerja dan tambah lagi penat dan mengantuk di bulan puasa ni jadi blog kurang update seketika. Tambah2 nanti nak berhari raya mesti nak cuti panjang, awal2 lagi da rasa semput untuk selesaikan deadline dan apa yang patut.Sekarang-kurangnya sepanjang bercuti nanti kita tidak akan membebankan rakan yang bekerja. Harap semuanya berjalan seperti yang yang di rancang insyaallah...
Sekarang mood nak beraya dah mula datang.Bonus ntuk kakitangan kerajaan PM dah umumkan.Jadi semangat ntuk bershopping mesti sakan sikit kan.Walaupun saya dan hubby bukan kakitangan kerajaan, tapi kami pun tetap gembira dengan rezki yang diterima oleh kakitangan kerajaan.Terasa lebih meriah raya apabila poket tebal kan.Anak2 pun mesti syok nanti dpt duit raya dari uncle dan untie yg keje gomen kan he he....sempat lagi menaruh harapan!!!!!
Sebenarnya hanya saya dan seorang adik je dalam famili saya yang tak keje gomen.Jadi taun ni bila gomen dapat bonus, anak2 dapat duit raya best la ( terukkan saya ni...he he..)Tapi mereka mesti tak syok sikit sebab bila time dapat bonus PM siap kompang satu dunia jadi semua orang tau, tak boleh nak sorok-sorok.Tapi bila kita orang yang kerja swasta dapat bonus, kitaorang diam-diam sajork hehe...kesian kat diorang.
Apa apapun, kita mesti sentiasa bersyukur dengan rezeki yang kita dapat dan sentiasa beringat bila berbelanja di samping itu jangan lupa pada insan yang tidak bernasib baik di sekeliling kita...
Selamat bershopping ntuk semua.....:)
6 Ogo 2011
Hari ini sudah masuk hari ke 6 umat islam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah, nampaknya di tahun ni, semua anak2 dah dapat melakukan ibadat puasa dengan baik walaupun keletihan jelas terpancar di wajah masing2.Sebagai ibu saya cukup bersyukur sebab acik, anak saya yang paling kecik sudah mampu berpuasa di usia 6 tahun.Mungkin faktor kakak2 yang berpuasa jadi dia yang tak mau kalah dengan kakak2 nya turut jugak berpuasa.
Hari ni, weekend pertama di bulan puasa. Lepas sahur,saya biarkan anak2 tidur sampai mereka terjaga hampir nak masuk tengahari.Aktiviti mereka hari ni di rumah hanyalah tgk tv , tgk movie dan main games je le.Itu je la antara aktiviti2 untuk elakkan mereka dari terfikir tentang makanan dan minuman.Hari sekolah dipenuhi dengan aktiviti sampai petang jadi mereka tak terasa sangat lapar dan rasa masa cepat berlalu.
Tentang berbuka puasa pulak, kami sekeluarga tidak makan nasi sewaktu berbuka dan biasanya anak2 suka pilih roti john atau makanan selain nasi je.Nasi berlauk adalah wajib ketika sahur sebab nak bagi tahan lapar sepanjang hari...Kami sekeluarga juga tidak ghairah sangat dengan kuih -muih yang pelbagai jenis di bazar Ramadhan.
Hari ni, kami tak plan lagi nak berbuka kat mana, semalam anak2 minta berbuka puasa kat MD.Ramai jugak yang berbuka kat MD, Nilai tu lagipun tempat tu memang agak dekat dengan masjid.Lepas berbuka terus ke masjid baru Nilai untuk solat Maghrib dan terawih sekali malam tu.
Semoga kita semua dapat menjalani bulan yang mulia yang penuh keberkatan ini dengan sebaiknya...insyaallah.
1 Ogo 2011
Hari pertama puasa
Macamane puasa hari ni?Ada anak2 yang baru belajar berpuasa tak ?? Tentu ada macam2 ragam diorang kan.
Pagi tadi cuaca agak redup sikit tapi tengahari dah panas terik pulak. Taun ni anak ke-3 saya dah start belajar puasa. Taun lepas hanya mampu 2 hari je and then demam , lepas tu terus tak puasa. Malam tadi Acik excited bangun sahur. Baguss...bersemangat nak puasa, harap Acik dapat bertahan taun ni...
Anak ke - 2 , umur 8 taun dah start berpuasa dari taun lepas tapi tak penuh sebab demam jugak. Cabaran berpuasa bagi anak2 adalah bila cuaca yang panas dan tak cukup minum air dan badan akan panas sangat dan akhirnya demam.Bila demam memang tak berpuasa la kan.Adina ni memang susah nak kejut bangun sahur sampai kena dukung bagai dari tempat tidur. Bangun pagi nak pergi sekolah pun sudah bermasaalah apatah lagi nak bangun sahur , memang perit sangat nak pujuk dia bangun sahur.kalau tersilap cara , langsung tak nak bangun.Nak tak nak kena bersabar jugak kejutkan dia sebab saya target dia dah boleh berpuasa penuh kalau dia bangun sahur.
Anak sulung saya memang dah berpuasa sebelum ni tapi taun lepas tinggal 2 hari sebab demam.Jadi taun ni harap2 along dapat berpuasa penuh. Insyaallah...Along ni tak susah sangat nak bangun sahur dan memang kategori lalu je makan walaupun waktu pagi.Berpuasa memang cabaran bagi along sebab along memang suka makan.Harap along akan dapat turunkan sedikit berat dan jadi lebih selim ye....Kitakan dah janji nak kurussss...he he...
29 Jul 2011
i am back !!!
Lama betul tak update blog ni cuma blogwalking je bila sempat...:)
Alhamdulillah..anak2 semua dah sihat. Lepas sorang-sorang demam panas. Last nyer mak ayah sekali kena. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu agaknya atau memang musim demam .
Syukur juga kena demam sebelum bulan puasa kalau tidak mesti anak2 tak larat nak puasa kalau demam.
Terima kasih kawan2 yang datang melawat blog saya ni, nanti saya balas ziarah yea...
11 Jul 2011
Emergency leave lagi..
Acik ni puteri ketiga saya berusia 6 tahun. Jarang sakit tetapi kalau demam memang kesian sangat tengok terutama masa dia tidur. Tersentuh betul melihatnya...
Sekarang acik sedang tidur selepas dilap badan. Tunggu dia jaga nak pergi ke klinik...
10 Jul 2011
Hari yang cukup penat tapi hepiiii....
seperti biasa, hujung minggu bangun pagi agak lewat sedikit dari biasa..di fikiran sudah set di hari minggu adalah time untuk berelax2...
Sarapan kami pagi tadi adalah nasi kerabu dan nasi dagang dari kak mah nasi dagang kat bandar baru bangi. Sudah agak lama tak pergi sana iaitu semak saya amalkan diet untuk lebih kurus.
Tengahari pula kami pergi makan Sushi King kat The Mines.
Bersambung....
6 Jul 2011
Sedut lemak bikin GEMUK !!!!
Satu study yang diterbitkan dalam jurnal Obesity menjelaskan lemak yang disedut keluar akan muncul kembali dalam tempoh setahun selepas pembedahan . Dan yang paling parah, lemak-lemak tersebut akan muncul di bahagian tubuh yang lain seperti lengan dan bahu.
Sebenarnya , tubuh manusia bergantung kepada lemak, maka tubuh secara automatik akan menghasilkan sel lemak baru untuk mrnggantikan sel lemak yang telah disedut keluar. Justeru, pembedahan sedut lemak hanya merosakkan struktur tubuh sehingga sel-sel lemak esensial menghasilkan sel-sel lemak baru di tubuh.
P/S: Tiada jalan mudah untuk kurus...
5 Jul 2011
Shopping panjangkan usia
Berita baik untuk kaum wanita terutamanya yang suka SHOPPING...
Satu artikel dari Universiti of Illinois menjelaskan aktiviti membeli belah mampu memanjangkan usia dan menjadikan individu awet muda.
Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki menyusuri lorong-lorong kedai tatkala membeli -belah dapat mengurangkan risiko mendapatkan serangan jantung serta obesiti.
Selain itu , shopping juga mampu untuk mengurangkan stress!!!!
Kajian disokong oleh National Health Research Institute di Zhunan, Taiwan yang melaporkan individu yang membeli-belah setiap haridapat mengurangkan risiko sehingga 27 peratus untuk meninggal dunia di usia muda berbanding individu yang tidak pernah shopping.
Jom pergi shopping.......:)
3 Jul 2011
Alat senaman saya
2 Jul 2011
Kisah beraya kat Oversea..
Saya ingatkan hari raye mesti lah pergi ,masjid , ziarah rumah saudara - mara dan kawan-kawan atau ke kuburkan ( lazimnya beginilah agenda kami sekeluarga ) tapi bila ada bab2 nak booking ticket bagai ni, ini ape kes???? And then sebut2 pulak pasal Hanoi, Korea , Phuket bagai....
Rupanya , sorang kawan ni dia memang dah berkeluarga tetapi bila time raya, xcited nak pergi holiday ke luar negara. Ya la kan time raya je dapat cuti lama paling kurang 3 hari kan..Tapi yang tak berapa dapat diterima oleh fikiran saya ialah sesuai ke pergi holiday di oversea di hari raya???
Bagi saya , hari raya adalah masa yang amat sesuai untuk perjumpaan keluarga ( bukan time melaram baju baru yee..) sebab semua orang( muslim la ) akan dapat cuti paling kurang 2 hari . Masa ni sesuai sangat untuk rapatkan balik hubungan silaturrahim dan bermaaf - maafan sesama saudara . Saling ziarah antara keluarga dan yang paling penting jangan lupa pada generasi yang lebih tua...
P/S : Kenapa pergi holiday jauh-jauh di hari raya ? Berbaloi ke buat macam tu ?
30 Jun 2011
KENANGAN DULU DULU
Kalau bercakap pasal kenangan memang banyak sangat kan maklumlah usia pun dah banyak kan.Tapi, dalam banyak-banyak kenangan tu, yang paling BEST mesti kenangan ketika zaman budak-budak dolu-dolukan..
Dulu-dulu setiap kali cuti sekolah rendah saya mesti duk rumah nenek ( ramai sebenarnya macam ni kan).Rumah nenek saya di area manir k.terengganu hampir sangat dengan sungai Terengganu yang memang luas sangat masa tu.( sekarang mmg dah banyak berubah).Masa ni memang semua orang mandi sungai dari budak sampai orang tua.Boleh dikatakan semua yang tinggal dekat area sini mesti pandai berenang walaupun umur baru 3 tahun.
Biasanya saya pergi mandi satu grup terdiri dari abang ,sepupu2 dan juga paksu. Dalam ramai ni cuma saya sorang yang tak tau berenang masa tu.Kitaorang pergi mandi mesti lama tau siap main-main lagi.Setiap kali pergi sungai paksu saya mesti suruh saya belajar berenang tapi saya yang jenis penakut yang amat ni kan mesti cari macam-macam alasan hinggakan saya sanggup bawa baldi kecik untuk mandi kat sungai.Saya takut sangat nak selam muka dalam sungai tu.jadi saya mandi pakai gayung kat sungai...Lucukan..Kalau saya selam dalam air cuma kat tempat yang cetek aje hinggakan pasir akan naik atas kepala.Punyalah penakut saya waktu itu..
Satu ketika, Paksu saya waktu tu dia Tingkatan 5, tangkap saya dan bawak saya ke tengah sungai walaupun saya menjerit-jerit tak nak ikut. Dari kawasan yang sedikit dalam airnya , paksu luncurkan saya ke tepi supaya saya akan berenang sendiri apabila terdesak macam tu.Tapi apa yang diharap tak menjadi, bila kepala saya masuk je ke dalam air saya terminum air dan terus tak boleh nak timbulkan diri bukannya berenang meluncur ke tepi seperti di harapkan....badan rase berat sangat dan tak nak bergerak langsung..
Sedar-sedar paksu saya bawak saya ke tepi dalam keadaan saya terbatuk-batuk dan melalak-lalak..kecoh jadinya kat sungai tu... sampai je kat tepi dan kaki menapak di tanah terus saya pergi cari pokok dan pegang kuat-kuat ranting pokok tak nak bagi Paksu saya tarik ke dalam air lagi ..huhhh..cuak sangat mase tu...
Bermula dari detik itu, kalau nak mandi sungai mesti pergi dengan geng2 perempuan je...dan yang paling best on the way ke sungai saya akan bawak buah nyior komeng yang boleh dibuat pelampung. BEST sangat !!!! sebab badan akan timbul di permukaan air dan kaki je yang perlu guna untuk tolak badan ke depan tanpa penat dan boleh pusing-pusing sambil peluk buah nyior komeng ....
Korang tau tak buah nyior komeng tu macamane???
Dapatkan kulit wajah tegang dan halus
Amalkan masker mudah berikut. Ambil putih telur dan buah tomato yang dihiris nipis.gaulkan sehingga sebati dan tempelkan pada muka.Seelok-eloknya amalkan 3x seminggu. Selamat mencuba.....
Sharing is caring.........