Sessi persekolahan sudah hampir ke penghujungnya.Tapi mood nak holiday dah tak boleh nak ditahan-tahan lagi.Kebetulan, sekolah cuti seminggu sempena Deepavali dan dengan kebetulan juga ada adik-adik yang boleh join, jadi percutian kali ini rasa amat bermakna sekali dan yang penting releaaaaaaaaaseeee...segala tension sebab dapat jerit dengan sepuasnya..
Disebabkan oleh kesuntukan waktu dan last minute punya planning ( 3 hari je masa yang ada ) , kami pada awalnya menghadapi masalah untuk booking hotel. Plan awal hendak pergi ke Melaka walaupun dah banyak kali juga kami pergi ke Melaka.Tetapi kebanyakan hotel kat sana sudah fully booked untuk hujung minggu lepas. Pelik juga bila difikirkan bila hotel yang banyak bilik tu boleh penuh ditempah.
Setelah kecewa dengan Melaka, kami cuba cari hotel kat genting. Mana tau ada rezki kami di sana.Pilihan pertama, Genting View Resort sebab mempunyai apartment 2 bilik dan hotel ini juga menyertai program ZEST yang memberi diskaun 50% kepada ahlinya.Tetapi berita duka juga kami terima.Tarikh yang kami inginkan sudah fully booked.Hotel Seri Malaysia juga sudah penuh.So, percubaan yang terakhir dengan separuh hati kami cuba hubungi hotel ini walaupun kami tau kosnya sedikit mahal...family suite memang tak ade tetapi masih ada Deluxe Room yang mempunyai 2 katil queen....lalalaaaa....
Planning awal, kami mau stay 3 hari 2 malam tetapi disebabkan beberapa faktor yang tak dapat dielakkan, kami cuma ambil 2 hari 1 malam saje..ok lah kan....dapat juga rasa suasana sejukkk dan jerit kuat-kuat kat sana..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan