Assalamualaikum ...:)
Raya dah habis dan semua dah pulang dari kampung halaman untuk tugas dan tanggungjawab yang menanti. Tahun ni memang cukup puas hati dengan cuti raya yang agak panjang dan dapat lama sikit bermesra dengan mak ayah dan sedara kat kampung. Hari raya memang cukup indah kan ...:D.
Suasana raya saya memang sama saje dengan tahun-tahun lepas cuma tahun ni bertambah ahli dan tentunya menjadi lebih meriah dengan kehadiran ipar baru dan anak buah baru. Bajet duit raya pun asyik bertambah juga setiap tahun hu hu...
Aktiviti hari raya , bermula dengan solat Aidilfitri. Syukur sangat dapat pergi sembahyang raya tahun ini sebab sudah hampir 5 tahun saya tidak dapat menjalani ibadat ni.Rasa macam dapat bonus pulak raya kali ini sebab bila dapat pergi sembahyang raya selain ianya satu ibadat, kita mesti dapat jumpa dengan ramai kawan-kawan lama yang masing-masing sudah berhijrah meninggalkan kampung halaman dan tentunya memang susah sangat nak jumpa. Bila jumpa kawan-kawan lama topik utama mesti pasal anak. Masing-masing sudah mempunyai famili dan gembira dengan kehidupan masing-masing. Kagum juga bila melihat kawan-kawan yang suatu ketika dulu sama-sama main pondok-pondok sudah menjadi ' orang besar ' sekarang. Bukan badan je yang besar he he he...
Semasa perjalanan pulang dari masjid , kami akan singgah bersalam di rumah sedara yang mempunyai warga emas yang tak berpeluang untuk menunaikan sembahyang di masjid. Bila sampai rumah , perut dah penuh sebab setiap rumah yang disinggah mesti kena rasa walaupun sedikit juadah yang disediakan...indahnya suasana bila hari raya di kampung....
Di rumah pula bermula sesi bermaaf-maafan dan juga sesi bergambar beramai-ramai. Kemudian aktiviti makan makan yang tak pernah habis dan seterusnya aktiviti ziarah .Hari raya pertama kami sekeluarga memang peruntukkan untuk menziarahi warga emas dalam famili. Aidilfitri tahun ini juga turut memberi duka kepada keluarga besar kami dengan perginya seorang sepupu secara tiba-tiba.Al-fatihah untuk arwah semoga tergolong dalam umat yang mendapat rahmat dari-Nya.Memang sudah ditakdirkan untuknya pergi ketika semua keluarga berkumpul beramai-ramai.
Hari raya yang seterusnya pula giliran kami menerima tetamu dan juga menghadiri majlis rumah terbuka sehingga cuti habis dan pulang menyambung tugas yang menanti.
Bagi saya, hari raya satu hari untuk kita bergembira dan bersyukur dengan nikmat dan kebahagian yang kita perolehi. Di samping itu kita perlu bersihkan hati dari segala dendam dan sakit hati dengan bermaaf-maafan.Lupakan segala sengketa lama dan suburkan silaturrahim sesama kita.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
untuk semua.
Tak terlambat lagi rasanya untuk akak ucapkan Salam aidilfitri utk addina dan family.
BalasPadamSalam Aidilfitri juga untuk akak sekeluarga:)
BalasPadam