Sahabat

http://www.mybannermaker.com
Graphics

28 Sep 2011

Wanita dan emas





photo ehsan mr.gugel.

Semua orang sudah sedia maklum , emas dan wanita  memang  tidak  dapat  dipisahkan.Kenapa? Saya  sendiri  memang  tak  dapat  menjawapnya.Kalau  kat  kampung, kebanyak  wanita  terutamanya  golongan emas  memang  suka  pakai  emas  banyak dan  kasar-kasar lagi ( bahasa  kami untuk  emas yang berat dan mahal ) kat  badan.Walaupun  gaya hidup  mereka  begitu  sederhana tetapi  simpanan  emas mereka  memang mengejutkan.Sebab  itu  ada  joke  kami  , pakai  emas  macam  orang  tua kalau  ada  kawan-kawan  yang pakai emas agak  banyak  di badan.

Bila wanita  mendapat  emas?

1. Waktu  bayi .Sesetengah  keluarga akan menghadiahkan  barang kemas yang  mempunyai  kuantiti  berat
     yang  sama  untuk semua  anak-anak  perempuannya.
2. Waktu belajar. Ada  sesetengah mak dan  ayah  yang cenderung belikan barang kemas apabila anak-anak
     perempuan mendapat keputusan  yang bagus dalam  peperiksaan tertentu contohnya seperti  cincin atau
     loket emas.
3. Waktu  bercinta. Ada sesetengah  lelaki yang suka  bagi barang kemas kepada buah hatinya. Bestnya suatu
     ketika  dulu...:)
4. Waktu  bertunang. Sebentuk cincin pengikat  hati.
5. Waktu berkahwin. Memang wajib  ada kan.
6. Waktu mendapat anak.Ada suami  yang  suka manjakan isteri sebegini sebagai tanda terima kasih yang tak
     terhingga kepada isteri yang telah bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka .
7.  Sebagai  hadiah hari jadi ,  anniversary atau ketika perayaan dan  macam-macam lagi....

Kenapa  wanita  begitu  meminati  emas?

1. Rasa  cantik  bila  dipakai.kilauan emas  bagaikan  memberi  aura pada  si pemakainya.Chewahhhh.
2. Rasa lebih  konfiden  dan  nilai  diri  tinggi bila  pakai emas.Bukan rasa  riak  tau.
3. Saya suka  beli emas sebagai  simpanan.Boleh digunakan bila  masa  terdesak
4. Emas juga boleh menjadi satu pelaburan  yang menguntungkan kerana  nilai emas yang sentiasa naik.
5. Emas  adalah  lambang  kekayaan yang  sebenar.

p/s : Jom  simpan emas, Sikit-sikit  lama-lama jadi  bukit.

5 ulasan:

  1. setahu sy org pantai timur mmg suka pakai emas.secara peribadi sy tak berapa suka emas tp bagi saya emas itu sangat berharga,kena ada juga..kadang2 emas nie dapat membantu bila kita dlm kesusahan..hehe

    BalasPadam
  2. org trg memang sukakan barang kemas, satu barang yg wajib ada dalam hidup seseorang..tp kak aya tak minat tapi alasan utama tak ada duit nak beli he he....

    BalasPadam
  3. PK & Kak Aya ,

    sy suka juga he he.. tp kena kumpul duit dulu skt2..

    BalasPadam
  4. akak peminat gelang emas....tiap kali raya kalu boleh mmg tmbah koleksi gelang emas..xkiralh emas naik ke apa.....ore kelate mmg gitukan...he...

    BalasPadam
  5. Kak NzA , mesti dh byk koleksi akak kan. sy biasa nyer hb belikan . Dia mmg tau sy suka emas..

    BalasPadam